Tambang baru bas, teksi diumum bulan depan
KUALA LUMPUR: Kadar tambang baru bas dan teksi dijangka diumumkan bulan depan selepas semakan dibawa ke perhatian Kabinet, akhir bulan ini.
Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran, berkata kadar tambang baru itu membabitkan bas henti-henti, bas ekspres, bas pengantara dan bas sekolah selain teksi serta kereta sewa.
"Kita menunggu maklum balas Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum semakan dibawa ke Kabinet akhir bulan ini," katanya kepada Bernama semalam.
Katanya, kajian semakan tambang telah dibawa kepada perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada 7 Mei lalu, tetapi enggan menyatakan peratus kenaikan.
Sebelum ini, kerajaan dilaporkan bersetuju pada dasarnya memberi kenaikan 30 peratus bagi meringankan beban pengusaha pengangkutan awam termasuk surcaj 30 peratus tambang bas ekspres yang dikekalkan sehingga hari ini.
Umum tambang baru bulan depan?
KUALA LUMPUR 20 Mei - Kadar tambang baru bas dan teksi dijangka diumumkan bulan depan selepas semakannya dibawa ke perhatian Kabinet, akhir bulan ini.
Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran berkata, kadar tambang baru itu melibatkan bas henti-henti, bas ekspres, bas pengantara dan bas sekolah selain teksi dan kereta sewa.
"Kita sedang menunggu maklum balas dari Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebelum semakan tambang dibawa ke perhatian Kabinet akhir bulan ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.
Kajian semakan tambang disediakan LPKP itu juga telah dibawa kepada perhatian Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada 7 Mei lepas.
Markiman bagaimanapun enggan menyatakan peratus kenaikan kadar tambang itu.
Kerajaan sebelum ini dilaporkan pada dasarnya bersetuju memberi kenaikan 30 peratus bagi meringankan beban pengusaha pengangkutan awam terbabit dan ini termasuk surcaj 30 peratus tambang bas ekspres yang dikekalkan sehingga hari ini.
Dengan kali terakhir semakan tambang dibuat pada 2005, di mana ketika itu harga diesel 65 sen seliter, orang ramai perlu menerima hakikat bahawa kenaikan tambang adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Namun pemerhati industri menjangkakan kenaikan itu tidak setinggi 60 hingga 100 peratus seperti diminta operator pengangkutan awam terbabit terutama pengusaha bas henti-henti dan bas ekspres.
"Semakan tambang itu perlu menetapkan kadar tambang optimum. Fokus utamanya bagi membolehkan operator meningkatkan kualiti perkhidmatannya melalui keuntungan yang munasabah," kata pakar pengangkutan awam Prof. Abd. Rahim Md. Nor
Abd. Rahim sebelum ini berkata, kadar tambang itu perlu mengambil kira kepentingan operator pengangkutan awam terbabit, keuntungan munasabah dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.
Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA) sebelum ini mahu kerajaan menaikkan kadar tambang bas ekoran peningkatan kos operasi termasuk kos penyelenggaraan, alat ganti dan upah pemandu, serta kenaikan harga minyak, Jun tahun lepas.
Mereka juga meminta kuota subsidi diesel bagi bas henti-henti dan bas ekspress dinaikkan, masing-masing dari 2,500 liter ke 5,000 liter dan 9,000 liter. - BERNAMA
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment