Sunday, June 21, 2009

NASIONAL : AHAD 21 JUN 2009

Tujuh lagi disahkan H1N1
PUTRAJAYA 20 Jun – Tujuh orang lagi disahkan positif dijangkiti wabakinfluenza A (H1N1) termasuk satu penularan tempatan dikesan di negaraini dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan terkinimeningkat kepada 42 kes.

Nik Aziz enggan ubah pendirian
ALORSETAR 20 Jun – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapberkeras dengan pendiriannya menentang cadangan kerajaan perpaduanmeskipun banyak pihak berharap beliau mengubah pendiriannya itu demikepentingan umat Islam dan keharmonian negara.


Perompak gagal angkut ATM dengan forklift
SUBANGJAYA 20 Jun – Hasrat seorang penjenayah melarikan sebuah mesinpengeluaran wang automatik (ATM) menggunakan jentera angkat susun(forklift) dari sebuah stesen minyak di Taman Serdang Raya, awal pagiini, tidak berhasil meskipun berhempas pulas mencubanya selama lapanminit.


Sektor perkhidmatan diperkasa
PEKAN20 Jun - Kerajaan akan memperkasakan sektor perkhidmatan dengan sasaranuntuk mencapai pertumbuhan sebanyak 70 peratus sekali gus menjadipenyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada masa akandatang.

Najib arah PBT keluarkan banyak lesen, jangan tekan peniaga kecil
TANJUNGKARANG 20 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pihak berkuasa tempatan(PBT) mengeluarkan lebih banyak lesen kepada golongan peniaga kecil danpenjaja supaya perniagaan mereka terus berkembang maju dan pada masasama tidak menekan golongan itu.

Tanjung Agas dipertimbang jadi FTZ
PEKAN20 Jun - Kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan untuk menjadikanTaman Industri Minyak, Gas dan Maritim di Tanjung Agas di sini sebagaiZon Perdagangan Bebas (FTZ).

Sekolah ditutup jika H1N1 merebak
KEPALABATAS 20 Jun - Kementerian Pelajaran tidak menolak kemungkinan akanmenutup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, KualaLumpur jika berlaku penularan penyakit influenza A (H1N1) ekoran salahseorang muridnya telah disahkan dijangkiti wabak itu.




Tanjung Agas lonjak ekonomi
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedia menimbang menjadikanprojek berimpak tinggi Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim diTanjung Agas, di sini berstatus Zon Perdagangan Bebas selepas mencapaitahap penuh operasinya pada 2016.

Bil hospital warga asing RM12.8 juta
KUALALUMPUR: Hutang bil rawatan perubatan warga asing terutama dariIndonesia di hospital kerajaan meningkat hampir sekali ganda kepadaRM12.8 juta tahun lalu berbanding RM6.7 juta pada 2000.








Dr. M: Pemimpin Melayu pentingkan diri
IPOH 20 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa dengan sikap sesetengahpemimpin Melayu yang masih keliru dalam perjuangan mereka sehinggameletakkan masa depan bangsa dalam keadaan yang tidak menentu dangelap.


Wanita berkaliber jadi misi memperkasakan PPPM - Rosmah
KUALALUMPUR 20 Jun - Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) digesa mengaturlangkah bagi melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yangberkaliber melalui ilmu, kemahiran serta nilai-nilai kepimpinan.

'Pelantikan jawatan di Petronas kuasa PM'
IPOH20 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui adamendengar cerita bahawa jawatan Pengerusi Petronas yang kini disandangTan Sri Hassan Merican akan diganti oleh individu lain namun menegaskanbeliau tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita berkenaan.

Ekonomi negara tidak terjejas
KUCHING 20 Jun – Pertumbuhan ekonomi Malaysia tidak akan terjejasekoran wabak penyakit influenza A (H1N1) meskipun ia membabitkanbeberapa negara dunia pada masa ini.

MPV Perodua dijangka termurah
PETALINGJAYA 20 Jun - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangkamembuka tempahan jualan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang didakwanyatermurah di Malaysia pada September depan.

7,300 tan sampah dibuang ke sungai
SHAH ALAM 20 Jun - Bayangkan 20 buah lori seberat satu tan berada di dalam sungai di sekitar Kuala Lumpur pada setiap hari.

12 penghidap HIV/AIDS berkahwin
KOTABHARU 20 Jun – Seramai 12 orang daripada 233 lelaki yang disahkanmenghidap HIV/AIDS di negeri ini sepanjang tahun lalu, tetap meneruskanrancangan mereka untuk mengahwini pasangan masing-masing atas alasancinta.

MITI rangka pelan dinamik
KUALALUMPUR 20 Jun – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI) akan merangka pelan promosi pelaburan baru yang lebih dinamikdan agresif di semua pejabat agensinya di luar negara selaras dengansituasi ekonomi global.

Swasta digalak buka hospital jantung
TASEKGELUGOR 20 Jun – Syarikat-syarikat swasta digalakkan membuka hospitalyang mempunyai kepakaran dalam merawat penyakit jantung seperti yangdilakukan oleh Institut Jantung Negara (IJN).

