Wednesday, May 20, 2009

NASIONAL : RABU 20 MEI 2009

NASIONAL : RABU 20 MEI 2009

Hukum penjara mandatori
KUALA LUMPUR 19 Mei – Kerajaan diminta supaya meminda segera Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 ke atas mat rempit atau samsengjalanan dengan hukuman penjara mandatori.

Tindak-tanduk biadab Hindraf ancam negara – Perkasa
KUALALUMPUR 19 Mei – Tindak-tanduk biadab pertubuhan haram Hindraf jikatidak dihentikan segera dikhuatiri akan membawa kepada permasalahankeselamatan negara yang lebih besar.

Image
2 maut, 7 parah bas ekspres bertembung treler
KUANTAN19 Mei – Dua maut manakala tujuh lagi parah apabila sebuah bas ekspresbertembung dengan sebuah treler yang sarat membawa muatan baja diKilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, malam tadi.

Kota Buku mercu tanda baru KL
PUTRAJAYA19 Mei – Kota Buku bakal diwujudkan di ibu negara menjelang akhir tahunini untuk membuka ruang kepada penerbit dan penulis memasarkan hasilkarya mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Polis Bangladesh menyamar wanita
DHAKA19 Mei – Pegawai polis di ibu kota Bangladesh menyamar sebagai wanitadengan memakai rambut palsu dan pakaian wanita untuk menangkappenjenayah yang menjadikan kaum perempuan sebagai sasaran mangsamereka.




Van kebal pun tak selamat
KUALALUMPUR: Perkhidmatan van kebal syarikat keselamatan sekali lagidipersoalkan apabila lapan karung berisi RM8.24 juta yang baru dikutipdari beberapa mesin ATM dan deposit lesap dalam masa lima minit apabiladirompak di Cheras, malam kelmarin.

Samseng jalanan bukan mat rempit
KUALALUMPUR: Polis mahu istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanandan akan mencadangkan supaya kesalahan itu dikenakan hukuman lebihberat, termasuk penjara man-datori.





Polis yakin selesai kes ragut wanita hamil
JOHOR BAHRU 19 Mei - Polis yakin dapat menyelesaikan kes ragut yangmengakibatkan kematian seorang wanita hamil dua bulan, Jamilah Selamat( gambar ), 31, di Taman Ayer Hitam, Batu Pahat, 3 Mei lalu.

'Samseng jalanan' ganti 'mat rempit'
KUALALUMPUR 19 Mei - 'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah 'matrempit' bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepadagolongan berkenaan.

Wanita cedera diragut
KUALATERENGGANU 19 Mei - Seorang wanita cedera ringan apabila beg galasmiliknya diragut di Kampung Tanjung Che Mat Tauke, di sini semalam.

Tumpas dalam cubaan ketiga
KUANTAN19 Mei - Tindakan berani dua peragut membawa padah apabila cubaan kaliketiga mereka meragut dalam tempoh tidak sampai tiga jam mengakibatkanmereka diberkas polis.

KDN perlu tegas tangani Hindraf - Khir
SHAHALAM 19 Mei - Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta bertegas termasukmenahan semula pemimpin pertubuhan haram Hindraf, P. Uthayakumar dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terus mempermainkanundang-undang negara.

Jangan jadi 'kaduk naik junjung'
KUALALUMPUR 19 Mei - Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM) mengingatkanpertubuhan haram Hindraf supaya tidak bersikap seperti 'kaduk naikjunjung' sekiranya mahu keharmonian kaum negara ini tidak tergugat.

Dua warga asing dikuarantin
PUTRAJAYA19 Mei - Dua penumpang warga asing yang tiba di Kota Kinabalu denganpesawat Dragon Air KA061 pada 17 Mei lalu dikuarantin kerana disyakidijangkiti virus Influeza A(H1N1).

Pintu masuk Malaysia di Rantau Panjang lengang
KOTABHARU 19 Mei - Sejak virus Influenza A (H1N1) melanda dunia, pintumasuk sempadan Malaysia - Thailand di Rantau Panjang dan Thailandlengang apabila orang ramai mula merasa bimbang dijangkiti virustersebut.

