Sunday, May 17, 2009

NASIONAL : AHAD 17 MEI 2009

NASIONAL : AHAD 17 MEI 2009


Image
'Hadiah' Hari Guru
KUALA TERENGGANU 16 Mei - Kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuotauntuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai PerkhidmatanPendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah berkuat kuasa sertamerta.

Kes kedua H1N1 disahkan
PUTRAJAYA16 Mei - Kes kedua selesema babi atau influenza A (H1N1) dikesan dinegara ini melibatkan seorang pelajar perempuan yang merupakan rakankepada kes pertama yang dikesan semalam.

H1N1: PM mahu pemeriksaan diketatkan
SHAHALAM 16 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahupemeriksaan terhadap penumpang di pintu masuk negara, terutamanyapenerbangan dari Amerika Syarikat dan negara lain yang dilanda wabakinfluenza A (H1N1), diperketatkan.

Abdul Hadi kekal Presiden Pas
KUALALUMPUR 16 Mei - Datuk Seri Abdul Hadi Awang sah mengekalkan jawatanPresiden Pas tanpa bertanding manakala lima nama dicalonkan untukmerebut jawatan Timbalan Presiden.

Anwar kawan saya - Husam
KUALALUMPUR 16 Mei - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan,walaupun beliau bukan pro-Anwar namun tidak ada sebab untuknya memusuhiPenasihat PKR itu.





Satu lagi kes
PUTRAJAYA:Malaysia mencatatkan kes kedua Influenza A (H1N1) semalam selepasseorang pelajar perempuan yang pulang dari Amerika Syarikat (AS)disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Ketatkan saringan di pintu masuk: PM
SHAHALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu pemeriksaan terhadappenumpang di pintu masuk negara, terutama penerbangan dari AmerikaSyarikat dan negara lain yang dilanda wabak Influenza A (H1N1)diperketatkan.





Image
2 termasuk budak dikuarantin
PADANG BESAR 16 Mei – Seorang lelaki berusia 43 tahun dan kanak-kanakberumur empat tahun diletakkan di bawah pemerhatian di wad pengasinganHospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dekat sini selepas didapatimempunyai simptom selesema babi atau influenza A (H1N1).

Sarawak kesan 9 rakyat naiki pesawat MH091
KUCHING16 Mei – Kerajaan negeri sedang mengesan sembilan orang rakyat darinegeri ini yang menaiki pesawat penerbangan Malaysia MH091 yang setakatini dua penumpangnya telah disahkan positif selesema babi atauinfluenza A (H1N1).

Lelaki dari Stockholm turut dirawat
IPOH16 Mei – Seorang lelaki berusia 62 tahun yang baru pulang dariStockholm kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di siniselepas menunjukkan simptom influenza A (H1N1).

Seorang penumpang MH091 sihat
ALORSETAR 16 Mei – Seorang penumpang Penerbangan Malaysia MH091 yang samadengan pelajar disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1),Khamis lalu, disahkan sihat selepas menjalani pemeriksaan di HospitalSultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

H1N1: Polis berkawal
BENTONG16 Mei - Pihak polis kini diberikan tanggungjawab untuk mengawalkeselamatan dan ketenteraman di lapangan-lapangan terbang utama denganmenularnya kes selesema babi atau virus Influenza A (H1N1) di negaraini.

35 penumpang dikuarantin
KUALALUMPUR 16 Mei - Kira-kira 35 orang daripada 199 penumpang dan anakkapal pesawat MH091 dari New York, Amerika Syarikat (AS) yang mendaratdi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiga hari lepastelah dikuarantin.

TPM minta Terengganu banyakkan ruang niaga
KUALATERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinmeminta Kerajaan Terengganu menyediakan lebih banyak ruang perniagaandi sekitar bandar raya ini bagi membolehkan lebih ramai peniagaberniaga di tempat yang lebih selesa.

MB Terengganu kekal
KUALATERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinberkata, kepimpinan negeri ini akan terus diterajui Datuk Ahmad Saidsebagai Menteri Besar.

Dr. M sedih fitnah terhadap orang Melayu
KUALALUMPUR 16 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan rasa sedih keranabermacam fitnah dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam yang tidakpernah berlaku sebelum ini kerana kaum itu kini terlalu lemah.

Image
Tugas kini lebih mencabar
KUALATERENGGANU 16 Mei - Tugas guru sekarang lebih mencabar apabila perluberdepan dengan pelajar yang lebih pandai dan berpengetahuan berikutanmereka terdedah kepada kemajuan teknologi maklumat (IT).

Image
Nur Asmena juara 'tongue twister'
KUALATERENGGANU 16 Mei - Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong di sini, NurAsmena Mohd. Asri muncul sebagai juara pertandingan Tongue Twister yangdiadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini sempena FestivalHari Guru Peringkat Kebangsaan 2009.

Image
Kerajaan komited martabatkan bahasa Melayu
KUALATERENGGANU 16 Mei - Kerajaan komited untuk memartabatkan bahasa Melayusebagai bahasa ilmu dan perpaduan di samping meningkatkan penguasaanbahasa Inggeris di kalangan pelajar.

TPM lawat gerai Utusan
KUALATERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinmeluangkan masa kira-kira sejam melawat Festival Hari Guru PeringkatKebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini hari ini.

Image
Program Tunas Mekar dapat sambutan menggalakkan
KUALALUMPUR 16 Mei - Program Tunas Mekar yang diwujudkan untuk mengatasimasalah siswazah menganggur mendapat sambutan menggalakkan di KarnivalKerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 di sini hari ini.