Generasi muda perlu berpekerti- Raja Nazrin
RAWANG20 Jun - Generasi masa depan di negara ini bukan sahaja perlu memilikikeputusan akademik cemerlang tetapi juga perlu dilengkapi denganpekerti dan ciri kepimpinan baik untuk menghadapi pelbagai cabaransebagai bakal pemimpin negara, titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.


Kolej Tunku Kurshiah muncul juara orkestra
PUTRAJAYA20 Jun - Kumpulan Orkestra Kolej Tunku Kurshiah, Seremban yangmempersembahkan lagu Disney Festival muncul juara dalam pertandinganorkestra sekolah berasrama penuh dan sekolah kluster atau FinaleFestival Wind Orchestra 2009.

Kontraktor gagal siap projek disenarai hitam
KEPALABATAS 20 Jun – Kementerian Pelajaran sedang mengenal pasti kontraktoryang gagal menyiapkan pembinaan sekolah dan makmal di seluruh negarauntuk disenarai hitam daripada menerima sebarang projek kementerian itupada masa depan.

Hak individu saman polis
KUALALUMPUR 20 Jun - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menganggaptindakan dua individu menyaman pihak polis kerana mendakwa merekadisalah tahan berhubung kes culik dan bunuh Nurin Jazlin Jazimin duatahun lalu, sebagai hak mereka.

PDRM banteras penyeludupan manusia
KUALALUMPUR 20 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalinkan hubungankerjasama yang erat dengan pihak berkuasa luar termasuk PertubuhanPolis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan Biro Siasatan Persekutuan(FBI) dalam meningkatkan usahanya membanteras kegiatan penyeludupanmanusia.


Warga Malaysia disangka PATI
SEREMBAN20 Jun - Seorang warganegara Malaysia kesal apabila terpaksa meringkukdi Penjara Kajang selama dua bulan sejak 15 April lalu apabila didakwamemiliki kad pengenalan palsu dan gagal membuktikan dirinya adalahrakyat negara ini.

Tempatkan amah Indonesia dengan majikan Islam
KUALA LUMPUR 20 Jun – Kerajaan dan agensi berkaitan di negara inidisaran memberi keutamaan kepada penempatan pembantu rumah Indonesiadengan majikan Islam di Malaysia sebagai salah satu cara mengatasimasalah penderaan terhadap golongan itu.









'PBT kena bantu penjaja'
KUALALUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyatMalaysia untuk terus menunjukkan penghargaan dan memahami pengajaranyang disampaikan oleh bapa masing-masing.

Tiga sekeluarga antara 7 kes baru Influenza A
KUALALUMPUR: Tiga sekeluarga adalah sebahagian daripada tujuh kes baruInfluenza A (H1N1) yang dikesan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lalumenjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 42.

Hargai pengajaran ayah: Najib
KUALALUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyatMalaysia untuk terus menunjukkan penghargaan dan memahami pengajaranyang disampaikan oleh bapa masing-masing.

10 lari dari pusat serenti kena tahan
BUTTERWORTH:Seramai 10 pelatih Pusat Serenti Kampung Selamat di Tasek Gelugor yangmelarikan diri selepas merusuh petang kelmarin, ditahan semula.

Wartawan BH juara memancing Puspakom
PELABUHANKLANG: Wartawan Unit Joran Berita Harian, Helmi Hamzah, 39, munculjuara ikan air masin dalam Cabaran Memancing Bagi Media anjuranPuspakom, di sini semalam, selepas berjaya menaikkan ikan senanginseberat 3.82 kilogram.

Syor tambah baik polis diteliti semula
PUTRAJAYA:Kerajaan akan meneliti semula 125 syor dikemukakan Suruhanjaya DirajaPenambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM)pada 2005 yang bertujuan menjadikan pasukan polis negara bertarafdunia.

'Malaysia laksana akta penyeludupan orang sejak 2007'
KUALALUMPUR: Malaysia mengambil berat penurunan tarafnya ke Tier 3berbanding Tier 2 pada 2008, dalam Laporan Pemerdagangan Orang AmerikaSyarikat 2009 yang dikeluarkan pada 16 Jun lalu.

Mohamad Arof latih perenang AS seberangi Selat Inggeris
LONDON:Mohamad Arof Omar yang juga jurulatih perenang muda, Zahra Masaoumah,mendapat pengalaman berharga melatih dua perenang Amerika Syarikatketika mereka berenang menyeberangi Selat Inggeris dari Dover ke Calaisdi Britain, Sabtu lalu.

PDRM tingkat kerjasama dengan Interpol, FBI
KUALALUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meningkatkan kerjasama denganInterpol dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat bagimengekang kes pemerdagangan manusia di negara ini.

Omar Din terima anugerah
SHAHALAM: Pengasas Seni Silat Lincah Malaysia, Mahaguru Omar Din Mauju,semalam menerima penghargaan tertinggi, anugerah tali pinggang "SupremeGrandmaster" dari Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) atassumbangan beliau dalam mengembangkan seni bela diri.

