Showing posts with label Kekanda Sultan Perak mangkat. Show all posts
Showing posts with label Kekanda Sultan Perak mangkat. Show all posts

Friday, May 15, 2009

Kekanda Sultan Perak mangkat

Image

Kekanda Sultan Perak selamat disemadi
BATUGAJAH 14 Mei - Jenazah kekanda sulung Sultan Perak, Datuk Seri RajaBaharom Shah Sultan Yusuff Izzuddin Shah, 83, selamat disemadikan diTanah Perkuburan Islam Segedup di sini hari ini.

Jenazah Raja Baharom selamat disemadikan
BATUGAJAH: Jenazah kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri BaharomShah Almarhum Sultan Yusof Izzuddin Shah selamat dikebumikan di TanahPerkuburan Islam Segedup di sini, bersebelahan makam bondanya, Toh PuanDewangsa Khajidah Ahmad, jam 11.40 pagi semalam.

-----------------------------------------------------------------------------------

Kekanda Sultan Perak mangkat
IPOH13 Mei - Datuk Seri Raja Baharom Shah Sultan Yusuff Izzudin Shah,kekanda sulung kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, mangkat akibatsakit tua hari ini.

Kekanda sulung Sultan Perak meninggal dunia
IPOH:Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Shah AlmarhumSultan Yussuf Izzuddin Shah meninggal dunia di kediamannya di TamanCanning di sini, semalam.

Kekanda Sultan Perak selamat disemadi

Kekanda Sultan Perak selamat disemadi


SULTAN azlan Shah tenang menjirus air mawar dan menabur bunga mawar di pusara kekandanya di tanah perkuburan Islam Segedup, Batu Gajah, Perak, semalam.


BATU GAJAH 14 Mei - Jenazah kekanda sulung Sultan Perak, Datuk Seri Raja Baharom Shah Sultan Yusuff Izzuddin Shah, 83, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Segedup di sini hari ini.

Selain Sultan Azlan Shah, turut berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta kerabat-kerabat diraja lain.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bersama barisan Exco kerajaan negeri serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Jenazah Almarhum dibawa dari kediamannya di No.6, Cecil Rea Avenue, Taman Canning, Ipoh dekat sini pada pukul 10 pagi dan tiba di Masjid Batu Gajah di sini kira-kira 45 minit kemudian untuk disembahyangkan.

Selesai sembahyang, jenayah Almarhum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Segedup yang terletak kira-kira 500 meter dari Masjid Batu Gajah untuk disemadikan bersebelahan dengan makam bondanya, Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

Bacaan talkin disempurnakan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.

Sebaik sahaja selesai, Sultan Perak yang kelihatan tenang kemudiannya menjirus air mawar dan menabur bunga mawar di pusara kekandanya, diikuti Tuanku Bainun, Raja Nazrin, Tuanku Zara, Raja Jaafar, Raja Nor Mahani dan kerabat-kerabat diraja lain.

Raja Baharom mangkat di kediaman beliau pada pukul 10.45 pagi semalam akibat sakit tua.




Jenazah Raja Baharom selamat disemadikan


BATU GAJAH: Jenazah kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Shah Almarhum Sultan Yusof Izzuddin Shah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segedup di sini, bersebelahan makam bondanya, Toh Puan Dewangsa Khajidah Ahmad, jam 11.40 pagi semalam.

Turut berangkat Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah; Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja diHilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Normahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dua bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali serta Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Talkin dibacakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Sheikh Muhammah Nor Mansor Al-Hafiz.

Terdahulu, jenazah tiba Masjid Daerah Kinta, Batu Gajah untuk solat jenazah sebelum diusung anggota polis ke tanah perkuburan, kira-kira 600 meter dari masjid.

Allahyarham Raja Baharom Shah, 83, meninggal dunia kelmarin di rumahnya di Taman Canning, Ipoh, akibat sakit tua.

Thursday, May 14, 2009

Kekanda sulung Sultan Perak meninggal dunia

Kekanda sulung Sultan Perak meninggal dunia



Sultan Azlan Shah bersama Raja DiHilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa (duduk kanan)
dan kenamaan negeri menziarahi jenazah Raja Baharom di Ipoh, semalam.



IPOH: Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Shah Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah meninggal dunia di kediamannya di Taman Canning di sini, semalam.

Allahyarham yang berusia 83 tahun meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira jam 10.45 pagi.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan kerabat diraja lain berangkat menziarah jenazah Allahyarham tengah hari semalam.

Turut menziarahi jenazah ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exconya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim; Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Mohd Jamal Mahussin dalam satu kenyataan di sini, semalam, berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Batu Gajah pada jam 10 pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segedup, Batu Gajah selepas solat jenazah.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segedup, Batu Gajah bersebelahan makam bondanya Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.






Kekanda Sultan Perak mangkat

IPOH 13 Mei - Datuk Seri Raja Baharom Shah Sultan Yusuff Izzudin Shah, kekanda sulung kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, mangkat akibat sakit tua hari ini.

Raja Baharom mangkat pada usia 83 tahun di kediaman beliau di No.6, Cecil Rea Avenue, Taman Canning di sini, pada pukul 10.45 pagi ini.

Berangkat menziarahi jenazah ialah Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta kerabat-kerabat diraja lain.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersama barisan Exco kerajaan negeri.

Tidak ketinggalan hadir sama ialah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memberitahu, jenazah Raja Baharom akan disembahyangkan di Masjid Batu Gajah pada pukul 10 pagi esok sebelum dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Segedup, Batu Gajah dekat sini.

Jurucakap Istana Kinta pula memaklumkan, jenazah Raja Baharom akan dikebumikan bersebelahan makam bondanya, Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.