Penuh sesak: 100,000 kunjungi karnival
KUALALUMPUR 16 Mei - Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 (K3G)anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang bermula semalam terusmendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Leptospirosis: 12 lagi dimasuk ke hospital
BUKIT MERTAJAM 16 Mei – Sebanyak 12 lagi pendatang asing tanpa izin(PATI) di Depot Imigresen Juru dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam(HBM), di sini malam tadi kerana dijangkiti penyakit leptospirosis.

Kem PLKN dipastikan selamat
SEREMBAN16 Mei - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengambillangkah-langkah proaktif bagi mengekang penularan penyakit selesemababi dan juga meningitis di 80 kem Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) seluruh negara.

Pelatih disyaki menghidapi pericarditis stabil
JEMPOL16 Mei - Kesemua pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam,Bahau, yang dimasukkan ke Hospital Jempol kerana disyaki menghidappenyakit pericarditis akut kini masih dalam pemantauan tetapi stabil.

Image
Zamarul, Diana nikah
SHAHALAM 16 Mei – Ikatan percintaan selama lapan tahun antara pelakonZamarulhisham Mohamed dan Diana Rafar akhirnya terpateri di jinjangpelamin apabila pasangan itu selamat diijabkabulkan di Masjid SultanSalahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Hafiz juara Akademi Fantasia 7
KUALALUMPUR 16 Mei - Tiada kejutan - seperti yang dijangka Mohd. Hafiz Mohd.Suip, 19, (gambar) atau mesra dengan panggilan Hafiz muncul sebagaijuara Akademi Fantasia musim ketujuh ( AF7 ) dalam konsert akhir yangberlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini malam ini.

Najib ziarahi Sultan Kelantan
KOTABHARU 16 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang inimenziarahi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang dirawat diHospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini setelahgering petang kelmarin.




Obama ucap tahniah pada PM
KUALALUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengucapkan tahniahkepada Datuk Seri Najib Razak atas pelantikannya sebagai PerdanaMenteri dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan beliaupada masa depan.

Kuota guru, pengetua cemerlang ditambah
KUALATERENGGANU: Kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuota jawatan gurudan pengetua cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah disekolah menengah di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta, kata TanSri Muhyiddin Yassin.

Penerima anugerah saran wujud iklim sihat di sekolah
KUALATERENGGANU: "Permohonan saya untuk menjadi guru pernah ditolak dulu dansaya fikir impian saya sudah berkecai ketika itu. Namun, atas semangatkuat, saya terus mencuba untuk menjadi guru dan tidak menoleh kebelakang lagi hingga hari ini," kata seorang daripada tiga penerimaAnugerah Tokoh Guru 2009, Phua Seng Tiong, 64.

Sekolah diarah patuhi panduan cegah H1N1
KUALATERENGGANU: Kementerian Pelajaran meminta semua sekolah mengikut garispanduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitandalam usaha mencegah jangkitan wabak Influenza A (H1N1) di kalanganpelajar.

Budak pulang dari London antara disaring
SUNGAIBULOH: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang diserang demamsebaik pulang dari London antara mereka yang membuat saringanpemeriksaan Influenza A (H1N1) di Hospital Sungai Buloh, di sini,semalam.

Senarai penumpang pesawat dari Newark diedar
KUALALUMPUR: Kementerian Kesihatan sudah mengedarkan senarai 119 penumpangpenerbangan MH091 dari Newark, Amerika Syarikat termasuk 15 anakkapalnya, ke semua Jabatan Kesihatan Negeri bagi tindakan segeraseperti pengesanan, pengawasan dan kuarantin.

Exco Pahang cedera nahas jalan raya
KUANTAN:Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang,Datuk Mohd Sharkar Shamsudin luka di kening kiri selepas kereta ProtonPerdana V6 yang dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar sebuahkenderaan, di Kilometer 231, Lebuh Raya Pantai Timur, petang semalam.

Hafiz juara AF7
KUALALUMPUR: Seperti diramal, Hafiz atau Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, yangsering menguasai tempat teratas pada persembahan konsert mingguan,dinobatkan sebagai juara program TV realiti popular, Akademi Fantasiamusim ketujuh (AF7) pada konsert akhir yang berlangsung di StadiumPutra, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

11 lagi dijangkiti leptospirosis
GEORGETOWN:Sebelas lagi tahanan pendatang asing di Depot Tahanan Pendatang TanpaIzin di Juru, Bukit Mertajam, dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya,dekat sini kerana dijangkiti bakteria leptospirosis.

Pergerakan di Pulapol dihadkan
SEREMBAN:Semua pergerakan keluar masuk kakitangan serta pelatih Pusat LatihanPolis (Pulapol) Air Hitam, Bahau, dekat Jempol, dihadkan semalamberikutan penularan penyakit 'Acute Peri-carditis' yang menjadi puncaseorang pelatihnya meninggal dunia, Khamis lalu.

Ahli Majlis Peguam perlu patuh undang-undang
SEPANG:Majlis Peguam diminta menggubal satu peraturan khas yang perlu dipatuhisemua ahlinya selain memastikan mereka tidak melakukan sesuatu yangmelanggar undang-undang negara.

Garis panduan jual produk PKS diperketat
KUANTAN:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akanmemperketatkan garis panduan terhadap pasar raya besar di negara ini,termasuk pematuhan syarat penjualan 30 peratus produk perusahaan kecildan sederhana (PKS) tempatan.

Sarawak jadi pengeksport sumber tenaga mesra alam
MIRI:Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjadikan Sarawak negeripengeluar sumber tenaga mesra alam seperti hidroelektrik untukdieksport.

Kementerian pastikan belia urus sendiri kegiatan
MELAKA:Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan semua program dankegiatan belia dijalankan pertubuhan belia setempat tanpa melantikperunding luar melaksanakannya.