Peluang jadi pengusaha bidang pertanian
BOGOR: Pusat Pengajian Darul Fallah, sebuah pusat pendidikan agama danvokasional pertanian bersepadu yang berjaya di Indonesia, menawarkanpeluang latihan kepada pelajar dan ahli koperasi yang berminat menjadipengusaha dalam bidang pertanian.

NSTP bantu budak jantung berlubang
GEORGETOWN: Doa bapa untuk melihat anaknya berusia 18 bulan yang menderita penyakitjantung berlubang menjalani pembedahan, termakbul selepas berjayamengumpul pembiayaan hasil sumbangan orang ramai melalui TabungKebajikan The New Straits Times Press (NSTP) Berhad.

Bayi tanpa kemaluan kekal lelaki
KUALAPERLIS: Bayi berusia 10 bulan yang dilahirkan tanpa kemaluan, MuhammadNabil Mustaqim Rodzake perlu kekal sebagai lelaki berdasarkan keadaanfizikalnya yang lebih cenderung kepada lelaki kerana mempunyai buahzakar, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

11,000 pembantu guru diperlukan
KUALALUMPUR: Kira-kira 11,000 pembantu guru diperlukan bagi meringankanbeban guru yang terpaksa menjalankan 'kerja sosial' di luar tugasanseperti mengemas kini rekod, logistik, kegiatan kokurikulum dan adaantaranya menjalankan kerja penyelenggaraan bangunan sekolah.

Kerja berpasukan jamin Pandu Puteri terus efektif: Rosmah
KUALALUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berharapPersatuan Pandu Puteri Malaysia (Pandu Puteri) dapat bergerak secaraberpasukan, senada dan satu suara untuk memastikan ia dinamik, efektifserta dicontohi persatuan lain.

Melayu mula sedar pertahan hak: Dr M
IPOH:Tun Dr Mahathir Mohamad percaya rata-rata orang Melayu di negara inikini sudah mula insaf dan sedar akan kedudukan serta masa depan merekayang tidak terjamin jika terus leka dan tidak berusahamempertahankannya.

Kolej Tunku Kurshiah juara festival orkestra
PUTRAJAYA:Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata muzikadalah antara elemen kokurikulum yang penting dalam pembentukan sahsiahdan pembangunan modal insan yang holistik serta pemupukan semangat jatidiri yang kukuh.

Murid Tahun Lima sah positif H1N1
KUALALUMPUR: Seramai 47 murid Tahun Lima (Kelas 5I) Sekolah Rendah JenisKebangsaan (SRJK) Cina, Jalan Davidson, Pudu di sini berkemungkinanterdedah kepada virus H1N1 berikutan seorang murid dalam kelas itudisahkan positif dengan wabak itu.

JENAYAH & MAHKAMAH : AHAD 21 JUN 2009

10 ditangkap, 17 lagi diburu
TASEK GELUGOR 20 Jun - Seramai 27 pelatih Pusat Serenti Kampung Selamatdi Seberang Perai Utara, di sini berjaya meloloskan diri denganmemanjat pagar keselamatan dalam insiden rusuhan mengakibatkan lapanbangunan di pusat itu terbakar, malam tadi.


Pelatih dapat bekalan dadah dari luar
TASEKGELUGOR 20 Jun - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan melakukansiasatan dalaman untuk mengenal pasti punca segelintir pelatih di PusatSerenti Kampung Selamat, di sini memperoleh bekalan dadah dari pihakluar.

KPN: Polis mula siasat dadah masuk penjara Sungai Buloh
KUALALUMPUR 20 Jun - Polis telah memulakan siasatan dari semua aspektermasuk kemungkinan pembabitan 'orang dalam' berhubung penemuanbeberapa bungkusan dadah yang dipercayai heroin dalam insidenpergaduhan di Penjara Sungai Buloh, 11 Jun lalu.

Samun: 2 kontena ditemui, 4 lagi ditahan
KUALALUMPUR 20 Jun - Tidak sampai 48 jam, polis menemui semula dua daripadatiga kontena berisi kepingan tembaga bernilai RM1 juta yang dilarikansekumpulan penjenayah dari sebuah gudang di kawasan 20 di LebuhHishamuddin, Pelabuhan Utara, Klang, awal pagi kelmarin.

GRO warga China sembunyi dalam bilik rahsia dicekup
IPOH20 Jun – Taktik pengusaha sebuah pusat hiburan mengaburi pihak berkuasadengan menyembunyikan 21 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) wargaChina dalam bilik rahsia konkrit gagal apabila semuanya ditahan dalamserbuan di Jalan Leong Sin Nam, di sini malam tadi.

Warga emas rogol anak ditahan
GUAMUSANG 20 Jun – Seorang warga emas berusia 61 tahun ditahan poliskerana disyaki merogol anak gadisnya di rumahnya di Kampung Bertamdekat sini, sejak lapan tahun lalu.




Perompak gagal larikan mesin ATM
KUALALUMPUR: Seorang perompak gagal melarikan sebuah mesin juruwangautomatik (ATM) menggunakan jentera forklift di sebuah stesen minyak diTaman Serdang Raya, Serdang, dekat sini, awal pagi semalam.