H1N1: Arahan tutup semingguPUTRAJAYA 21 Jun - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson,Kuala Lumpur menjadi premis pertama di negara ini ditutup selamaseminggu ekoran wujudnya penularan tempatan penyakit selesema babi atauInfluenza A (H1N1).
Nik Aziz sudah berlembut...KOTA BHARU 21 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hariini menyatakan persetujuan mengenai cadangan penubuhan kerajaanperpaduan, tetapi ia perlu dibincang serta diputuskan melalui saluranparti dan juga pakatan pembangkang.
Roslan, Rosli digugurkanKUALA TERENGGANU 21 Jun - Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, DatukTengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai Setiausaha BadanPerhubungan UMNO negeri yang baru.
IJN perlu lebih banyak mesin Infant Flow SiPAPKUALA LUMPUR 21 Jun - Institut Jantung Negara (IJN) memerlukan lebihbanyak mesin Infant Flow SiPAP bagi menampung keperluan pesakit jantungkronik bayi yang menjalani rawatan di institut itu.
Bincang isu parti malam iniSEPANG 21 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, apajua agenda dan isu berkaitan dengan parti termasuk cadangan kerajaanperpaduan hanya akan dibincangkan dalam mesyuarat khas parti itu malamesok.
Kenyataan Kuan Yew disangkalPULAU PINANG 21 Jun - Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan negeriini dari arus pembangunan negara, tegas Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Sekolah ditutup KUALALUMPUR: Kementerian Kesihatan semalam mengarahkan Sekolah JenisKebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini, ditutup semingguberikutan tiga pelajarnya disahkan dijangkiti wabak Influenza A (H1N1)sehingga semalam.
Nik Aziz mahu kerajaan perpaduan ikut saluran KOTABHARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini 'berkeras'menentang penubuhan kerajaan perpaduan, semalam menyatakanpersetujuannya terhadap cadangan itu, tetapi mahu ia dibuat mengikutsaluran yang betul.
H1N1 di negara ini meningkat 50 kesKUALA LUMPUR 21 Jun - Satu lagi kes influenza A (H1N1) melibatkanseorang murid perempuan berusia 11 tahun dari Sekolah Jenis KebangsaanCina (SJKC) Jalan Davidson, di sini disahkan hari ini, menjadikanjumlah keseluruhan sebanyak 50 kes setakat ini.
100 pelajar, guru Selangor dikuarantin semingguSHAH ALAM 21 Jun – Seramai 100 rakan sekelas dua pelajar dan seorangmurid yang disahkan dijangkiti selesema babi atau positif Influenza A(H1N1) di negeri ini dikuarantin di rumah selama seminggu mulai hariini.
113 penumpang China Airlines diperiksa di LTSASKUANTAN21 Jun – Seramai 113 penumpang pesawat China Airlines dari Taiwan yangmelakukan pendaratan pertama menjalani pemeriksaan bagi mengesanpenyakit influenza A (H1N1) di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah(LTSAS) di sini, semalam.
Saji ikan air tawar di asramaSHAHALAM 21 Jun - Kabinet bersetuju mewajibkan pihak pentadbiran asrama disekolah, kolej dan universiti menyediakan satu hidangan berasaskan ikanair tawar sekali seminggu.
TV Islam dapat sambutanYAN 21 Jun - Hasrat kerajaan untuk mewujudkan satu saluran televisyenIslam mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada penerbit dramadan rancangan berbentuk keagamaan.
Papan tanda bagi ingati pembunuhan Henry GurneyKUALA KUBU BHARU 21 Jun – Dalam beratus-ratus kenderaan yang melaluiJalan Kuala Kubu Bharu untuk ke pusat peranginan Bukit Fraser setiaphari, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa salah satu selekoh di jalanitu pernah menjadi saksi kepada satu peristiwa berdarah yangmenggegarkan negara.
Syor tubuh Kementerian BeliaPULAUPINANG 21 Jun - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mencadangkansupaya diwujudkan Kementerian Belia agar dapat memberi tumpuan khususterhadap usaha menangani masalah golongan itu yang semakin kompleks dankritikal.
Mubarak mampu jadi penyampai usaha kerajaanPULAUPINANG 21 Jun - Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) merupakan platformterbaik menjelaskan kepada rakyat mengenai pencapaian serta perancangankerajaan.