JENAYAH & MAHKAMAH : AHAD 17 MEI 2009

Warga Bangladesh ditemui mati depan restoran
KUALALUMPUR: Seorang pengusaha restoran terkejut apabila menemui mayatseorang lelaki warga Bangladesh dengan perut terburai dan tangankirinya putus terbaring di depan restorannya di Taman Seri Sentosa,Jalan Klang lama, di sini kira-kira jam 7.20 pagi semalam.

Kes kedua H1N1 disahkan

Kes kedua H1N1 disahkan
PUTRAJAYA16 Mei - Kes kedua selesema babi atau influenza A (H1N1) dikesan dinegara ini melibatkan seorang pelajar perempuan yang merupakan rakankepada kes pertama yang dikesan semalam.

H1N1: PM mahu pemeriksaan diketatkan
SHAHALAM 16 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahupemeriksaan terhadap penumpang di pintu masuk negara, terutamanyapenerbangan dari Amerika Syarikat dan negara lain yang dilanda wabakinfluenza A (H1N1), diperketatkan.


Satu lagi kes
PUTRAJAYA:Malaysia mencatatkan kes kedua Influenza A (H1N1) semalam selepasseorang pelajar perempuan yang pulang dari Amerika Syarikat (AS)disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Ketatkan saringan di pintu masuk: PM
SHAHALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu pemeriksaan terhadappenumpang di pintu masuk negara, terutama penerbangan dari AmerikaSyarikat dan negara lain yang dilanda wabak Influenza A (H1N1)diperketatkan.


Image
2 termasuk budak dikuarantin
PADANG BESAR 16 Mei – Seorang lelaki berusia 43 tahun dan kanak-kanakberumur empat tahun diletakkan di bawah pemerhatian di wad pengasinganHospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dekat sini selepas didapatimempunyai simptom selesema babi atau influenza A (H1N1).

Sarawak kesan 9 rakyat naiki pesawat MH091
KUCHING16 Mei – Kerajaan negeri sedang mengesan sembilan orang rakyat darinegeri ini yang menaiki pesawat penerbangan Malaysia MH091 yang setakatini dua penumpangnya telah disahkan positif selesema babi atauinfluenza A (H1N1).

Lelaki dari Stockholm turut dirawat
IPOH16 Mei – Seorang lelaki berusia 62 tahun yang baru pulang dariStockholm kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di siniselepas menunjukkan simptom influenza A (H1N1).

Seorang penumpang MH091 sihat
ALORSETAR 16 Mei – Seorang penumpang Penerbangan Malaysia MH091 yang samadengan pelajar disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1),Khamis lalu, disahkan sihat selepas menjalani pemeriksaan di HospitalSultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

H1N1: Polis berkawal
BENTONG16 Mei - Pihak polis kini diberikan tanggungjawab untuk mengawalkeselamatan dan ketenteraman di lapangan-lapangan terbang utama denganmenularnya kes selesema babi atau virus Influenza A (H1N1) di negaraini.

35 penumpang dikuarantin
KUALALUMPUR 16 Mei - Kira-kira 35 orang daripada 199 penumpang dan anakkapal pesawat MH091 dari New York, Amerika Syarikat (AS) yang mendaratdi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tiga hari lepastelah dikuarantin.

Sekolah diarah patuhi panduan cegah H1N1
KUALATERENGGANU: Kementerian Pelajaran meminta semua sekolah mengikut garispanduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitandalam usaha mencegah jangkitan wabak Influenza A (H1N1) di kalanganpelajar.

Budak pulang dari London antara disaring
SUNGAIBULOH: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang diserang demamsebaik pulang dari London antara mereka yang membuat saringanpemeriksaan Influenza A (H1N1) di Hospital Sungai Buloh, di sini,semalam.

Senarai penumpang pesawat dari Newark diedar
KUALALUMPUR: Kementerian Kesihatan sudah mengedarkan senarai 119 penumpangpenerbangan MH091 dari Newark, Amerika Syarikat termasuk 15 anakkapalnya, ke semua Jabatan Kesihatan Negeri bagi tindakan segeraseperti pengesanan, pengawasan dan kuarantin.

------------------------------------------------------------------------

Image
Kes pertama H1N1
PUTRAJAYA 15 Mei – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan seorangpelajar menjadi penghidap pertama virus influenza A (H1N1) di negaraini.

Mangsa pertama H1N1
PUTRAJAYA:Malaysia semalam mencatat kes pertama Influenza A (H1N1) selepasseorang pelajar lelaki berusia 21 tahun yang baru dua hari pulang dariAmerika Syarikat, disahkan dijangkiti virus itu.

Orang ramai jangan risau
MELAKA 15 Mei - Orang ramai tidak perlu risau sebalik perlu yakindengan keupayaan Kementerian Kesihatan dan agensi berkaitan dalammengawal wabak selesema babi atau virus influenza A (H1N1) daripadamerebak di negara ini.

199 penumpang MH091 dijejaki
PUTRAJAYA15 Mei – Kesemua 199 penumpang dan anak kapal pesawat MH091 dariNewark, Amerika Syarikat (AS) yang mendarat di Lapangan TerbangAntarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 7.15 pagi kelmarin dimintamenghubungi Kementerian Kesihatan segera.

Bukan diserang virus H1N1
TEMERLOH15 Mei - Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) hari ini menafikan bahawaseorang lelaki yang diletakkan di bawah pemerhatian hospital berkenaanpetang ini diserang virus influenza A (H1N1).

HARI GURU 16 MEI : Guru tonggak negara bangsa

Image
'Hadiah' Hari Guru
KUALA TERENGGANU 16 Mei - Kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuotauntuk jawatan Guru dan Pengetua Cemerlang bagi Pegawai PerkhidmatanPendidikan (PPP) siswazah di sekolah menengah berkuat kuasa sertamerta.


