Tuesday, May 12, 2009

BERITA HARI INI : SELASA 12 MEI 2009

BERITA HARI INI : SELASA 12 MEI 2009


BN kemuka rayuan – PM
PUTRAJAYA 11 Mei – Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuanberhubung keputusan Mahkamah Tinggi mengesahkan Datuk Seri MohammadNizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Image

Perubahan UMNO satu keperluan
KUALALUMPUR 11 Mei - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskanperubahan terhadap parti itu bukan lagi satu pilihan tetapi sudahmenjadi satu keperluan yang tidak boleh dipandang ringan.

PM tegur institusi perbankan
KUALA LUMPUR 11 Mei – Perdana Menteri hari ini menegur institusiperbankan kerana menarik balik kemudahan pinjaman kepada komunitipeniaga yang berdaya maju tanpa memberikan sebarang alasan kukuhterutamanya ketika negara sedang menghadapi cabaran ekonomi berikutankrisis kewangan global.

Mohammad Nizar sah MB Perak
KUALALUMPUR 11 Mei - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas)hari ini memutuskan bahawa Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddinadalah Menteri Besar Perak yang sah.

Harap semua bertenang - Zambry
IPOH 11 Mei - ''Saya terima keputusan mahkamah itu dengan hati dan fikiran yang terbuka," kata Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Nizar pohon restu Sultan bubar DUN
KUALALUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang diisytiharkansebagai Menteri Besar Perak yang sah hari ini menyatakan beliau akanmemohon restu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagimembubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).





Nizar diisytihar MB
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) disini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddinsebagai Menteri Besar Perak yang sah.





Image
Bank perlu bersama wujud peluang pekerjaan
KUALA LUMPUR 11 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta bank dankomuniti perniagaan supaya saling bekerjasama dengan kerajaan bagimewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada seluruhrakyat Malaysia.

Skop Pemudah diperluas kepada kepentingan rakyat
PUTRAJAYA11 Mei – Skop Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah)akan diperluaskan bagi membolehkan bidang-bidang yang berkaitankepentingan rakyat dan awam dapat diberi penambahbaikan, kata DatukSeri Najib Tun Razak.

Lanun: Malaysia sedia bantu AS
PUTRAJAYA11 Mei – Malaysia bersedia berkongsi pengalaman dan kepakaran denganAmerika Syarikat (AS) dalam menangani kegiatan pelanunan di perairannegara khususnya Selat Melaka.

Bir halal kelirukan masyarakat Islam
KUALALUMPUR 11 Mei – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidakbersetuju dengan penggunaan istilah bir halal kerana istilah tersebutdikhuatiri akan mengelirukan masyarakat Islam.

Image

Mahkamah kecoh kerana perbicaraan Mohammad Nizar
KUALALUMPUR 11 Mei – Belum menang kecoh, sudah menang lagi kecoh. Itulahungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan di KompleksMahkamah Jalan Duta di sini hari ini sejak awal pagi meskipun keputusanpermohonan semakan kehakiman Datuk Seri Ir.

Lelaki mati dihempap pasu
KENINGAU 11 Mei - Seorang lelaki yang gagal membayar harga empat botolarak yang dipesan kerana kehabisan wang, mati setelah dihempap pasubunga oleh dua remaja yang minum bersamanya di Tamu Ground Keningau disini kelmarin.

Polis kenal pasti peragut wanita hamil
KOTABAHARU 11 Mei - Polis telah mengenal pasti dan sedang memburu seoranglagi lelaki yang turut terbabit meragut seorang wanita hamil sehinggamengakibatkan kematian wanita itu di Jalan Melor-Ketereh pada Rabulalu.

Gadis kecewa ditegur keluarga cuba terjun bangunan
KUCHING11 Mei - Kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan keluarga, seorang gadismenggemparkan orang ramai di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) apabila cubaterjun dari tingkat dua sebuah bangunan kedai di sini hari ini.

Image

Pemilik kenderaan kesal WGK 3763 turut diguna pemandu lain
KUALALUMPUR 11 Mei - Nombor pendaftaran sama yang dikesan pada dua buahkenderaan telah mendatangkan masalah kepada pemilik sebenar nombortersebut.

Image

3 maut, 2 parah kemalangan
KUANTAN11 Mei - Tiga bersaudara maut manakala dua lagi parah selepas keretajenis Perodua Kancil yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengansebuah lori muatan lima tan di Kilometer 13, Jalan Utama, FeldaSertik-Mempaga dekat Bentong, semalam.