Perak cari pramugari MAS
IPOH 19 Mei – Jabatan Kesihatan Perak sedang mengesan seorang pramugariyang bertugas dalam pesawat MH091 untuk menjalani pemeriksaan selesemababi atau virus influenza A (H1N1) selepas dua penumpang pesawat itudisahkan positif dijangkiti virus tersebut.

Tidak semua pengunjung disaring
SEPANG19 Mei - Ancaman wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) diMalaysia belum lagi sampai ke tahap yang memerlukan proses saringandilakukan ke atas semua pengunjung di pintu-pintu masuk utama seluruhnegara.

Image
Tingkatkan hubungan dagang dengan Qatar - Tuanku Mizan
KUALA LUMPUR 19 Mei - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidinhari ini menyarankan agar sektor swasta mempertingkat kerjasamaperniagaan dengan Qatar bagi mengukuhkan lagi hubungan dagangan diantara kedua-dua negara.

Muhyiddin: Kekalkan kesiapsiagaan di tahap tinggi atasi H1N1
SEPANG 19 Mei - Semua petugas daripada pelbagai agensi yang terbabitdalam menangani selesema babi atau Influenza A (H1N1) disaranmengekalkan tahap kesiapsiagaan mereka pada tahap yang tinggi.

KPI menteri akan diserah kepada PM
KUALA LUMPUR 19 Mei – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator TanSri Dr. Koh Tsu Koon akan mengadakan perbincangan denganmenteri-menteri Kabinet berhubung laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)masing-masing.

Dilarang hadir selama setahun
SHAHALAM 19 Mei - Selepas Perak, Selangor pula nampaknya bakal menjaditumpuan apabila bercadang menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo ( gambar ) daripada menghadiri sidang Dewan UndanganNegeri (DUN) selama setahun.

Image
Kementah sasar taraf lima bintang
KUALALUMPUR 19 Mei - Kementerian Pertahanan (Kementah) menyasarkan taraflima bintang pada tahun ini berdasarkan Sistem Penarafan Bintang (SSR)yang dilakukan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan PengurusanMalaysia (MAMPU).

Bekas tentera ditawarkan 125 projek pembangunan
KUALA LUMPUR 19 Mei - Golongan kontraktor kelas F daripada bekasanggota tentera ditawarkan 125 projek pembangunan di bawah KementerianPertahanan (Kementah) melalui fasa pertama pakej Rangsangan Ekonomi2009.

Premis judi Internet diserbu, 116 komputer dirampas
KUALA LUMPUR 19 Mei - Polis merampas sebanyak 116 unit komputerbernilai kira-kira RM232,000 kerana disyaki menjalankan aktivitiperjudian haram termasuk mesin judi dan Internet dalam serbuan ke atastujuh premis kafe siber di Pandan Perdana dan Pandan Indah, dekat sinihari ini.

PBT diminta pantau lesen perniagaan
KUALALUMPUR 19 Mei - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta lebih tegas danbertanggungjawab terhadap pengeluaran lesen-lesen perniagaan untukmengelakkannya daripada diseleweng.

Tiga pelatih bersyukur bebas jangkitan meningitis
MELAKA 19 Mei - Tiga pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)Tiang Dua yang dibenarkan keluar dari wad pengasingan di HospitalMelaka hari ini menarik nafas lega selepas lebih tiga minggudikuarantin akibat serangan meningitis.

Bologna beri banyak manfaat
SEREMBAN19 Mei - Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS)digalakkan bekerjasama dengan universiti di luar negara menerusi prosesBologna yang diadaptasi dan diaplikasikan seperti di Eropah.

Rasuah membimbangkan, indeks persepsi menurun
JOHORBAHRU 19 Mei - Amalan rasuah di negara ini berada pada paras yangmembimbangkan apabila persepsi masyarakat terhadap amalan itumenunjukkan penurunan dari setahun ke setahun.

6,000 pencari kerja serbu pusat temu duga
JOHORBAHRU 19 Mei – Kira-kira 6,000 pencari kerja ‘menyerbu’ Pusat KegiatanGuru (PKG) di Bandar Baru Uda di sini seawal 7 pagi ini bagi menghadirisesi temu duga jawatan kosong yang ditawarkan Kementerian Pelajaran.

