Tuesday, May 26, 2009

Tambang pengangkutan wajar naik

Tambang pengangkutan wajar naik

KUALA LUMPUR 25 Mei - Langkah kerajaan mengkaji semula kadar tambang pengangkutan awam di negara ini disifatkan oleh pengusaha terlibat sebagai tindakan yang wajar kerana kadar sedia ada tidak dapat menampung kos operasi mereka.

Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor (Perkepli), Datuk Aslah Abdullah berkata, kadar kenaikan itu munasabah kerana ia mampu mengurangkan beban pengusaha perkhidmatan.

"Sebelum ini pemandu teksi mengenakan tambang sebanyak RM2 untuk dua kilometer pertama tetapi kadar baru mungkin sebanyak RM3.

"Walaupun kenaikan yang diberi masih belum mencapai 30 peratus seperti diminta oleh persatuan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kami," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengenai kertas cadangan kenaikan tambang pengangkutan awam yang dijangka diumumkan oleh LPKP seperti dilaporkan akhbar hari ini.

Mohamed Nazri berkata, kadar baru itu hanya akan dikuatkuasakan selepas mendapat kelulusan Kebinet.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kenaikan tersebut sememangnya amat dinanti-nantikan.

"Meskipun kenaikan ini akan memberi sedikit bebanan kepada penguna, mereka perlu bersikap positif.

"Situasi ini tidak akan berlaku sekiranya kerajaan dapat mengurangkan harga diesel sekurang-kurangnya RM1 seliter atau memberikan subsidi kepada pengusaha bas," ujarnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih kabur dan belum ada pengesahan daripada kerajaan.

PKPM dipercayai aktif semula

PKPM dipercayai aktif semula

Oleh ZULKIFLI MANZOR
utusanpahang@yahoo.com.my

KUANTAN 25 Mei – Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang pernah dilumpuhkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira enam tahun lalu, dipercayai aktif semula di negara ini termasuk di Pahang sejak beberapa bulan lalu.

Pasukan itu dikatakan sedang merekrut ribuan ahlinya termasuk lebih 400 orang di Pahang untuk menyiasat satu kes pembunuhan membabitkan seorang kenamaan (VIP).

Sebahagian anggota lain akan diserap ke setiap jabatan kerajaan bagi melakukan tugas risikan.

Pasukan haram itu juga dipercayai menawarkan ganjaran sama seperti yang dilakukan pada tahun 2003 iaitu gaji, elaun, pangkat, kuasa serta senjata api kepada mana-mana individu yang menyertai pasukan berslogan ‘Bersatu Membanteras Dan Menentang Musuh Negara’ itu.

PPSMI: Keputusan enam bulan lagi

PPSMI: Keputusan enam bulan lagi

JOHOR BAHRU 25 Mei - Keputusan sama ada kerajaan meneruskan atau memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dijangka diketahui dalam tempoh enam bulan lagi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan berkenaan akan dimuktamadkan segera bagi menyelesaikan polemik PPSMI selepas kajian pelbagai pihak diperhalusi.

''Tak perlu lama lagi hendak tengok, tak perlu enam tahun tetapi dalam tempoh tak lebih enam bulan ini kementerian akan boleh umumkan keputusannya sama ada untuk kekal (penggunaan bahasa Inggeris) atau kembali kepada bahasa ibunda,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Guru 2009 peringkat Johor di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Pelajaran negeri, Sufa'at Tumin.

Baru-baru ini, Gagasan Veteran Malaysia melalui Presidennya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai dasar PPSMI di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Dalam pertemuan kira-kira sejam itu, Ahmad Sarji mengemukakan hasil kajian dan pendapat pihaknya kepada Muhyiddin.

Mohd. Puad berkata, tempoh enam bulan adalah wajar kerana semua kajian mengenainya telah siap diteliti dan yang terbaru kementerian sedang melihat kajian Gagasan Veteran yang diserahkan itu.

Beliau berkata, semua pihak perlu akur dengan keputusan yang akan diumumkan nanti.

Menurutnya, Muhyiddin sebelum ini menolak hasil yang dikumpulkan oleh sesi meja bulat kerana ia mempunyai perbezaan amat ketara dengan hasil penyelidikan badan bebas.

Mohd. Puad berkata, selain itu, laporan meja bulat dianggap tidak lengkap apabila hanya mempunyai tiga opsyen untuk mengatasi masalah berkenaan dan tidak mengambil kira kajian tokoh bahasa.

''Opsyen sebelum ini antaranya memperkenalkan kaedah dwibahasa, meneruskan dasar tersebut di peringkat sekolah menengah dan menggunakan bahasa Melayu di sekolah rendah, tetapi tiada opsyen untuk mengembalikan semula pengajaran dan pembelajaran kepada dasar asal,'' katanya.

Ahli Parlimen Batu Pahat itu mengulangi pendirian beliau secara peribadi mahu pengajaran Sains dan Matematik dijalankan dalam bahasa ibunda tetapi pada masa yang sama penguasaan bahasa Inggeris perlu diperkukuhkan dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Mohd. Puad yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat berkata, tinjauan dan pemeriksaan mengejut di sekolah-sekolah rendah dan menengah terutama di luar bandar mendapati dasar PPSMI mempunyai kelemahan ketara untuk dilaksanakan.

''Hakikatnya ialah sekolah luar bandar masih kekurangan guru-guru PPSMI dan tenaga pengajar bahasa Inggeris, takkan guru agama pun kena ajar bahasa Inggeris, ini lebih menyedihkan jika dilihat di sekolah kawasan Orang Asli, pedalaman Sabah dan Sarawak.

''Guru-guru bahasa Inggeris banyak di bandar, ini menimbulkan masalah dari segi persediaan,'' katanya sambil menjelaskan hasil pertemuan dan perbincangan bersama para guru didapati bahasa ibunda tidak perlu dikorbankan dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd. Puad berkata, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pelbagai cabang ilmu termasuk ekonomi, teknologi dan tidak sekali-kali boleh menjadi mangsa dalam persaingan dengan bahasa Inggeris dalam arus globalisasi.