Kanak-kanak maut kereta jatuh gaung
KUANTAN 11 Mei - Seorang kanak-kanak maut manakala kakaknya komaselepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarga mereka terbabas laluterjunam ke dalam gaung di Kilometer 40, Jalan Kuantan-Segamat dekatsini semalam.

Image

Anggota polis parah dirempuh mat rempit
KOTA BHARU 11 Mei - Seorang anggota polis parah setelah dirempuhmotosikal yang ditunggangi mat rempit yang cuba mengelak daripadaditahan dalam operasi di Jalan Wakaf Mek Zainab dekat sini petang ini

Image

Jiran tidak kenal Mas Selamat
JOHOR BAHRU 11 Mei - Penduduk Kampung Tawakal dekat sini tidakmenyedari bahawa Mas Selamat Kastari, 48, yang didakwa mengetuaikumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) menetap di kampung terbabitsehingga hari dia ditangkap 1 April lalu.

Setuju tidak dedah maklumat
PUTRAJAYA11 Mei - Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Singapura bersetujuuntuk tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut tentang Ketua JemaahIslamiah (JI), Mas Selamat Kastari yang berjaya ditangkap oleh pihakberkuasa negara ini dalam satu operasi di Johor awal bulan lalu.

Terowong masa papar sejarah perguruan di Malaysia
PUTRAJAYA11 Mei - Sebuah terowong masa sepanjang 20 meter dijangka menjaditarikan kepada orang ramai semasa Festival Hari Guru 2009 di PusatDagangan Terengganu (TTC), Terengganu bermula 14 hingga 17 Mei ini.

Tadika Kemas diwartakan
PUTRAJAYA 11 Mei - Semua tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)akan diwartakan menjadi milik penuh Kerajaan Pusat tidak lama lagi,kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. ShafieApdal.

Hindraf kekal pertubuhan haram
PUTRAJAYA11 Mei – Status Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai sebuahpertubuhan haram terus kekal melainkan terdapat rayuan dikemukakankepada Kementerian Dalam Negeri.

Image

Zakat mampu atasi kemelut ekonomi umat Islam
SEREMBAN11 Mei - Kegawatan ekonomi yang melanda global ketika ini bukanlah satukekangan dan penyebab kepada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC)serta korporat untuk melaksanakan kewajipan zakat.

10,200 kerja menanti siswazah
PUTRAJAYA11 Mei - Lebih 10,200 peluang pekerjaan menanti para siswazah padaKarnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) di Pusat Dagangan DuniaPutra (PWTC) selama tiga hari bermula pada 15 Mei ini.

11 lagi pelatih JPJ dimasukkan ke wad pengasingan
KUALALUMPUR 11 Mei - Seramai 11 lagi pelatih Akademi Jabatan PengangkutanJalan (JPJ) Tiang Dua, Melaka dimasukkan ke wad pengasingan di Blok C 3Hospital Melaka akibat jangkitan bakteria meningitis.

Image

Murid SRJK (C) Tiang Dua mula guna topeng muka
JASIN11 Mei - Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Tiang Dua di sinimemakai topeng muka hari ini sebagai langkah keselamatan walaupunKementerian Kesihatan memberi jaminan jangkitan bakteria meningitistidak akan menular kepada orang ramai.

5 universiti Malaysia tersenarai
KUALALUMPUR 11 Mei - Universiti Malaya (UM) mendahului empat universititempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukanserantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education(THE)-Quacquarelli Symonds (QS).

MIC rayu semula kes biasiswa JPA
PUTRAJAYA11 Mei - MIC akan membawa kes-kes rayuan biasiswa Jabatan PerkhidmatanAwam (JPA) kepada jabatan itu semula untuk dipertimbangkan sekali lagi,kata Setiausaha Agung parti, Datuk Dr. S. Subramaniam di sini hari ini.

Image

Gaza: Yayasan Harmoni kutip RM250,000
JOHORBAHRU 11 Mei - Yayasan Harmoni berjaya mencapai sasaran kutipansumbangan RM250,000 untuk disalurkan kepada sekretariat Amal Palestinbagi membina klinik pakar di Gaza.

Tolak gaji minimum
KUALALUMPUR 11 Mei - Para majikan dikatakan alergi kepada isu gaji minimumdan menolak cadangan untuk menetapkan gaji minimum RM900 kepada pekerjasektor swasta.

Elaun guru KAFA di peringkat akhir
ALORSETAR 11 Mei - Permohonan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untukmenyemak semula elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) diseluruh negara kini di peringkat akhir penapisan Jabatan PerkhidmatanAwam (JPA) serta Perbendaharaan.