11,000 kerja kosong ditawarkan hanya 1,000 diisi
IPOH 19 Mei - Kementerian Sumber Manusia menubuhkan jawatankuasa khasuntuk mengkaji mengapa banyak jawatan kosong ditawarkan melalui ProgramLatihan dan Penempatan Pekerja (PLPP) tidak mendapat sambutan daripadamereka yang kehilangan pekerjaan.

Stesen bas baru Kuala Lumpur
KUALALUMPUR 19 Mei - Terminal Pengangkutan Bersepadu di Bandar Tasik Selatanakan dijadikan hab bas ekspres tunggal di ibu negara untuk ke semuadestinasi di Semenanjung Malaysia.

Image
Puduraya dinaik taraf dengan kos RM30.3 juta
KUALALUMPUR 19 Mei - Hentian Puduraya yang dibuka pada 1976 bakal berubahwajah secara drastik apabila kerajaan meluluskan RM30.3 juta untukkerja-kerja naik taraf bagi keselesaan pengguna.

Tanah wakaf RM1.9 bilion perlu dimajukan
KUALALUMPUR 19 Mei - Tanah wakaf terbiar di seluruh negara yang bernilaiRM1.9 bilion perlu dibangunkan dengan cekap dan terancang agar iamemberi manfaat kepada umat Islam.

Salah guna wang TH subsidi jemaah haji
PUTRAJAYA19 Mei - Lembaga Tabung Haji (TH) tidak boleh menggunakan dananyasebagai subsidi kepada bakal jemaah kerana ia bertentangan dengan hukumsyarak dan matlamat asal penubuhan lembaga tersebut.

Seksyen 51akta kahwin, cerai dipinda
KUALA LUMPUR 19 Mei - Kerajaan bersetuju meminda Seksyen 51 AktaMembaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 bagimembolehkan pasangan sama ada suami atau isteri yang memeluk Islam,menuntut hak mereka di mahkamah sivil.

Image
Talian Childline Malaysia bantu kanak-kanak perlukan pembelaan
SHAHALAM 19 Mei - Yayasan Program Televisyen Kanak-Kanak Malaysia (MCTF)akan mewujudkan talian khas bagi membolehkan kanak-kanak yang dalamkesusahan mendapatkan bantuan menerusi panggilan telefon bermulaOktober ini.

Biasiswa JPA bukan isu perkauman
KUALALUMPUR 19 Mei - Isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yangmenjadi rungutan ramai berkait rapat dengan soal ketelusan dan keadilansistem pengagihannya.









Siasatan ajaran sesat Ayah Pin kembali perlukan bukti kukuh
SERIKEMBANGAN: Pihak berkuasa agama dan polis perlu mendapatkan buktimengesahkan pemimpin kumpulan ajaran sesat ‘kerajaan langit’, Ayah Pinkembali ke pangkalannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganusejak sebulan lalu.

Pemantauan operasi JI dua negara diakui ketat
JOHORBAHRU: Seorang bekas pemimpin tertinggi Jemaah Islamiah (JI) mengakuilangkah keselamatan ketat oleh pihak berkuasa Malaysia dan Singapuraberjaya membendung operasi kumpulan militan serantau itu.

Siti Nurhaliza keluar produk kecantikan
KUALALUMPUR: Selepas lebih sedekad mengukuhkan nama dalam industri hiburantanah air, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza kini mengembangkan sayap dalambidang perniagaan apabila bakal muncul dengan produk kecantikan sendiritidak lama lagi.

APMM draf undang-undang perangi lanun
KUALALUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedangbekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan yang lain untuk membuatdraf undang-undang berhubung kegiatan melanun.

Talian adu dera budak Oktober
SHAHALAM: Kerajaan menyediakan talian khusus untuk kanak-kanak yangmenghadapi pelbagai masalah seperti penderaan dan salah laku seksmendapatkan bantuan pihak berkuasa dengan hanya mendail satu panggilantelefon menjelang Oktober ini.