Menurutnya, ia amat penting kerana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berperanan sebagai bahasa penyatuan kaum yang berkesan dalam membina negara bangsa.

Katanya, kerajaan menerusi kementerian amat komited dalam memelihara bahasa ibunda bersama-sama dengan hasrat warga pendidik termasuk guru-guru yang menjadi pejuang negara bangsa itu.

Belum cadang hapus tol LDP

Belum cadang hapus tol LDP

Oleh AMRAN AHMAD
pengarang@utusan.com.my

PETALING JAYA 25 Mei - Kerajaan belum bercadang menghapuskan bayaran tol di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dalam masa terdekat.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Thomas George berkata, bagaimanapun kerajaan sedang menjalin kerjasama dengan syarikat korporat bagi mengurangkan beban yang ditanggung rakyat khususnya pengguna harian LDP.

"Selain mengurangkan bayaran tol, kerjasama di antara kerajaan dan Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) selaku firma pengendali LDP mampu mengurangkan kesesakan di kaunter bayaran terutama pada waktu pagi dan petang," katanya selepas melancarkan Program Pengguna Kerap LDP di sini hari ini.

Beliau yang mewakili Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor turut mengedarkan kad Touch 'n Go kepada pengguna lebuh raya berkenaan bersama-sama Pengerusi Litrak, Tan Sri Wan Abdul Rahman Wan Yaacob.

LDP yang memulakan operasinya kira-kira 10 tahun lalu mempunyai perjanjian konsesi sehingga 2032 dan menerima sejumlah 1.4 juta kenderaan dalam masa sehari.

Daripada sejumlah 1.4 juta pengguna lebuh raya itu setiap hari, hanya sekitar 400,000 pengguna yang membayar tol antara 80 sen sehingga RM1.60 mengikut jenis kenderaan yang dipandu.

Thomas berkata, kerjasama seperti itu akan diperkukuhkan lagi sejajar dengan usaha kerajaan mengurangkan beban bayaran kos pengangkutan yang ditanggung rakyat terutama untuk berulang alik ke tempat kerja.

"Kita harus ingat bahawa semua servis yang disediakan melibatkan tanggungan kos yang harus dibayar, langkah ini adalah permulaan kepada lebih banyak kerjasama dalam mengurangkan beban rakyat," tambahnya.

Sementara itu, Wan Abdul Rahman berkata, program tersebut memberi manfaat kepada pengguna kerap LDP menerusi bonus isian tambahan kad Touch 'n Go dan mengelak daripada kesesakan di kaunter bayaran tol.

Jelas beliau, pelaksanaan program itu juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan oleh syarikat itu bagi mengurangkan beban kewangan pelanggan di negara ini.

'Demonstrasi babit isu di Sri Lanka tak relevan'

'Demonstrasi babit isu di Sri Lanka tak relevan'

Oleh Nik Sukry Ramli
niksukry@bharian.com.my

KDN digesa bertindak tegas elak perhimpunan haram

KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan haram dan sebarang usaha campur tangan pihak tempatan dalam isu membabitkan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dengan Kerajaan Sri Lanka.

Presiden Gabungan Persatuan India Malaysia, P Mukuntha, berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mempunyai hak untuk membuat keputusan dan mencari penyelesaian terbaik krisis di negara berkenaan dan tindakan pihak tertentu mengadakan demonstrasi jalanan tidak relevan sama sekali.

"Apa yang berlaku di sana (Sri Lanka) adalah krisis dalaman negara itu. Jadi, PBB paling sesuai mencari jalan keluar krisis kemanusiaan di sana. Mereka mempunyai mekanisme yang diketahui berkemampuan untuk menilai apa yang berlaku di negara berkenaan.

"Tidak ada guna jika kita di sini mengadakan pelbagai siri demonstrasi jalanan sehingga menjadi acara mingguan sedangkan suara itu boleh disalurkan oleh pemimpin kita pada persidangan PBB. Ini semua hanya motif mahu cari publisiti dan nama," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai kira 2,000 penduduk berkumpul di Kuil Sri Subramaniar, Batu Caves bagi membantah tindakan Sri Lanka membunuh masyarakat Tamil di negara itu dalam krisis bersenjata dengan LTTE.

Perhimpunan sebagai tanda sokongan kepada perjuangan LTTE itu turut dihadiri Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk M Saravanan; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran; Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran.

Krisis berdarah menyebabkan lebih 100,000 penduduk terkorban sejak tiga dekad itu berakhir hujung minggu lalu selepas tentera kerajaan mendakwa berjaya membunuh pemimpin tertinggi LTTE, Vellupillai Prabakharan selepas pertempuran hebat di daerah Mullaittivu.

Sementara itu, Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar, berkata KDN perlu bertegas bagi mengelak kumpulan tertentu yang kononnya mahu menjadi juara dalam memperjuangkan nasib golongan tertentu tidak sampai menggugat ketenteraman.

Katanya, perhimpunan yang semakin kerap diadakan sejak akhir-akhir ini dibimbangi banyak dipengaruhi anasir luar dan budaya politik jalanan seperti itu tidak boleh dibiarkan.

"Perhimpunan haram seperti ini akan mengganggu tumpuan kerajaan memakmurkan ekonomi kepada rakyat. Tidak kiralah apa tujuan perhimpunan itu diadakan, namun jelas sekali perkara seperti ini perlukan ketegasan pihak berkuasa.

"Jangan bagi muka sangat, risau ia akan jadi budaya rakyat negara ini, asal ada benda tidak puas hati turun ke jalan raya dan buat demonstrasi. Penganjur perhimpunan seperti ini sepatutnya ditahan di bawah Akta Hasutan sebagai pengajaran," katanya.

Usaha bawa Chin Peng pulang mesti dihalang

Usaha bawa Chin Peng pulang mesti dihalang


SEREMBAN: Kementerian Pertahanan menentang sebarang usaha membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, kembali ke negara ini kerana tindakan itu akan menghiris perasaan anggota pasukan keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan itu juga akan membangkitkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati di kalangan anggota keluarga lebih 50,000 anggota tentera dan polis yang terkorban menentang PKM ketika zaman darurat.

"Jika diberi pengiktirafan terhadapnya (membenarkannya kembali), rasa terhiris dan kelukaan itu pasti akan lebih dirasai. Ini bukan sentimen perkauman, tetapi rasa patriotisme yang tertanam dalam jiwa anggota tentera yang sudah bersara atau masih bertugas.

"Ada bekas anggota tentera yang bertanya kepada saya mengapa pengganas komunis yang sudah menyerah diri diberi tanah, tetapi mereka yang bersara kerana memperjuangkan kedaulatan negara tidak mendapat kemudahan itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembabitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dalam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Kem Seri Perkasa, Mantin, dekat sini semalam.

Ahmad Zahid mengulas mengenai saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dr Teng Hock Nan, supaya kerajaan membenarkan bekas pemimpin PKM itu kembali ke negara ini.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya berharap jika ada parti politik yang mahu memperjuangkan Chin Peng supaya memahami hati dan jiwa anggota tentera, terutama mereka yang kehilangan saudara-mara akibat terkorban ketika menentang PKM.

Dosa bekas pemimpin PKM tak boleh dimaaf: Rais

Dosa bekas pemimpin PKM tak boleh dimaaf: Rais


KUALA LUMPUR: Tiada ruang buat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng untuk kembali ke negara ini kerana dosa dilakukannya terhadap pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini tidak boleh dimaafkan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata pemimpin yang melahirkan perasaan simpati terhadap Chin Peng perlu mengemukakan pendirian secara jelas tanpa berselindung di sebalik tabir politik kepartian.

“Chin Peng dan komunis yang membunuh rakyat negara ini dan tidak ada tempat bagi kita untuk bermuafakat atau bersimpati kepadanya.

“Komunis tidak boleh diberi tempat di negara ini. Kita tidak boleh mendewakan komunis, ribuan yang sudah mati di tangan komunis. Usah mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan pemikiran rakyat,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan pegawai kanan kementeriannya di sini, semalam.

Dr Rais berkata, beliau akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha memantau dan mengawal perkembangan laman blog yang menyokong komunis serta cuba menanam semangat komunisme di kalangan masyarakat di negara ini.

Katanya, beliau akan mengemukakan kepada Kabinet mengenai kemunculan beberapa laman blog dilihat memberi pujian atau melahirkan nostalgia kepada komunis dan maklumat diperoleh mengenai perkara itu akan disalurkan kepada KDN.

“Mengenai kemunculan blog dilihat menyokong komunis, kami akan cari jalan untuk menanganinya, langkah tak perlu cakap, semuanya sudah diatur dan kesannya nanti saya percaya akan memberi pandangan yang membina supaya komunisme tidak menjadi kegilaan atau diminati mana-mana generasi.

“Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan di bawah bidang tugas saya, tetapi saya sudah minta beliau siap siaga melihat kecenderungan ini,” katanya.

Mengulas mengenai gagasan 1Malaysia yang diasaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sering disalah tafsir pihak tertentu terutama pembangkang, beliau akan menggerakkan semua agensi di bawah kementeriannya untuk memberi penerangan.

Permata realisasi '1Malaysia'

Permata realisasi '1Malaysia'


ROSMAH bergambar bersama kakitangan Bernama Radio24 ketika hadir sebagai tetamu dalam program Yo! di Wisma Bernama, semalam.

KUALA LUMPUR: Pusat Anak Permata Negara (Permata) akan merealisasikan konsep '1Malaysia' di kalangan kanak-kanak di negara ini melalui sukatan pelajarannya.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, sukatan pelajaran yang sedang diguna pakai oleh Pusat Permata sememangnya menerapkan proses pembelajaran yang tidak membezakan kaum, latar belakang mahupun agama.

"Usia antara satu hingga lima tahun adalah peringkat paling sesuai untuk membentuk kemahiran berfikir dan daya ketahanan diri pada anak-anak dengan pendedahan awal berkomunikasi dan bergaul secara semula jadi," katanya selepas ditemu bual oleh Radio 24 di sini, semalam.

Beliau berkata, di pusat asuhan Permata, kanak-kanak melalui persekitaran selesa dan menyeronokkan tanpa berasakan perbezaan antara kaum itu seperti bersama-sama menyanyi lagu Negaraku dan mempelajari Rukun Negara.

"Di pusat Permata, kita mahukan kanak-kanak melalui cara (proses) berinteraksi yang baik tanpa perlu dipaksa atau mengkehendaki mengadakan suatu program khas untuk membentuk semangat perpaduan di kalangan mereka," katanya.

Rosmah yang juga Penaung dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara berkata, melalui laporan yang diterima terhadap perkembangan pusat itu, kanak-kanak yang diasuh di pusat Permata melalui proses pergaulan sihat di mana mereka sudah pandai berbahasa dalam dialek kaum lain.

Permata adalah projek perintis yang beroperasi sejak 1 Mac 2007, yang memberikan perkhidmatan asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, dengan keutamaan diberikan kepada ibu bapa berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.

Asuhan di Permata berbeza dengan taman asuhan kanak-kanak (Taska) kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam seminggu untuk bersama anak mereka di pusat itu selain melawat pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan lebih erat antara ibu bapa dan anak.

Rosmah mengharapkan kementerian akan membentuk satu jabatan khas bagi menyelia silibus yang diguna pakai pusat Permata ke peringkat yang lebih meluas kepada semua tadika dan pusat asuhan kanak-kanak yang lain.

Beliau berkata, menjelang hujung tahun ini, lebih 300 taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) Kemas akan dikenali sebagai Permata dan menjelang tahun depan semua tabika Kemas akan mengikuti sukatan pelajaran yang diguna pakai Permata. – Bernama.

Tengku Faris Petra Pemangku Raja

Tengku Faris Petra Pemangku Raja

Oleh Wan Masarah W Embong
bhkb@bharian.com.my




Pelantikan sehingga Sultan Kelantan sembuh

KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik sebagai Pemangku Raja sehingga Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang kini gering sembuh.

Pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra itu diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri mengikut Perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (bahagian kedua).

Perisytiharan pelantikan itu dibacakan Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias, selepas Majlis Perajaan Negeri bermesyuarat di pejabatnya, jam 3 petang kelmarin.

Mohd Aiseri berkata, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra berkuat kuasa kelmarin sehinggalah Tuanku Ismail Petra sembuh.

"Hendaklah ada satu Pangkuan Raja di dalam negeri apabila Al-Sultan gering dan tidak boleh menjalankan hal ehwal negeri. Majlis Perajaan Negeri hendaklah melantik seorang Pemangku Raja atau satu Majlis Pangkuan Raja," kata Perisytiharan Kerajaan Kelantan itu yang diedarkan kepada media di sini, semalam.

Tengku Muhammad Faris Petra adalah putera sulung daripada empat beradik kepada Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada 14 Mei lalu selepas baginda mengadu masalah pernafasan.

Pemeriksaan pakar perubatan mendapati baginda mengalami sakit jantung sebelum dirawat oleh sepasukan pakar dari HUSM, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur dan Hospital Mount Elizabeth, Singapura

Peguam saman Badan Peguam

Peguam saman Badan Peguam

Oleh AMIRUDDIN HARUN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Mei - Sebuah buku mengenai kes pembunuhan majikan oleh seorang amah warga Indonesia yang ditulis oleh seorang peguam dikatakan mendapat sambutan hangat ketika diterbitkan tahun lalu.

Malahan, Badan Peguam Malaysia yang dibenarkan menjual buku tersebut telah dibayar hampir 50 peratus daripada hasil jualannya di premis tersebut.

Bagaimanapun pada awal April lalu, peguam tersebut, K. Vijayandran terkejut apabila diberitahu bahawa Majlis Peguam sedang meneliti bukunya itu yang bertajuk No intention to kill (Tiada Niat Untuk Membunuh).

Ia bagi menentukan sama ada terdapat kemungkinan peguam berkenaan melanggar Peraturan-Peraturan Profesion Guaman (Publisiti) 2001 dan Peraturan-Peraturan Profesion Guaman (Amalan dan Etika) 1978, selain Peraturan-Peraturan dan Perintah Majlis Peguam 2008.

Namun begitu, perkara tersebut hanya diketahui oleh beliau selepas permohonannya untuk menggunakan dewan Majlis Peguam bagi majlis pelancaran buku keduanya bertajuk Presumed Guilty (Dianggap Bersalah) ditolak.

Kesal dengan penolakan tersebut, Vijayandran hari ini memfailkan saman terhadap Badan Peguam Malaysia bagi menuntut ganti rugi yang dianggarkan berjumlah RM160 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Vijayandran yang telah dua dekad menceburi bidang guaman selaku plaintif menamakan Badan Peguam Malaysia yang bertindak melalui Majlis Peguam sebagai defendan.

Dalam saman tersebut, beliau menuntut perisytiharan bahawa tindakan menghalangnya menggunakan dewan defendan sama ada secara lisan pada 1 April atau bertulis pada keesokan harinya melalui Majlis Peguam adalah melanggar hak beliau di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menuntut perisytiharan bahawa keputusan defendan melalui surat bertarikh 6 April, 13 April dan 15 Mei lalu yang menolak permohonannya menggunakan premis Majlis Peguam adalah tidak munasabah, batal dan tidak sah.

Turut dituntut ialah perintah untuk memaksa defendan membenarkan beliau menggunakan premis Majlis Peguam pada tarikh yang dipilih sendiri oleh peguam itu.

Dalam pernyataan tuntutan, Vijayandran mendakwa, beliau telah menulis dan menerbitkan buku No Intention to kill berdasarkan kisah anak guamnya, iaitu seorang amah warga Indonesia yang dituduh membunuh majikannya tetapi akhirnya dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Dakwanya, selain dijual di gedung-gedung buku terkemuka, beliau turut diundang untuk menceritakan pengalamannya dalam kes itu kepada ahli-ahli Majlis Peguam pada 11 September tahun lalu.

Bagaimanapun, dakwanya, masalah timbul apabila permohonan untuk melancarkan buku keduanya mengenai ibu muda yang didakwa mengedar dadah bertajuk Presumed Guilty di premis defendan ditolak tanpa sebarang alasan.

Dakwanya lagi, selepas didesak, Setiausaha Majlis Peguam melalui surat bertarikh 13 April lalu menyatakan bahawa permohonannya itu ditolak kerana Jawatankuasa Profesion Guaman telah diarahkan menyiasat sama ada terdapat pelanggaran peraturan-peraturan Majlis Peguam berhubung penerbitan buku pertamanya.

Dengan itu, plaintif mendakwa, defendan telah menyebabkan diskriminasi terhadap beliau sebagai ahli Badan Peguam Malaysia dan melanggar hak asasinya yang dijamin di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Monday, May 25, 2009

NEWS : MONDAY 25 MAY 2009

Najib: Don't abuse the 1Malaysia concept
PETALING JAYA: The 1Malaysia concept should not be misused by anyone to make extreme or unreasonable demands on the government.

Murugiah 'is new president'
PUTRAJAYA: Sacked People's Progressive Party supreme councilmember Senator Datuk T. Murugiah was "elected" party president at anextraordinary general meeting here yesterday.

Sex and drugs rake in billions
THEsex trade reaped in more than RM3 billion last year. It is estimatedthat the number of prostitutes in the country is about 150,000 withmore than 10,000 operating in the Klang Valley.





Social climbers pay big sums for dubious titles
IT’Sback. Title-obsessed Malaysians are again falling for offers of titlesand awards from an unrecognised — and very likely fictitious —sultanate in Mindanao in the Philippines.

Respect judicial system and let law take its course, says PM
PETALING JAYA: Respect the judicial system and let the law of the country take its course, said Datuk Seri Najib Tun Razak.

PM: Don’t misuse 1Malaysia to make demands
PETALINGJAYA: The 1Malaysia concept should not be misused by anyone as it ismeant to foster greater unity, said Prime Minister Datuk Seri Najib TunRazak.