Aizat rangkul dua anugerah di Bulgaria
BULGARIAVarna 11 Mei - Bintang Akademi Fantasia musim kelima ( AF5 ), Aizat,20, mengharumkan nama negara apabila lagu ciptaannya, Lagu Kita berjayamenggondol tempat ketiga kategori Lagu Terbaik pada pertandingan MuzikPop Antarabangsa Ke-18 yang berlangsung di Opera Theater House Varna,Bulgaria semalam.





Najib, PM Singapura bincang kes Mas Selamat
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan berbincangdengan rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong, berhubung langkah lanjutselepas kejayaan memberkas Pemimpin Jemaah Islamiah (JI) Singapura, MasSelamat Kastari, yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan DalamNegeri (ISA).

Fungsi Pemudah diperluas
PUTRAJAYA: Fungsi Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan(Pemudah) akan diperluaskan mencakupi skop berkaitan kepentinganrakyat, selain memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama baik antarasektor awam dengan swasta.

11 lagi kena meningitis masuk wad pengasingan
KUALALUMPUR: Sebelas lagi pelatih penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) di Akademi JPJ Tiang Dua, Melaka, dimasukkan ke wad pengasinganHospital Melaka (HM) semalam, selepas mengalami simptom meningitis atauradang selaput otak.

Doktor swasta disaran bantu hospital kerajaan
KUALALUMPUR: Doktor swasta, terutama pakar perubatan disaran melakukankhidmat negara secara sukarela bagi membantu menampung masalahkekurangan doktor yang kini amat serius dan ketara di hospitalkerajaan.

SRJKC Tiang Dua diwajib pakai topeng keselamatan
MELAKA:Murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Tiang Dua,diwajibkan memakai topeng semalam, sebagai langkah keselamatan susulanmerebaknya wabak meningitis atau radang selaput otak di Akademi JabatanPengangkutan Jalan (JPJ) yang letaknya tidak jauh dari situ.

Mahmood Ketua Setiausaha KDN
KUALALUMPUR: Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mahmood Adam dilantik sebagaiKetua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkuatkuasa hari ini, KetuaSetiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan semalam.

Premis Tadika Kemas diwarta
PUTRAJAYA: Semua premis Tadika Kemas akan diwartakan sebagai milikKementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi mengelak pertikaiantermasuk perebutan kuasa lebih-lebih lagi membabitkan negeri dikuasaikerajaan pembangkang.

Pemansuhan MTPN ditangguh
KUALALUMPUR: Kementerian Pelancongan menangguhkan keputusan memansuhkanMajlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) kerana ingin memberi tumpuankepada industri itu yang kini menghadapi pelbagai cabaran.

Lima universiti tempatan antara 100 terbaik Asia
KUALALUMPUR: Universiti Sains Malaysia (USM) yang menjadi universiti ProgramPemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) pertama negara, menduduki tanggake-69 di belakang Universiti Malaya (UM) serta Universiti KebangsaanMalaysia (UKM) yang masing-masing pada kedudukan ke-39 dan ke-51 dalamsenarai 100 universiti terbaik Asia.

500 gempar kebakaran di JKSM
PUTRAJAYA:Lebih 500 kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) di sini,gempar apabila bilik pelayan komputer (server) di aras tiga Blok D7terbakar pagi semalam.

Konstabel maut selepas tahu kekasih bertunang
TAMPIN:Seorang konstabel polis yang kecewa selepas mendapat berita temanwanitanya bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi,ditemui mati dalam keadaan bogel dan berlumuran darah di rumah ibubapanya di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, dekat sini, malam kelmarin.

JENAYAH & MAHKAMAH : SELASA 12 MEI 2009

Image
2 hari bercerai, Jamal Abdillah, isteri adakan hubungan kelamin
SHAH ALAM 11 Mei - Meskipun penyanyi Jamal Abdillah mengaku telahmenceraikan isterinya namun menurut pasangan terbabit, mereka telahmengadakan hubungan kelamin, dua hari selepas itu.

Polis edar dadah dihukum gantung
KUANTAN 11 Mei - Seorang anggota polis sempat berpesan kepada isterinyasupaya menjaga anak dengan baik selepas dijatuhi hukuman gantung sampaimati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana bersalah atas duatuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 811.91 gram, empat tahunlalu.

Penganggur cabul anak sendiri didakwa
KUALA LUMPUR 11 Mei - Seorang penganggur berusia 29 tahun didakwa diMahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan mencabulkehormatan anak kandungnya antara Disember tahun lalu dan Mac lalu.

Rogol anak: Polis bantuan dipenjara
KUANTAN 11 Mei - ''Jiran yang rogol anak saya dulu. Selepas itu saya marah, saya buat (rogol) juga.''

