Showing posts with label Sultan Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Sultan Kelantan. Show all posts

Sunday, May 17, 2009

Najib ziarahi Sultan Kelantan

Najib ziarahi Sultan Kelantan
KOTABHARU 16 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang inimenziarahi Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang dirawat diHospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini setelahgering petang kelmarin.

-----------------------------------------------------------------------------

Sultan Kelantan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia
KOTABHARU 14 Mei - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra telah dimasukkan keWad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana dipercayaimengalami sedikit masalah kesihatan petang ini.

Sultan Kelantan masuk wad
KOTABHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, semalam dimasukkan ke UnitRawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), disini.

Friday, May 15, 2009

Sultan Kelantan masuk wad

Sultan Kelantan masuk wad


KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, semalam dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini.

Baginda dikejarkan ke HUSM kira-kira jam 2.30 petang dan sehingga lewat petang semalam, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan Istana Kelantan berhubung status kesihatan baginda.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menziarahi Tuanku Ismail Petra di HUSM, kira-kira jam 4 petang.

"Tuanku berada dalam keadaan stabil. Saya minta seluruh rakyat Kelantan mendoakan kesihatan baginda," katanya secara ringkas, sejurus keluar.



Sultan Kelantan dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia

KOTA BHARU 14 Mei - Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra telah dimasukkan ke Wad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana dipercayai mengalami sedikit masalah kesihatan petang ini.

Bagaimanapun baginda dilaporkan berada dalam keadaan stabil tetapi sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Istana Kelantan.

Tinjauan Utusan Malaysia di HUSM mendapati kerabat diraja dan para pemimpin negeri telah menziarahi baginda sejak tengah hari tadi sehingga lewat petang ini.

Antaranya, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin dan isteri Ketua Polis Kelantan, Datin Ramlah Mahmud.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz ketika ditemui di perkarangan HUSM berkata, baginda berada dalam keadaan baik dan berharap rakyat mendoakan kesejahteraan baginda.

''Keadaan Tuanku Sultan baik dan saya minta rakyat berdoa supaya baginda tuanku cepat sembuh,'' katanya.