Extended loan repayment on appeal
KUALALUMPUR: Borrowers with agencies under the Agriculture and Agro-BasedIndustry Ministry have been asked to pay up even if it is a mere RM50 amonth.

MCA school for reps
CAMERON HIGHLANDS: The MCA will draft a learning module to train its local councillors.

American missing after sea collision
KUANTAN: An American man has gone missing after a yacht and a fishing trawler collided off the coast of Kuantan early yesterday.

Grooming top golfers
KUALA LUMPUR: Malaysia is aiming to nurture young golfers to be world-class players.

Umno: Crisis won’t hurt BN in Manek Urai
SHAHALAM: The Perak crisis will not adversely affect Barisan Nasional’schances of winning the Manek Urai by-election in Kelantan, said Umnoinformation chief Ahmad Maslan.

Nizar surrenders his Camry to state secretariat
IPOH:Former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hassurrendered his official Toyota Camry car to the state secretariat.

Cops justify raid on DAP HQ
PETALING JAYA: The police have denied acting beyond their jurisdiction when they raided the DAP headquarters on Saturday.

Siblings remanded over maid’s death
PETALINGJAYA: Police have obtained a five-day remand order for two siblings, awoman and a man aged 28 and 30, to assist in investigations into thedeath of their Indonesian maid.

Probe into Nurin link
PETALINGJAYA: An impotent husband who was detained for forcing cucumbers andbrinjals into his wife’s private parts is now under investigation bySelangor police on a possible link to the murder of eight-year-oldNurin Jazlin Jazimin in 2007.

Murugiah is PPP ‘president’
PUTRAJAYA:The People’s Progressive Party was plunged into chaos when Datuk T.Murugiah, who had earlier been expelled from the party, was elected asits new “president” by about 1,760 supporters in what they claimed wasan extraordinary general meeting here.

Natives get restless in PNG
Locals of Papua New Guinea, angry with decades of exploitation, corruption andillegal logging by foreigners, are turning to violence to show their displeasure.

MPs join rally to condemn killing of civilians in Sri Lanka
KUALALUMPUR: Tamil MPs from both sides of the political divide joined handswith hundreds of people in Batu Caves to condemn the killing of Tamilcivilians in the war in northern Sri Lanka.

Girl dies in freak mishap
ALOR SETAR: A three-year-old girl died after being run over by a car driven by her cousin, in Jalan Kundur, Sungai Korok, here.

Kelantan Umno to test strength
KOTABARU: Kelantan Umno will throw everything into the Manek Uraiby-election as it will be a test of the party’s current strength, saidstate party chief Datuk Mustapa Moha- med.

Tycoon decides not to build Bintangor TAR college
KUCHING:Sarawak tycoon Tan Sri Ting Pek Khiing has decided not to build theproposed Tunku Abdul Rahman (TAR) College branch campus in Bintangor inthe central region.

Hold induction courses here, say employers
PETALINGJAYA: Employers want induction courses for foreign workers to be heldin Malaysia rather than to let them be run by trainers in the countriesof origin.

Cop shoots woman in lovers’ spat
IPOH: A police constable allegedly shot a woman’s arm by accident after the two had a lovers’ spat at a hotel parking lot here.

PKR tells candidate to lodge reports
BUKITMERTAJAM: Independent candidate Aminah Abdullah has been urged to lodgereports with the Malaysian Anti-Corruption Commission and the ElectionCommission if she has been offered money not to contest in the Penantiby-election.

Poachers nabbed in Perak reserve
IPOH: Three out of seven animal poachers, all Cambodians, were caught at the Bintang Hijau Forest Reserve in Ulu Lawin, Gerik.

Kerosene price now RM1 a litre
MIRI:Kerosene, which is still being used by rural folk in Sarawak forcooking purposes, will be sold at RM1 per litre, down from RM3.57.

Politican’s son caught with narcotics
KOTABARU: Police have arrested the son of a politician from Machang andseized 1,176 psychotropic pills worth RM50,000 found in his car.

No 41st anniversary celebration for Gerakan
PETALING JAYA: Gerakan will not organise a single event to mark its 41st anniversary today.

TM’s green programme: 10 chosen to work from home to cut travel, time and money
KUALALUMPUR: A pilot programme that allows employees to work from home hasbeen introduced by Telekom Malaysia Bhd in a move to make the groupmore “environment-friendly.”

Higher taxi and bus rates to go before Cabinet
KUALAKANGSAR: New bus and taxi fares will be presented to the Cabinet forapproval next week, said Minister in the Prime Minister’s DepartmentDatuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

‘Chang’ making event unites people
KUALALUMPUR: Those who could not return to their hometowns to celebrate thedumpling festival were still able to enjoy in the festivities at adumpling-making event at Shaw Parade here.

Build green homes, developers told
KOTAKINABALU: Housing developers must do their part in helping stop climatechange by designing buildings which are energy-efficient.

Job opportunities and management talk at Studio V
PETALING JAYA: Are you looking for a career in radio broadcasting, retail, steel manufacturing or pharmaceutical line?

50 homes in five villages damaged in thunderstorm
TANGKAK: About 50 homes in five villages near here were damaged by thunderstorms which hit Serom and Bukit Gambir.

Generous Malaysians pledge to help orphaned grandsons
IPOH:Seamstress Yin Nam Mooi, 71, hopes to be able to rest and enjoy hertwilight years now that generous Malaysians have made financial pledgesto help her two orphaned grandsons.

16 do not have A (H1N1) virus
PUTRAJAYA: All 16 patients, who were admitted to designated influenza A hospitals for a 24-hour observation, have been cleared.

SMK Bukit Jambul grabs top prize
GEORGETOWN: The air-conditioning system at the Queensbay Mall failed to stopbeads of sweat from forming on 17-year-old Yeoh Sengming’s forehead ashe put the final touches on his model – a wind-powered carousel thatcan carry four objects.

A wedding in the afterworld
A SPECIAL “wedding ceremony” was held in Segamat on Saturday. Both the bridegroom and bride were dead.