Pemandu teksi didakwa rogol pelajar
KUALALUMPUR 11 Mei - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah diMahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajardi sebuah hotel, Februari lalu.

Kanak-kanak 3 tahun diculik
IPOH 11 Mei - Sekumpulan penonton yang sedang leka menyaksikan operaCina di Kuala Bagan Tiang, Kerian dekat sini, malam tadi terkejutapabila melihat 'drama penculikan' berlaku di depan mata mereka.

SPRM siasat pegawai JUSA Kerajaan Selangor
KUALALUMPUR 11 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedangmenyiasat seorang lelaki yang tidak mempunyai pengalaman berkhidmatdalam sektor awam, tetapi memegang jawatan penting di Selangor bertarafJawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A.

Polis dapatkan waran tangkap terhadap Ahmad Ramzi
KUALATERENGGANU 11 Mei - Polis akan mendapatkan waran tangkap terhadap DatukDr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kerana masih gagal tampil memberiketerangan bagi membantu siasatan kes penghantaran khidmat pesananringkas (SMS) berbaur ugutan.

119 mesin video judi dirampas
PULAUPINANG 11 Mei - Polis Pulau Pinang merampas sejumlah 119 mesin videoberunsur judi dalam operasi yang diadakan selama seminggu di negeri iniyang berakhir semalam.

Rogol: 4 remaja ditahan, tiga masih diburu
KUANTAN11 Mei – Polis menahan empat daripada tujuh remaja lelaki yangdipercayai terbabit dalam kes rogol melibatkan seorang remaja perempuanberusia 16 tahun di sini kelmarin.

Polis guna pengesan logam cari hasil samun Geng Ipol
KUALA LUMPUR 11 Mei - Polis Selangor hari ini menjalankan siasatandengan menggunakan alat pengesan logam di markas tempat lima penjenayahwarga Indonesia Geng Ipol yang ditembak mati polis di Kampung Bahagia,Bukit Lagong di Sungai Buloh malam tadi.

Beg bimbit Ong Tee Keat dicuri
JOHORBAHRU 11 Mei – Beg bimbit milik Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiatyang diletakkan dalam sebuah kenderaan milik rakannya didapati hilangapabila penjenayah memecah cermin kenderaan itu di Taman Perling, disini semalam.

Murugiah terima kelongsong dua butir peluru, nota ugutan
KUALA LUMPUR 11 Mei - Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Datuk T. Murugiah ( gambar ) hari ini menerima satu bungkusankotak mengandungi dua butir kelongsong peluru dan sekeping nota ugutanyang ditujukan kepada Timbalan Menteri itu





Budak mangsa culik ditemui mati
PARITBUNTAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkandiculik ketika sedang menonton opera Cina bersama datuknya di BaganTiang, Tanjung Piandang, malam kelmarin, ditemui mati terapung di muarasungai Kuala Bagan Tiang, pagi semalam.

Setiausaha politik bekas MB kena waran tangkap
KUALATERENGGANU: Polis Kontinjen Terengganu mendapatkan waran tangkapterhadap Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk DrAhmad Ramzi Mohamad Zubir kerana beliau gagal hadir memberi keteranganselepas tempoh tiga hari, berakhir jam 3 petang semalam.

11 ditahan beg menteri hilang
JOHORBAHRU: Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes kehilanganbeg bimbit Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan pengawalkeselamatannya di Taman Perling, petang kelmarin.

KM serah kepada polis isu loteri
KUCHING:Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyerahkan kepadapolis untuk menyiasat kesahihan dakwaan bahawa seorang Menteri Muda danseorang pegawai kanan kerajaan di negeri ini mendalangi Telelink, yangmenjual loteri, Pan Malaysian Poll Sdn Bhd (PMP) Da Ma Cai, di seluruhSarawak.

Jamal tiada niat rujuk isteri
SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, diberitahu JamalAbdillah dan isterinya, Fatimatu Zahra Samad mengadakan hubungankelamin dua hari selepas penyanyi itu melafazkan cerai talak satu, pada15 Mei 2007.

Bekas polis edar ganja dihukum gantung
KUANTAN:Mahkamah Tinggi di sini, semalam menjatuhkan hukuman gantung sampaimati terhadap seorang bekas anggota polis selepas didapati bersalahmengedar 811.9 gram ganja, empat tahun lalu.

Kes saman bekas tunang ditangguh
SHAHALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, menangguhkan kes perekagrafik menuntut RM70,000 daripada bekas tunangnya, ke 15 Jun ini, bagimembolehkan mereka meneruskan perbincangan selesai kes di luar mahkamah