Jangan naikkan pangkat perokokKUALALUMPUR 21 Jun - Semua pengusaha pasar raya di negara ini disaran tidakmenaikkan pangkat pekerja-pekerja yang didapati mengamalkan tabiatmerokok.
Pembantu rumah Indonesia kelas ketigaKUALA LUMPUR 21 Jun - Rata-rata pembantu rumah Indonesia yang bekerjadi negara ini adalah daripada kategori kelas ketiga iaitu tidak cekapdan berpendidikan rendah.
PBTM minta kaji semula pencen tentera OKUBUTTERWORTH21 Jun - Kerajaan diminta mengkaji semula jumlah pemberian pencen,ganjaran dan faedah-faedah lain kepada bekas tentera yang berstatusorang kurang upaya (OKU) agar sesuai dengan keadaan semasa.
Masa rehat penting elak tekanan mentalKUALALUMPUR 21 Jun - Rakyat Malaysia disaran memperuntukkan sedikit masadalam sehari untuk berehat bagi mengelakkan daripada mengalami tekanandalam diri sehingga boleh mengakibatkan sakit mental.
Wajar tempatkan amah ikut majikan seagamaKUALA LUMPUR 21 Jun - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)menyifatkan langkah menempatkan amah atau pembantu rumah beragama Islamdengan majikan seagama mampu menyelesaikan banyak masalah membabitkankedua-dua pihak.
Apabila perokok ketegar, undang-undang jadi 'hiasan'BANYAK'peristiwa' yang akan berlaku hari ini. Dalam politik, sudah pasti isukerajaan perpaduan yang khabarnya akan berlaku beberapa pertemuan yangdiatur oleh Pas, parti yang mencetuskan idea tersebut. Difahamkan Pasakan menemui rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang yang kini agakcemas dengan isu kerajaan perpaduan. Di Dewan Rakyat pula, isu ZonBebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dijangka menjadi perhatian. Fokus tentulahkepada Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat dan Penasihat DAP, Lim KitSiang. Sejak minggu lepas, mereka sering berbalas kecaman dan tuduhanmelalui media dan ruang siber. Hari ini mereka akan bertentang mata.Tee Keat dijangka membentangkan kenyataan menteri mengenai PKFZ setelahsebelum ini beliau dituduh 'melarikan diri' daripada Parlimen.
Keluar permit teksi luar bandarKUALAKANGSAR 21 Jun - Permit perkhidmatan teksi luar bandar akan dikeluarkanselagi ada permintaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DatukSeri Mohamed Nazri Aziz.
Tambang baru di peringkat akhirJOHOR BAHRU 21 Jun - Keputusan kadar tambang baru pengangkutan awam dinegara ini yang kali terakhir disemak pada 2005 akan diketahui tidaklama lagi.
Operasi Feri Pulau Pinang: Tidak perlu bertikam lidahKAJANG21 Jun - Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu bertikam lidah denganPenang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mengenai isu pengambilalihan pengendalianoperasi feri yang menghubungkan kawasan pulau itu dan Seberang Perai.
Bapa sedia kekalkan jantina anakKANGAR21 Jun - Bapa bayi yang dilahirkan tanpa kelamin, Rodzake Namis, 35,akan membesarkan anaknya, Muhammad Nabil Mustaqim, 10 bulan sebagaiseorang lelaki.
Baitulmal Perlis bantu NabilKANGAR21 Jun - Baitulmal Perlis akan membantu keluarga Rodzake Namis, 35,bagi membuat pembedahan telinga kanan Muhammad Nabil Mustaqim, 10 bulanyang dilahirkan tanpa alat kelamin dan mengalami beberapa kecacatanlain.
Pelatih Suksis bakal inspektorKUALALUMPUR 21 Jun - Kesemua 762 pelatih Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi(Suksis) di beberapa institusi pengajian tinggi awam yang tamat latihanhari ini akan dilantik sebagai Inspektor Sukarelawan Polis.
Kempen Walk-A-Mile di Kuantan meriahKUANTAN21 Jun - Kempen berjalan kaki Walk-A-Mile mendapat sambutan meriahapabila kira-kira 3,000 penduduk bandar ini membanjiri Taman Gelora disini untuk menyertai program itu hari ini.