‘Cincai’ couples with illegitimate children
SOME Malay couples are earning themselves the monicker cincai – Hokkien for not fussy – for their loose morals, reported Metro Ahad.

Constitutional courts needed to solve issues
TAMIL Nesanreported on the importance of setting up constitutional courts in thecountry to solve issues and challenges faced in the country now.

NASIONAL : ISNIN 25 MEI 2009

Jangan tuntut bukan-bukan
KUALA LUMPUR 24 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegurbeberapa pihak di dalam dan luar kerajaan kerana cuba mengambilkesempatan daripada gagasan ‘1Malaysia’ dengan membuat tuntutanketerlaluan dan tidak munasabah.

100,000 warga emas terpinggir
KUALALUMPUR – Dalam kesibukan mengejar urusan hidup seharian, ramai yangtidak sedar bahawa hampir 100,000 warga emas di negara ini iaitu merekayang berumur lebih 60 tahun terpinggir dan tidak dipedulikan.


SEMANGAT SATU MALAYSIA
PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan sambutan MingguPerpaduan Peringkat Kebangsaan semalam yang bertemakan konsep1Malaysia.

Ada had bersuara - Perdana Menteri
KUALA LUMPUR 24 Mei - Perdana Menteri mengingatkan para pemimpinpertubuhan haram Hindraf yang baru dibebaskan daripada tahanan di bawahAkta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bahawa "ada had dari segi apa yangboleh disuarakan".

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Mt. Elizabeth
SINGAPURA, 24 Mei - Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Ibni SultanYahya Petra, yang mengalami masalah jantung, tiba di bandar raya inidan dimasukkan ke sebuah hosiptal di sini bagi rawatan lanjut.




Najib tegur Hindraf
PUCHONG:Kerajaan tidak menolak kemungkinan menahan semula pemimpin pertubuhanharam, Hindraf mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika merekaterus membuat kenyataan keterlaluan yang boleh menjejaskan keselamatandan perpaduan negara.

PPP kecoh, kini ada dua Presiden
PUTRAJAYA:Krisis kepemimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) bertambah runcingapabila parti itu kini mempunyai dua Presiden selepas Datuk T Murugiahyang dipecat dua minggu lalu, dilantik sebagai Presiden baru dalam satumesyuarat agung luar biasa (EGM) di sini, semalam.





Semarakkan semangat murah hati
KUALA LUMPUR 24 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu sikap murah hatiserta bantu-membantu dikembangkan di negara ini kerana ia akanmenjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat.

Keputusan Mahkamah Rayuan diakui tepat
KUALA LUMPUR 24 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusanMahkamah Rayuan yang menetapkan Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir sebagaiMenteri Besar Perak diterima sebagai berada di landasan yang betul olehpihak Queen's Counsel dari United Kingdom.

PPKM lega kesediaan kerajaan timbang semula tuntutan
KUALA LUMPUR 24 Mei - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM)mengalu-alukan kesediaan terbaru kerajaan untuk menimbangkan empattuntutannya yang dikemukakan sejak kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Mogok lapar bukan budaya kita - Zahid
KUALA LUMPUR 24 Mei - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad ZahidHamidi menyifatkan rancangan pakatan pembangkang melancarkan mogoklapar tiga hari hanya membuang masa dan bukan budaya negara ini.

RM350 juta bantu usahawan tani
KUALALUMPUR 24 Mei - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerimaperuntukan pinjaman tambahan RM350 juta bagi membantu para usahawan danmelahirkan lebih ramai golongan itu.

Peluang kerja baru di tiga negeri
MELAKA24 Mei - Kementerian Sumber Manusia merancang membuka beberapa peluangpekerjaan baru di Melaka, Johor Bahru dan Pulau Pinang bagi memastikanlebih ramai pekerja tempatan yang telah diberhentikan kerja mendapatpekerjaan semula.

199 pelajar MRSM Kuantan diasingkan
KUALA LUMPUR 24 Mei - Seramai 199 pelajar Maktab Rendah Sains Mara(MRSM) Kuantan terpaksa diletakkan dalam bilik berasingan di maktabtersebut selepas dijangkiti virus influenza A bermusim.

16 kes bebas jangkitan
influenza A

KUALA LUMPUR 24 Mei - Sebanyak 16 kes yang disyaki dijangkiti selesemababi atau virus influenza A (H1N1), hari ini disahkan bebas daripadajangkitan wabak tersebut.

17 pelajar di Bukit Jerlun dibenar pulang
KUALA LUMPUR 24 Mei - Seramai 17 pelajar Sekolah Modal Khas, BukitJerlun, Pendang Kedah yang mengalami jangkitan saluran pernafasaninfluenza A (bermusim) telah dibenarkan keluar dari wad HospitalSultanah Bahiyah.

Kebun sayur kurangkan belanja
KULIM 24 Mei - Kerajaan menggalakkan penduduk kampung termasuk merekayang diberi penempatan oleh kerajaan supaya mengamalkan konsep kebunsayur untuk mengurangkan perbelanjaan dapur.

Keputusan Mahkamah Rayuan telah dijangka - Pakar perundangan
KUALALUMPUR 24 Mei - Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan DatukSeri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sahmerupakan sesuatu yang dijangka beberapa pakar perundangan.

Adakah negara sudah bersedia?
UMPAMA bom jangka yang menanti detik untuk meletup. Begitulahgambarannya terhadap ledakan warga emas di kalangan rakyat negara ini.


Tren shuttle Tumpat-Dabong-Tumpat dilancarkan
KUALAKRAI 24 Mei - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini melancarkan'tren shuttle ' Tumpat-Dabong-Tumpat sebagai langkah memperbaharuiperkhidmatan kepada penumpang terutama di kalangan pelajar sekolah.

Rakyat Malaysia jangan sokong pemberontak
KUALALUMPUR 24 Mei - Rakyat Malaysia tidak sepatutnya menyokong kumpulanpemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka keranatindakan itu boleh mengancam kestabilan negara.

Saravanan hadir atas undangan
KUALA LUMPUR 24 Mei - Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M.Saravanan mempertahankan tindakannya hadir pada perhimpunan di Kuil SriSubramaniar, Gombak, dekat sini hari ini, adalah kerana dijemput olehWorld Tamil Relief (WTR).