Image
Tugas kini lebih mencabar
KUALATERENGGANU 16 Mei - Tugas guru sekarang lebih mencabar apabila perluberdepan dengan pelajar yang lebih pandai dan berpengetahuan berikutanmereka terdedah kepada kemajuan teknologi maklumat (IT).

TPM lawat gerai Utusan
KUALATERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinmeluangkan masa kira-kira sejam melawat Festival Hari Guru PeringkatKebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini hari ini.

Kuota guru, pengetua cemerlang ditambah
KUALATERENGGANU: Kerajaan meluluskan pertambahan 2,141 kuota jawatan gurudan pengetua cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah disekolah menengah di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta, kata TanSri Muhyiddin Yassin.

Penerima anugerah saran wujud iklim sihat di sekolah
KUALATERENGGANU: "Permohonan saya untuk menjadi guru pernah ditolak dulu dansaya fikir impian saya sudah berkecai ketika itu. Namun, atas semangatkuat, saya terus mencuba untuk menjadi guru dan tidak menoleh kebelakang lagi hingga hari ini," kata seorang daripada tiga penerimaAnugerah Tokoh Guru 2009, Phua Seng Tiong, 64.


-----------------------------------------------------------------------------------

Image
Guru tonggak negara bangsa
KUALA TERENGGANU 15 Mei - Peranan guru dan pendidik amat diperlukanuntuk menyemarakkan konsep negara bangsa di kalangan golongan mudakerana mereka insan yang paling rapat dengan pelajar.

Obama ucap tahniah pada PM

Najib ziarahi Sultan Kelantan
KOTABHARU 16 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang inimenziarahi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang dirawat diHospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini setelahgering petang kelmarin.

Obama ucap tahniah pada PM
KUALALUMPUR: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengucapkan tahniahkepada Datuk Seri Najib Razak atas pelantikannya sebagai PerdanaMenteri dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan beliaupada masa depan.

-------------------------------------------------------------------------------

PM ziarah Makam Sultan Hasanuddin
MANADO, Sulawesi Utara 15 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib TunRazak berlepas dari Lapangan Terbang Sam Ratulangi di sini hari iniuntuk lawatan ke Makassar selepas mengakhiri lawatan kerja dua hari dibandar ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segi Tiga TerumbuKarang (CTI).

Kerajaan komited martabatkan bahasa Melayu

Image
Kerajaan komited martabatkan bahasa Melayu
KUALATERENGGANU 16 Mei - Kerajaan komited untuk memartabatkan bahasa Melayusebagai bahasa ilmu dan perpaduan di samping meningkatkan penguasaanbahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Najib ziarahi Sultan Kelantan

Najib ziarahi Sultan Kelantan
KOTABHARU 16 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang inimenziarahi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang dirawat diHospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini setelahgering petang kelmarin.

-----------------------------------------------------------------------------

Sultan Kelantan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia
KOTABHARU 14 Mei - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra telah dimasukkan keWad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana dipercayaimengalami sedikit masalah kesihatan petang ini.

Sultan Kelantan masuk wad
KOTABHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, semalam dimasukkan ke UnitRawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), disini.

TPM minta Terengganu banyakkan ruang niaga

TPM minta Terengganu banyakkan ruang niaga
KUALATERENGGANU 16 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassinmeminta Kerajaan Terengganu menyediakan lebih banyak ruang perniagaandi sekitar bandar raya ini bagi membolehkan lebih ramai peniagaberniaga di tempat yang lebih selesa

Nur Asmena juara 'tongue twister'

Image
Nur Asmena juara 'tongue twister'
KUALATERENGGANU 16 Mei - Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Duyong di sini, NurAsmena Mohd. Asri muncul sebagai juara pertandingan Tongue Twister yangdiadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini sempena FestivalHari Guru Peringkat Kebangsaan 2009.

---------------------------------------------------------------------------------

Battle of the Brain dapat sambutan pelajar
KUALA TERENGGANU 15 Mei - Kumpulan Utusan menerusi anak syarikatnya,Perfisio Sdn. Bhd. menganjurkan Battle of the Brain, satu programmenjawab soalan peperiksaan atas talian yang kini mendapat sambutanhangat pelajar.

K3G medan siswazah tinjau peluang kerja

Image
Program Tunas Mekar dapat sambutan menggalakkan
KUALALUMPUR 16 Mei - Program Tunas Mekar yang diwujudkan untuk mengatasimasalah siswazah menganggur mendapat sambutan menggalakkan di KarnivalKerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 di sini hari ini.

Penuh sesak: 100,000 kunjungi karnival
KUALALUMPUR 16 Mei - Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009 (K3G)anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang bermula semalam terusmendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

----------------------------------------------------------------------------------------

K3G medan siswazah tinjau peluang kerja
KUALA LUMPUR 15 Mei - Karnival Kerjaya dan Keusahawanan 2009 anjuranKementerian Pengajian Tinggi bermula hari ini, bukan sahaja menjaditumpuan siswazah menganggur malah mereka yang meninjau peluang kerjalebih baik.

Pelajar hanya dijangkiti Rubella

Leptospirosis: 12 lagi dimasuk ke hospital
BUKIT MERTAJAM 16 Mei – Sebanyak 12 lagi pendatang asing tanpa izin(PATI) di Depot Imigresen Juru dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam(HBM), di sini malam tadi kerana dijangkiti penyakit leptospirosis.

Pelatih disyaki menghidapi pericarditis stabil
JEMPOL16 Mei - Kesemua pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam,Bahau, yang dimasukkan ke Hospital Jempol kerana disyaki menghidappenyakit pericarditis akut kini masih dalam pemantauan tetapi stabil.

11 lagi dijangkiti leptospirosis
GEORGETOWN:Sebelas lagi tahanan pendatang asing di Depot Tahanan Pendatang TanpaIzin di Juru, Bukit Mertajam, dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya,dekat sini kerana dijangkiti bakteria leptospirosis.