Pegawai kadet Palapes perlu semangat patriotikJOHOR BAHRU 21 Jun - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail SultanIskandar mengingatkan semua pegawai kadet Pasukan Latihan PegawaiSimpanan (Palapes) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjalankantanggungjawab dalam bidang ketenteraan dengan penuh semangat patriotik.
Maut tercampak atas bumbung rumahSEREMBAN 21 Jun - Seorang lelaki maut selepas tercampak di atas bumbungsebuah rumah apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu melanggarpenghadang jalan bertingkat dekat Taman Permai, di sini awal pagi ini.
Penebang balak mati dihempap pokokKUALA KRAI 21 Jun - Seorang penebang balak maut dihempap sebatang pokokyang tumbang secara tiba-tiba ketika sedang bekerja di kawasan hutansimpan Ulu Temiang dekat sini, pagi semalam.
Darul Fallah tawar latihanBOGOR 21 Jun - Pusat Pengajian Darul Fallah, sebuah pusat pendidikanagama dan vokasional pertanian bersepadu yang berjaya di Indonesia,menawarkan peluang latihan kepada pelajar dan anggota koperasi yangberminat menjadi pengusaha dalam bidang pertanian.
Measat jangka perolehan AS$100 jutaMOSCOW21 Jun - Measat Satellite Systems Sdn. Bhd., menjangkakan dapat mengautperolehan yang lebih tinggi sebanyak AS$100 juta setahun dalam tempohtiga hingga empat tahun akan datang berbanding AS$60 juta tahun lepas,menerusi perniagaan baru hasil daripada pelancaran dua satelitterbarunya, MEASAT-3 dan MEASAT-3a.
Kagum lihat pusat latihan angkasawanMOSCOW21 Jun - Sekumpulan pelajar Malaysia yang melawat Pusat LatihanAngkasawan Yuri Gagarin, di sini terpegun dengan kemudahan terkinidisediakan pusat itu yang pernah menjadi tempat angkasawan pertamaMalaysia Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjalani latihan dahulu.
Bayi patah tulang bahu disahkan akibat kelalaian hospitalKANGAR21 Jun - Sah! Kesan patah tulang selangka seorang bayi perempuan, SitiBalqis Sany, 2 bulan, yang dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF)di sini berpunca daripada kelalaian pihak hospital tersebut.
Ida Nerina cedera tulang belakang akibat terjatuhKUALALUMPUR 21 Jun - Aktres popular, Ida Nerina Hussain (gambar) , cedera dibahagian tulang belakangnya selepas terjatuh dari tangga di kediamannyadi Seputeh, awal pagi ini.
'Elak ke AS, Australia' PUTRAJAYA:Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tidak melancong dan berkunjung keAustralia dan Amerika Syarikat kerana risiko virus Influenza A (H1N1),kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sarawak contoh amal 1Malaysia KUALALUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sarawaksebagai contoh amalan budaya hidup 'Perpaduan Melalui Kepelbagaian',sekali gus menjadi petanda konsep 1Malaysia diterima baik rakyat.
Masyarakat Cina sokong konsep dianjur Najib KLANG:Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri NajibRazak menambah keyakinan masyarakat Cina bahawa kerajaanbersungguh-sungguh melakukan perubahan untuk kebaikan rakyat.
8 lagi kes Influenza A dikesan seluruh negara KUALALUMPUR: Lapan lagi kes jangkitan Influenza A (H1N1) dikesan di seluruhnegara semalam termasuk dua jangkitan tempatan membabitkan dua pelajarSekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, di sini.
100 penuntut diarah tak hadir sekolah seminggu SHAHALAM: Kira-kira 100 rakan sekelas dua mangsa terbaru yang disahkanpositif Influenza A (H1N1) masing-masing di Sekolah Menengah Seksyen 9,di sini dan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 2, Petaling Jayadiarah supaya tidak hadir ke sekolah, selama seminggu, mulai hari ini.
Budak hidap H1N1 di Arab Saudi bukan warga Malaysia KUALALUMPUR: Konsul Besar Malaysia di Jeddah, semalam, mengesahkankanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dikesan positifdijangkiti virus Influenza A (H1N1) minggu lalu, bukan warga negaraMalaysia.