Jenazah bapa mertua Mukhriz selamat dikebumikan
KUALA PILAH 24 Mei - Jenazah Allahyarham Zakaria Jundai, bapa mertuakepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, DatukMukhriz Mahathir selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam KampungParit Beting dekat sini hari ini.

Penyelam Amerika hilang
KUANTAN24 Mei - Seorang penyelam warga Amerika Syarikat hilang manakala empatlagi cedera selepas kapal layar yang mereka naiki dirempuh sebuah kapallain dalam satu kejadian kira-kira 31 batu nautika dari PelabuhanKuantan, pukul 4 pagi tadi.

Kanak-kanak maut dilanggar sepupu
ALORSETAR 24 Mei - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mautsetelah dilanggar oleh sepupunya sendiri di halaman rumah mereka diJalan Kundur, Jalan Sungai Korok, di sini hari ini.

Pelancong ke Langkawi akan meningkat
LANGKAWI24 Mei - Kehadiran pelancong Singapura ke Langkawi dijangka meningkatapabila syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dan sebuah syarikatpenerbangan Singapura, Tiger Airways akan mengadakan penerbangan terusantara republik itu dan Langkawi.

Jambatan ketiga tingkat ekonomi, pelancongan
JOHORBAHRU 24 Mei - Cadangan untuk membina jambatan ketiga yangmenghubungkan Malaysia-Singapura di timur Johor boleh membantumeningkatkan sosioekonomi dan sektor pelancongan negara khususnya diJohor.

RM373.5 juta pulih industri akuakultur
TEMERLOH24 Mei - Jabatan Perikanan memperuntukkan sebanyak RM373.5 juta bagimelaksanakan projek pemulihan industri akuakultur di seluruh negara.

Gosip bukan punca penceraian
KUALALUMPUR 24 Mei - Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan),Freddie Fernandez mengakui sehingga kini beliau belum pernah mendengarmana-mana artis yang bercerai disebabkan gosip yang didedahkan media.

Pencipta lagu Selamat Hari Raya meninggal dunia
KUALA LUMPUR 24 Mei -Pencipta lagu Selamat Hari Raya, Ahmad Jaafar, 90,meninggal dunia pukul 11.30 pagi semalam selepas hampir sebulanterlantar di Hospital Alexandra, Singapura, kerana menghidap penyakitparu-paru berair.

MTUC mahu Pengurus Besar berpengalaman urus pelabuhan
PELABUHAN KLANG 24 Mei - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hariini meminta Kementerian Pengangkutan menukar kepada sistem lama denganmelantik seorang pegawai yang sedang berkhidmat sebagai Pengurus BesarLembaga Pelabuhan Klang.

Malaysia turut sertai persidangan ekonomi PBB
IPOH24 Mei - Malaysia akan menghadiri Persidangan Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu (PBB) mengenai Krisis Kewangan dan Ekonomi Dunia terhadapPembangunan pada 1 hingga 3 Jun ini di New York, Amerika Syarikat.

Wartawan, penulis Melayu perlu satu pertubuhan besar
KUALALUMPUR 24 Mei - Golongan wartawan dan penulis Melayu perlu bernaung dibawah satu pertubuhan yang besar dan menyeluruh untuk bersatumempertahankan wadah perjuangan kaum sendiri.

Kerajaan pantau perkembangan projek pakej rangsangan
KUCHING 24 Mei - Kerajaan akan memantau dan memastikan perkembanganprojek di bawah pakej rangsangan ekonomi kedua di negeri inidilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Agensi kerajaan gagal ambil peluang lawatan Emir Qatar
JOHOR BAHRU 24 Mei - Dewan Perniagaan dan Perindustrian KebangsaanMalaysia (NCCIM) kecewa dengan apa yang disifatkannya sebagai kegagalanagensi kerajaan memanfaatkan lawatan Emir Qatar, Sheikh Hamad KhalifaAl-Thani ke Malaysia, baru-baru ini.

Pakistan rayu bantuan kewangan
KUALA LUMPUR 24 Mei - Suruhanjaya Tinggi Pakistan di sini hari inimerayu rakyat Malaysia menghulurkan bantuan kewangan bagi membantu duajuta rakyat negara itu yang hilang tempat tinggal dalam serangantentera ke atas Taliban di Lembah Swat.

MAS sedia lebih banyak tambang murah
KUALALUMPUR 24 Mei - Malaysia Airlines (MAS) akan membuat lebih banyaktawaran termasuk tambang murah serendah RM48 bagi perjalanan domestikmulai 25 Jun hingga 30 November.





'Usah salah guna konsep 1Malaysia desak kerajaan'
PETALINGJAYA: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidakmenyalahgunakan konsep 1Malaysia untuk mendesak kerajaan memenuhipelbagai tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah.

Lulus naik caj bas, teksi
PADANGRENGAS: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sudah meluluskankenaikan tambang semua jenis pengangkutan awam, termasuk teksi yangnaik daripada RM2 bagi dua kilometer pertama kepada RM3 bagi jaraksama.

Penyelam warga AS dikhuatiri lemas kapal layar dilanggar
KUANTAN:Seorang penyelam warga Amerika Syarikat dikhuatiri lemas selepas kapallayar yang dinaiki bersama rakan, kapten dan dua anak kapal dilanggarsebuah kapal dagang, kira-kira 31 batu nautika dari Pelabuhan Kuantan,di sini, awal pagi semalam.

'Usah layan desakan benar Chin Peng pulang'
JASIN: Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Melaka meminta kerajaanmengenepikan desakan Parti Gerakan Pulau Pinang supaya bekas pemimpinParti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysiaatas sebab kemanusiaan.

199 pelajar MRSM disyaki hidap Influenza A bermusim
KUALALUMPUR: Satu kes jangkitan saluran pernafasan Influenza A bermusimdilaporkan berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Pahang.

Budak tiga tahun maut digilis kenderaan sepupu
ALORSETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut digiliskereta yang diundur sepupunya di rumah neneknya berhampiran Taman Uniondi Jalan Kundor, Sungai Korok dekat sini, tengah hari semalam.