Pergerakan di Pulapol dihadkan
SEREMBAN:Semua pergerakan keluar masuk kakitangan serta pelatih Pusat LatihanPolis (Pulapol) Air Hitam, Bahau, dekat Jempol, dihadkan semalamberikutan penularan penyakit 'Acute Peri-carditis' yang menjadi puncaseorang pelatihnya meninggal dunia, Khamis lalu.

------------------------------------------------------------------------

1 mati, 26 PATI dirawat
PULAUPINANG 15 Mei - Seorang mati manakala 26 lagi pendatang asing tanpaizin (PATI) dirawat di dua hospital di negeri ini akibat dijangkitileptospirosis iaitu penyakit yang kini jarang berlaku disebabkankencing tikus.

Pelatih polis disahkan maut radang selaput jantung
SEREMBAN15 Mei – Kematian seorang pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol), Jempolsemalam disahkan berpunca daripada penyakit perikarditis akut, iaituradang di selaput jantung.

Pelajar hanya dijangkiti Rubella
BUTTERWORTH15 Mei – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengesahkan simptom selesemadan demam panas yang dialami lebih 100 pelajar Sekolah Menengah SainsTun Syed Shahabudin di sini bulan lalu adalah disebabkan jangkitanvirus Rubella.

Kem PLKN dipastikan selamat

Kem PLKN dipastikan selamat
SEREMBAN16 Mei - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan mengambillangkah-langkah proaktif bagi mengekang penularan penyakit selesemababi dan juga meningitis di 80 kem Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) seluruh negara.

Ahli Majlis Peguam perlu patuh undang-undang

Ahli Majlis Peguam perlu patuh undang-undang
SEPANG:Majlis Peguam diminta menggubal satu peraturan khas yang perlu dipatuhisemua ahlinya selain memastikan mereka tidak melakukan sesuatu yangmelanggar undang-undang negara.

Garis panduan jual produk PKS diperketat

Garis panduan jual produk PKS diperketat
KUANTAN:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akanmemperketatkan garis panduan terhadap pasar raya besar di negara ini,termasuk pematuhan syarat penjualan 30 peratus produk perusahaan kecildan sederhana (PKS) tempatan.

Sarawak jadi pengeksport sumber tenaga mesra alam

Sarawak jadi pengeksport sumber tenaga mesra alam
MIRI:Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjadikan Sarawak negeripengeluar sumber tenaga mesra alam seperti hidroelektrik untukdieksport.

Warga Bangladesh ditemui mati depan restoran

Warga Bangladesh ditemui mati depan restoran
KUALALUMPUR: Seorang pengusaha restoran terkejut apabila menemui mayatseorang lelaki warga Bangladesh dengan perut terburai dan tangankirinya putus terbaring di depan restorannya di Taman Seri Sentosa,Jalan Klang lama, di sini kira-kira jam 7.20 pagi semalam.

------------------------------------------------------------------------------------

Anak mahu jumpa ibu dihukum gantung maklumkan perkahwinan
TANJUNGMALIM: Anak perempuan sulung Shamim Bano Mohammed Farooque, 41, yangdijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kelmarinatas tuduhan membunuh suaminya, ingin bertemu ibunya untuk kaliterakhir untuk memaklumkan dia sudah berkahwin dan hamil tiga bulan.

Kes kedua H1N1 disahkan

Satu lagi kes
Oleh Mohd Hamizar Hamid
mizar@bharian.com.my

KANAK-KANAK perempuan ditemani bapanya datang secara sukarela ke Hospital Sungai Buloh semalam untuk membuat ujian pengesahan Influenza A selepas menghidap demam sebaik pulang dari London.

Rakan mangsa pertama sah dijangkiti virus Influenza A

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan kes kedua Influenza A (H1N1) semalam selepas seorang pelajar perempuan yang pulang dari Amerika Syarikat (AS) disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Pelajar berusia awal 20-an itu adalah rakan kepada pelajar lelaki berusia 21 tahun yang disahkan mangsa pertama virus itu, dan kedua-duanya menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH091 yang sama dari AS.

Dengan pertambahan satu lagi kes itu, serta Turki dan India memasuki senarai negara disahkan dijangkiti semalam, diikuti Jepun dengan tiga kes jangkitan, menjadikan jumlah jangkitan kes selesema berkenaan meningkat kepada 8,451 kes di 39 negara, membabitkan 72 kematian.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat, berkata ketika ini, mangsa kedua dirawat di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

"Kita juga mengambil tindakan mengkuarantin ahli keluarganya di rumah dan mereka dilaporkan sihat.

JURURAWAT Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengadakan pemeriksaan saringan virus Influenza A kepada orang ramai yang datang untuk menerima rawatan di hospital itu, semalam. - Bernama

"Mangsa pertama dan kedua pulang ke tanah air (Rabu lalu) bersama dua lagi rakan, namun pemeriksaan mendapati kedua-dua rakan mereka dalam keadaan sihat," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan Malaysia mencatatkan kes pertama H1N1 selepas seorang pelajar lelaki berusia 21 tahun yang baru pulang dari AS disahkan dijangkiti virus itu.

Dr Ramlee berkata, hasil pemeriksaan mengesahkan hanya 192 penumpang, termasuk 15 anak kapal MAS menaiki pesawat MH091 dari Newark, AS yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.15 pagi, Rabu lalu.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 119 penumpang dilaporkan masih berada dalam negara iaitu 81 warga tempatan, manakala 38 lagi penumpang luar negara.

Katanya, baki 73 orang penumpang pesawat berkenaan meneruskan penerbangan ke destinasi lain pada hari sama.

"Kita sudah memaklumkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya mengambil tindakan sewajarnya di negara yang dikunjungi semua penumpang terbabit," katanya.