Pelatih PLKN di tiga negeri diminta tunggu surat terbaru
KOTABHARU: Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) semalam, membatalkan suratpanggilan pertama yang dikeluarkan beberapa hari lalu kepada 10,800pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan tiga siri 2009yang bermula 16 Jun depan, kerana kesilapan teknikal.

Bandar Tasik Selatan ganti khidmat bas ekspres Puduraya
KUALALUMPUR: Perkhidmatan bas ekspres di Hentian Puduraya sehinggamenyesakkan kawasan bandar raya akan dipindahkan ke TerminalPengangkutan Bersepadu di Bandar Tasik Selatan di sini, yang dijangkasiap tahun depan.

Mekanisme khas selaras harga
PUTRAJAYA:Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme khas bagi menyelaraskan hargabarang keperluan antara kawasan pedalaman dan bandar, sekali gusmeringankan beban kewangan penduduk desa yang kebanyakannyaberpendapatan rendah.

Hasrat pemandu cari kerja lain tak kesampaian
KUALATERENGGANU: Pemandu treler, Khairul Nizam Mohamed, 31, dari KampungMachang Lada, di sini membulatkan tekad untuk berhenti kerja dalamtempoh terdekat, tetapi hasratnya tidak kesampaian apabila terbunuhselepas kenderaan dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspresTransnasional di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, malam kelmarin.

2 maut nahas bas ekspres, treler
KUANTAN:Dua terbunuh, manakala tujuh parah dalam kemalangan membabitkan sebuahbas ekspres Transnasional dengan sebuah treler membawa muatan baja diKilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, malam kelmarin.

Seoul mahu hubungan Asean dinamik
KOREASelatan mahu menjadikan pertemuan dengan pemimpin Asean di Jeju, disini awal bulan depan sebagai titik tolak kepada hubungan lebih dinamiknegara itu dengan rantau Asean.

Peruntukan RM27j wujud Kota Buku
PUTRAJAYA:Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM27 juta mewujudkan Kota Buku di ibunegara sebagai premis berkelompok bagi penulis, sasterawan dan penerbitmenjalankan urusan mengenai dunia buku secara lebih tersusun danbersungguh-sungguh.

Depot pendatang diarah tingkat kebersihan
BUTTERWORTH:Jabatan Imigresen mengarahkan semua pengurusan depot tahanan pendatangtanpa izin meningkatkan tahap kebersihan dan kesihatan bagi mengelakkemungkinan jangkitan penyakit berbahaya, termasuk Leptospirosis.

Dua pelancong dikuarantin
PUTRAJAYA:Dua pelancong asing kini dikuarantin di sebuah homestay di Sabahselepas dikesan menaiki pesawat Cathay Pacific CX831 dari AmerikaSyarikat bersama dengan seorang warga asing lain, yang disahkan positifInfluenza A (H1N1) sejurus tiba di Hong Kong, kelmarin.

86 penumpang AK5358 digesa jalani saringan
SEPANG:Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan baki 86 penumpang pesawatPenerbangan Malaysia MH091 dan AirAsia AK5358 yang disahkan mempunyaidua pesakit kes virus Influuenza A (H1N1) tampil menjalani pemeriksaandan mendapatkan rawatan segera.

Panduan baru pindah wang
KUALALUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengemukakan cadangan barukepada Kementerian Dalam Negeri cara membaik pulih dan memperketatkangaris panduan pemindahan wang menggunakan van syarikat keselamatan.

Sekolah tak ambil tindakan kes buli pelajar
KOTABHARU: Ibu seorang pelajar sekolah menengah di sini yang mendakwaanaknya dibelasah kira-kira 20 pelajar kerana enggan memberikan RM1sebagai ‘bayaran perlindungan’ meluahkan rasa kesal berikutan tiadatindakan susulan daripada pihak sekolah terhadap penyerang anaknya.

Terhidu gas punca 70 murid dirawat
SHAHALAM: Seramai 70 murid dan tiga guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)Ladang Emerald, Jalan Bukit Kemuning, dekat sini dihantar ke pusatperubatan untuk rawatan semalam selepas terhidu gas ketika kerjapenyelenggaraan paip berhampiran sekolah itu.

No comments:

Post a Comment