Bayi maut dalam pelukan ibu nahas kereta, lori KUCHING:Seorang bayi perempuan maut dalam pelukan ibunya akibat tersepitterlalu lama selepas kereta yang membawa mereka tiba-tiba dirempuhsebuah lori dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 67.5 JalanKuching-Serian, dekat sini, pagi semalam.
Korporat wajar teruskan program CSR KUALALUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memintasyarikat korporat meneruskan budaya prihatin melalui programtanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam membantu golongan yangmemerlukan.
Bapa akur bayi tanpa alat kelamin sebagai lelaki KANGAR:Bapa kepada Muhamad Nabil Mustaqim, bayi berusia 10 bulan yangdilahirkan tanpa alat kelamin di Kuala Perlis di sini, akan membesarkananaknya sebagai lelaki, seperti disarankan Mufti Perlis, Dr JuandaJaya.
TV Islam peluang terbaik sampai mesej isu syariat YAN:Kerajaan bercadang menjadikan saluran televisyen Islam sebagai ruanginteraksi dengan masyarakat terutama dalam soal berunsurkan syariat dankerohanian dalam Islam.
'Satukan Melayu boleh jayakan 1Malaysia' KODIANG:Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berpendapat konsep1Malaysia perlu didahului dengan penyatuan bangsa Melayu yang menjaditonggak dan peneraju kepada perpaduan semua kaum di negara ini.
Dua beradik yatim piatu bapa koma meninggal KOTABHARU: Dua beradik yang cedera parah dalam kemalangan meragut nyawa ibudan adik mereka pada 4 Jun lalu, dirundung malang pada Hari Bapasemalam, apabila menjadi yatim piatu apabila ayah mereka yang komaekoran kejadian itu pula, meninggal dunia.
Nyaris maut dipijak gajah naik minyak KUALAKRAI: Seorang penoreh getah berdepan saat cemas selepas dikejar gajahjantan yang naik minyak ketika menoreh bersama dua rakannya di EstetBukit Abu dekat sini, Selasa lalu.
Measat lancar satelit M3A pagi ini MOSCOW:Measat-3a (M3a), satelit telekomunikasi keempat milik Measat SatelliteSystems Sdn Bhd (Measat) bersedia untuk dilancarkan kurang 24 jam, dariBaikonur Cosmodrome, Kazakhstan.
Anggota Suksis dilantik inspektor sukarelawan KUALALUMPUR: Semua anggota Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Suksis) yangmenamatkan tempoh latihan asas di institusi pengajian tinggi (IPT) akandilantik menjadi Inspektor Sukarelawan Polis di kawasan masing-masing.
Tukang gunting maut tercampak atas atap SEREMBAN:Seorang tukang gunting rambut maut apabila mangsa tercampak keluar darikereta dan terjatuh di atas bumbung rumah teres di tebing jalan selepaskeretanya hilang kawalan dan melanggar penghadang jalan di Taman Permaidi sini, pagi semalam.
Veteran askar, polis bantah bawa pulang Chin Peng SUNGAIPETANI: Lebih 300 bekas anggota tentera dan polis yang pernahberkhidmat menentang pengganas komunis berdemonstrasi di sini, semalam,membantah usaha membawa pulang bekas Setiausaha Agung Parti KomunisMalaya (PKM), Chin Peng ke Malaysia.
Kerajaan akan umum tambang baru teksi JOHORBAHRU: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menyerahkankepada kerajaan untuk mengumumkan tambang baru teksi dalam tempohterdekat ini, selepas berpuas hati dengan kajian dan semakan kadar barutambang pengangkutan awam itu.
Ida Nerina patah tulang belakang jatuh di kediaman KUALALUMPUR: Pelakon terkenal, Ida Nerina terjatuh di kediamannya, sebuahkondominium di Persiaran Syed Putra di sini, kelmarin, mengakibatkantulang belakangnya patah.
Tempoh tutup SJKC Jalan Davidson sedia dilanjut PUTRAJAYA:Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tempoh penutupan Sekolah JenisKebangsaan (SJKC) Jalan Davidson, di ibu negara mungkin dilanjutkanlebih daripada seminggu jika wabak Influenza A (H1N1) masih merebak dikalangan pelajar sekolah itu.