Mengenai maklum balas penumpang pesawat berkenaan, beliau berkata, setakat ini 35 penumpang pesawat itu sudah menghubungi kementerian dan maklumat berkenaan sudah diedarkan kepada Jabatan Kesihatan negeri terbabit bagi memastikan mereka dikuarantin di rumah masing-masing selama tujuh hari.

Pada masa sama, Dr Ramlee berkata, semua Pejabat Kesihatan negeri sudah diarah bersiap sedia termasuk menjalankan pemeriksaan dua kali sehari terhadap semua penumpang itu.

"Kita turut mengkuarantin tiga penumpang lain yang sepatutnya meneruskan perjalanan ke destinasi lain, tetapi masih menginap di hotel. Oleh kerana mereka tidak menetap di sini (Malaysia), mereka dikuarantin di Hospital Sungai Buloh sehingga Rabu depan," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada tiga penumpang terbabit adalah warga tempatan atau pelancong asing.

Dr Ramlee berkata, penumpang yang ingkar memberikan kerjasama selepas dikesan dan dihubungi boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

"Setakat ini, seramai 88,544 orang sudah melalui proses pemeriksaan menggunakan 20 mesin pengimbas pada semua pintu masuk ke negara ini di seluruh negara.

"Oleh itu, kami mengarahkan semua yang terbabit dalam kes ini supaya tampil memberikan kerjasama bagi mengelak penularan wabak," katanya.

Dr Ramlee berkata, sehingga tengah malam kelmarin, sembilan orang yang mempunyai simptom virus itu dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, masing-masing dua Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, Hospital Melaka dan Hospital Pulau Pinang, manakala satu di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

"Daripada 16 kes ini, hanya satu kes di Pulau Pinang disahkan positif H1N1, manakala 12 lagi disahkan negatif. Kita masih menunggu keputusan yang lain," katanya.





Kes kedua H1N1 disahkan

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABD. RAHIM
pengarang@utusan.com.my


PUTRAJAYA 16 Mei - Kes kedua selesema babi atau influenza A (H1N1) dikesan di negara ini melibatkan seorang pelajar perempuan yang merupakan rakan kepada kes pertama yang dikesan semalam.

Kes kedua itu disahkan oleh Institut Penyelidikan Perubatan pagi ini dan mangsa berada di Hospital Pulau Pinang dalam keadaan stabil, manakala keluarga mangsa dikuarantin di rumah.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Ramlee Rahmat berkata, pelajar perempuan itu menaiki pesawat yang sama dengan mangsa pertama dan merupakan sekumpulan empat orang pelajar dari Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan hasil pemeriksaan, dua lagi pelajar kumpulan yang sama itu berada dalam keadaan sihat.

''Semasa saringan kesihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pelajar perempuan itu tidak mengalami demam.

''Dia hanya dikesan setelah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang semalam dan disahkan positif inflenza A (H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan pagi ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, pelajar lelaki berumur 21 tahun berasal dari Lembah Klang menjadi mangsa pertama menghidap virus tersebut.

Bagaimanapun, Ramlee berkata, keadaan mangsa pertama itu kini dilaporkan tiada demam lagi dan berada dalam keadaan stabil di wad pengasingan Sungai Buloh manakala lima ahli keluarganya termasuk kakitangan klinik swasta yang pernah memberikan rawatan kepada mangsa itu sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Ramlee berkata, kesemua penumpang lain yang berada dalam penerbangan dengan dua pelajar terbabit telah dikenal pasti membabitkan seramai 192 penumpang dan 15 anak kapal.

''Penerbangan ini adalah destinasi terakhir dan bukan penerbangan kongsi kod dengan mana-mana syarikat.

''Daripada 192 penumpang, 119 masih berada di negara ini iaitu 81 penumpang merupakan warganegara manakala 38 lagi bukan warganegara.

''Baki 73 penumpang lagi telah meneruskan penerbangan ke luar negara pada hari yang sama, dan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah dimaklumkan untuk tindakan oleh negara masing-masing," katanya.

Dalam pada itu, Ramlee berkata, sehingga pagi ini, hanya 35 daripada 119 penumpang yang berada di negara ini telah membuat membuat panggilan.

''Kementerian Kesihatan menyeru kepada semua penumpang serta kakitangan penerbangan MH 091 terbabit untuk memberikan kerjasama dan sesiapa yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

''Jabatan Kesihatan Negeri telah dimaklumkan senarai nama penumpang tersebut dan pegawai kesihatan akan melakukan pemeriksaan dua kali sehari di rumah mereka yang akan dikuarantin selama tujuh hari," katanya.

Menurut Ramlee, tiga penumpang lagi yang sepatutnya meneruskan penerbangan ke tempat lain semalam terpaksa diletakkan di bawah pemerhatian dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh sehingga 20 Mei ini kerana mereka tidak ada tempat tinggal.

Sementara itu, Ramlee berkata, 16 lagi pemberitahuan kes virus tersebut diterima sehingga 12 tengah malam semalam iaitu sembilan kes di Hospital Sungai Buloh, dua di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Melaka dan Pulau Pinang manakala satu kes di Hospital Sultanah Aminah, Johor.

''Sehingga kini 12 daripada 15 sampel didapati negatif manakala selebihnya masih belum diketahui keputusannya.

''Semalam, seramai 7,528 penumpang yang tiba di negara ini telah disaring di semua pintu masuk negara melalui 20 mesin pengimbas suhu menjadikan seramai 88,544 penumpang telah disaring sejak hari pertama virus ini dikesan," katanya.

Malaysia menjadi negara ke-35 dikesan virus influenza A(H1N1) dan kes tersebut kini telah meningkat sehingga 7,949 kes membabitkan kematian seramai 66 orang.

Ketatkan saringan di pintu masuk: PM

Ketatkan saringan di pintu masuk: PM
Oleh Wan Jailani Razak dan Tuan Nazuri Tuan Ismail
bminggu@bharian.com.my

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu pemeriksaan terhadap penumpang di pintu masuk negara, terutama penerbangan dari Amerika Syarikat dan negara lain yang dilanda wabak Influenza A (H1N1) diperketatkan.

Beliau berkata, Malaysia perlu mengambil tindakan yang sangat rapi bagi mengekang serangan penyakit itu daripada menular ke dalam negara.

Katanya, pemeriksaan rapi itu perlu kerana mereka yang tiba dari negara yang dilanda wabak itu mungkin menghidap penyakit itu tanpa diketahui mereka.

"Yang masalahnya dalam keadaan ekonomi terbuka, amat sukar sebab mereka boleh datang dari pelbagai penjuru dan itu tidak semestinya tempat permulaan perjalanan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Umno Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengesahan kes kedua H1N1 di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Ramlee Rahmat, berkata kes kedua itu membabitkan pelajar yang baru kembali dari Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu dan sedang dikuarantin di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Pulau Pinang.

Beliau juga meminta semua 198 penumpang dan anak kapal pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari Amerika Syarikat segera melapor diri di Jabatan Kesihatan atau hospital berdekatan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Kelmarin, pemangku Menteri kesihatan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata ada sebahagian penumpang pesawat MH091 itu transit di KLIA dan menuju destinasi lain, termasuk Indonesia.

Ditanya sama ada Malaysia akan mengeluarkan larangan terhadap pelawat dari negara yang dijangkiti virus itu daripada memasuki negara ini, Najib berkata, setakat ini tiada larangan dibuat.

Budak pulang dari London antara disaring

Budak pulang dari London antara disaring


JURURAWAT dan orang ramai memakai topeng penutup mulut ketika mengunjungi Hospital Pulau Pinang sebagai langkah berjaga-jaga selepas seorang pesakit di hospital berkenaan disahkan dijangkiti virus Influenza A, semalam.

SUNGAI BULOH: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang diserang demam sebaik pulang dari London antara mereka yang membuat saringan pemeriksaan Influenza A (H1N1) di Hospital Sungai Buloh, di sini, semalam.

Kanak-kanak itu pulang dari London bersama ibunya beberapa hari lalu masih pada peringkat saringan dan belum disahkan dijangkiti virus H1N1.

Bagaimanapun, dia datang ke Hospital Sungai Buloh bersama bapanya, manakala ibunya tidak mendapatkan pemeriksaan kerana tiada simptom padanya yang boleh dikaitkan dengan Influenza A.

Selain itu, dua orang lelaki dalam lingkungan 20-an, turut mendapatkan pemeriksaan. Kedua-duanya baru pulang dari luar negara tetapi tidak menyebut nama negara dikunjungi.

Lelaki pertama yang datang sekitar jam 1 tengah hari dikuarantinkan untuk pemeriksaan kerana dikesan memiliki simptom Influenza A, manakala lelaki kedua yang datang sekitar jam 1.45 petang dibenarkan pulang selepas disahkan bebas simptom berkaitan.

Pengesahan diagnosis kanak-kanak perempuan dan lelaki pertama itu hanya diketahui dalam tempoh 10 jam selepas ujian dilakukan.

Bagaimanapun, pihak Hospital Sungai Buloh enggan memberikan maklumat lanjut

Pusat Tindakan Kementerian Kesihatan ketika dihubungi berkata, setakat ini banyak panggilan diterima daripada penumpang pesawat MH091 dari New York ke Kuala Lumpur yang turut dinaiki dua pesakit yang disahkan mengalami Influenza A.

Senarai penumpang pesawat dari Newark diedar

Senarai penumpang pesawat dari Newark diedar


DUA kakitangan Hospital Sungai Buloh memakai topeng muka dan pakaian khas membawa bungkusan pakaian seorang pesakit yang disyaki menghidap Influenza A di hospital itu, semalam.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sudah mengedarkan senarai 119 penumpang penerbangan MH091 dari Newark, Amerika Syarikat termasuk 15 anak kapalnya, ke semua Jabatan Kesihatan Negeri bagi tindakan segera seperti pengesanan, pengawasan dan kuarantin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata nama 73 penumpang lain yang meneruskan penerbangan ke luar negara pada 13 Mei lalu, turut dirujuk kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tindakan negara masing-masing.

"Semua penumpang terbabit dinasihatkan mengikut arahan pihak kesihatan dengan mematuhi langkah kawalan yang diberikan iaitu kuarantin di rumah sebelum pemantauan kesihatan dilakukan.

"Daripada jumlah itu, tiga penumpang yang transit di Kuala Lumpur turut diletakkan di bawah pemerhatian di Hospital Sungai Buloh bagi tujuan kuarantin sehingga Rabu ini," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Perkembangan terbaru setakat jam 12 malam kelmarin, menyaksikan Pusat Kesiapsiagaan Dan Respons Krisis (CPRC), kementerian menerima 16 lagi notifikasi kes dengan sembilan kes dirujuk ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, masing-masing dua kes di Hospital Tunku Fauziah, Kangar; Hospital Melaka dan Hospital Pulau Pinang serta satu kes di Hospital Sultan Aminah, Johor.

Daripada jumlah itu, 12 sampel daripada 15 yang diambil disahkan negatif, manakala selebihnya belum diketahui.

Katanya, 20 pengimbas suhu badan di pasang di semua pintu masuk dan seramai 7,528 individu yang tiba dari negara terbabit H1N1 telah disaring iaitu 6,308 orang di pintu masuk udara, pelabuhan (447) dan di pintu masuk darat (773).

"Bilik CPRC turut menerima 131 pertanyaan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan pandangan mengenai perjalanan ke luar negara, rawatan, vaksin dan saringan berkaitan H1N1. Panggilan berkenaan termasuk 35 daripada penumpang yang menaiki penerbangan MH091 pada pagi 13 Mei lalu," katanya.

Dr Ismail berkata, kementerian akan terus memaklumkan orang ramai mengenai situasi semasa wabak itu melalui laman web kementerian dan hebahan media dari semasa ke semasa.

Kerajaan komited martabatkan bahasa Melayu

Kerajaan komited martabatkan bahasa Melayu


MUHYIDDIN Yassin (kiri) bersama Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar mengajar adik Muhammad Fitri Al Adli Mohd. Saifulbahri, 8, selepas melancarkan set buku bacaan kanak-kanak Bacalah Adik di gerai pameran Kumpulan Utusan sambil diperhatikan oleh Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (belakang dua dari kiri) di Festival Guru Kebangsaan di Terenganu Trade Centre, semalam.


KUALA TERENGGANU 16 Mei - Kerajaan komited untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan di samping meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bahasa Melayu perlu menjadi teras kepada negara dan bangsa yang ingin dibina perlu diperkasakan sebagai bahasa perpaduan yang menyatukan setiap rumpun masyarakat.

Penguasaan bahasa Inggeris pula menurutnya, perlu ditingkatkan di kalangan pelajar untuk menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam menghadapi persaingan globalisasi yang semakin mencabar.

"Kita harus ingat bahawa bahasa adalah jiwa bangsa. Luntur bahasa maka lunturlah jiwa bangsa," ujarnya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Jelasnya, guru menggalas amanah penting untuk menyemai dan mengukuhkan sanjungan terhadap bahasa.

Katanya, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu di samping meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan latihan perguruan berfokus kepada bahasa Melayu di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Melayu.

Menurutnya, latihan perguruan berfokus kepada bahasa Inggeris pula akan dijalankan di IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur; IPGM Kampus Gaya, Kota Kinabalu; IPGM Kampus Datuk Razali Ismail di sini; dan IPGM Kampus Batu Lintang, Kuching.

"Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) juga diwujudkan untuk meningkatkan profesionalisme guru termasuk memartabatkan bahasa Melayu dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris," ujarnya.

Beliau berkata, kursus dalam perkhidmatan untuk bahasa Inggeris dikukuhkan lagi di English Language Teaching Centre (ELTC) yang akan menjadi nadi kepada latihan dalam perkhidmatan bagi guru-guru bahasa Inggeris.

Ahli Majlis Peguam perlu patuh undang-undang

Ahli Majlis Peguam perlu patuh undang-undang
Oleh Azrina Ahzan
bminggu@bharian.com.my

Ketua Polis Negara syor badan wujud peraturan khas

SEPANG: Majlis Peguam diminta menggubal satu peraturan khas yang perlu dipatuhi semua ahlinya selain memastikan mereka tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata peraturan itu dapat membendung rasa kurang selesa di kalangan orang ramai memandangkan sejak kebelakangan ini, ramai peguam yang sering bertindak melanggar undang-undang negara.

"Kalau peguam hendak menjadi kumpulan pendesak, mereka boleh menjadi ahli mana-mana Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan bukannya menggunakan kedudukan mereka untuk melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang negara.

"Lagipun, mereka perlu sedar, status sebagai peguam tidak bermakna mereka boleh melanggar undang-undang, sebaliknya mereka sepatutnya memelihara undang-undang.

"Tindakan segelintir peguam terbabit juga boleh mendorong orang ramai untuk melakukan perkara yang sama hingga boleh menjejaskan keselamatan dan keamanan negara," katanya kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam, selepas menghadiri Mesyuarat Polis-Polis Asean ke-29 (Aseanapol) di Hanoi, Vietnam.

Musa diminta mengulas desakan Majlis Peguam yang mahu Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri supaya meletakkan jawatan berikutan penahanan lima peguam pada 7 Mei lalu.

Semua lima peguam terbabit ditahan kerana didakwa menyertai perhimpunan haram ketika dalam usaha memberikan bantuan guaman kepada seorang aktivis yang ditahan mengikut Akta Hasutan.

Mengulas lanjut, Musa berkata, sudah menjadi tanggungjawab pihak polis mengawal keselamatan dan memastikan rakyat di negara dapat hidup dalam suasana aman.

"Polis akan berusaha memastikan keadaan huru-hara di Thailand tidak berlaku di Malaysia," tegasnya.

Mengenai keengganan Penasihat Undang-Undang pertubuhan haram Hindraf, P Uthayakumar, melaporkan diri di Kem Tahanan Kamunting pada 19 Mei seperti yang diarahkan pihak berkuasa, katanya, beliau tidak dimaklumkan lagi mengenai perkara itu.

"Saya tidak dimaklumkan lagi mengenai perkara itu. Lagipun saya baru balik dari Hanoi. Saya perlu periksa dulu sebelum membuat sebarang pengumuman," katanya.

Sebuah laman web kelmarin melaporkan kerajaan mengkaji perintah pembebasan P Uthayakumar daripada Akta Keselamatan Negara pada 13 Mei lalu, berikutan arahan daripada Lembaga Penasihat Kem Tahanan Kamunting yang mengarahkan beliau melaporkan diri di kem itu pada 19 Mei ini.

Bagaimanapun, difahamkan beliau enggan mematuhi arahan itu.

P Uthayakumar dibebaskan daripada tahanan ISA bersama dua lagi pemimpin Hindraf iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, Selangor, M Manoharan dan Setiausaha Hindraf, K Vasantha Kumar.


Inilah hipokrasi polis. Bila diaorg langgar undang2 senyap jer. Apa cerita polis masuk dewan undangan negeri PERAK?