Kerajaan terus dasar terbuka
KUALAKLAWANG: Dasar keterbukaan membenarkan kritikan terhadap kerajaan akanditeruskan, tetapi semua pihak diingatkan supaya meletakkan kepentingannegara sebagai keutamaan.

Hafiz AF7 dapat 'surat' KM Sarawak
KUCHING: "Jadilah ikon dan contoh yang baik kepada golongan belia."Itulah antara nasihat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud,kepada juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip, 19.

Banteras sewa teksi kepada pemandu asing
KUALALUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) akan memperhebatoperasi malam dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untukmembanteras kegiatan penyewaan teksi kepada pemandu warga asing,terutama di lokasi tumpuan sekitar Lembah Klang.

JENAYAH & MAHKAMAH : ISNIN 25 MEI 2009

Usahawan dituduh edar dadah di kebun
KUALA TERENGGANU 24 Mei - Seorang usahawan dihadapkan ke MahkamahMajistret di sini hari ini atas dua tuduhan mengedar dadah di kebunpisangnya seluas kira-kira 13 hektar, pertengahan bulan ini.


Tidak hirau amaran polis
KUALA LUMPUR 24 Mei - Tanpa menghiraukan amaran pihak berkuasa,kira-kira 1,000 penyokong kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan TamilEelam (LTTE) tetap meneruskan perhimpunan di Kuil Sri Subramaniar, diJalan Besar Batu Caves, Gombak, dekat sini hari ini.


Lapan samseng jalanan ditahan
KUALALUMPUR 24 Mei - Polis menahan lapan samseng jalanan dalam operasi cegahjenayah dan lumba haram pada malam minggu di Taman Connaught dansekitar ibu negara di sini awal pagi ini.

Dua beradik direman lima hari
PETALINGJAYA 24 Mei - Dua beradik ditahan reman lima hari bagi membantusiasatan kes kematian seorang pembantu rumah warga Indonesia yangdisyaki mangsa dera di sebuah rumah teres di Seksyen 17/26 PetalingJaya, dekat sini semalam.

Dadah: Anak ahli politik ditahan
MACHANG24 Mei - Seorang pemuda yang dipercayai anak kepada seorang ahlipolitik wanita di negeri ini ditahan kerana disyaki memiliki sejumlah1,056 biji pil kuda dan 120 biji pil Eramin 5, dianggarkan bernilaihampir RM50,000 dalam pemeriksaan sebuah kereta, awal pagi ini.

ADUN Teratai dibebas dengan jaminan polis
KUALALUMPUR 24 Mei - Kesemua 16 orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Haa yang direman dua hari keranamenyertai perhimpunan di Taman Muda Ampang, Khamis lalu, dibebaskanhari ini.







Usahawan pisang didakwa edar dadah
KUALATERENGGANU: Seorang usahawan tanaman pisang dihadapkan ke MahkamahMajistret di sini, semalam atas dua pertuduhan mengedar dadah jenissyabu dan ketamin di kebun pisang miliknya di Kampung Gemuruh, Tepuh,dekat sini 12 Mei lalu.

Kanak-kanak 8 tahun dicabul 'kekasih' kakak
KUALALUMPUR: Akibat berdendam kakak yang enggan membalas cintanya, seoranglelaki mencabul adik perempuan 'kekasihnya' berusia lapan tahuntermasuk memaksanya melakukan onani berulang kali di Projek PerumahanRakyat (PPR) Cochrane Perkasa, Cheras di sini, minggu lalu.

Datuk dituduh rogol cucu tiri
KOTABHARU: Seorang datuk berusia 34 tahun yang bekerja sebagai buruhdidakwa merogol cucu tirinya berusia tiga tahun di Mahkamah Sesyen disini, semalam.

Anak pemimpin bahagian miliki 1,176 pil khayal
MACHANG: Polis menahan anak seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik diKelantan dan merampas 1,176 pil khayal dalam kereta miliknya ketikaserbuan di sini, awal pagi semalam.

Polis cari guru kes simbah asid
PASIRMAS: Seorang guru kini diburu polis kerana disyaki terbabit menyimbahasid terhadap seorang pekerja pusat memproses ayam dekat Lemal di sini,awal pagi kelmarin.

'Usah salah guna konsep 1Malaysia desak kerajaan'

'Usah salah guna konsep 1Malaysia desak kerajaan'

Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my


NAJIB bersama isteri, Rosmah dan Koh selepas merasmikan majlis sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan di IOI Mall, Puchong, semalam.

PM harap gagasan diperkenal mantapkan perpaduan rakyat

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak menyalahgunakan konsep 1Malaysia untuk mendesak kerajaan memenuhi pelbagai tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah.

Sebaliknya, Perdana Menteri berharap gagasan yang diperkenalkannya itu dapat menjurus kepada perpaduan yang lebih kental dan mampu membawa penghayatannya ke tahap lebih tinggi.

"Diharap 1Malaysia tidak disalahgunakan sesiapa, tetapi pengertian dan penghayatannya mestilah berdasarkan tiga teras utama iaitu penerimaan secara menyeluruh, prinsip kenegaraan dan keadilan sosial yang bertujuan mengukuhkan hubungan sesama rakyat," katanya pada sidang media selepas melancarkan sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan di IOI Mall Puchong dekat sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan.

Perdana Menteri menjawab soalan mengenai tindakan sesetengah pihak yang menggunakan 1Malaysia untuk mengemukakan tuntutan bagi memenuhi keperluan badan, pertubuhan atau parti politik tertentu.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Kalung Perpaduan 2009 kepada tujuh penerima membabitkan lima kategori iaitu penyanyi kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam bagi kategori Seni, Akhbar Sinar Harian (Media), Kelab Sukan Sports Unite (Sukan) dan Zubedy M Sdn Bhd (Korporat).

Tiga penerima kategori komuniti ialah Dr Harun Pudin, 55, dari Labuan; S Mathavan, 47, dari Selangor dan Toh Eng Leong, 47, dari Pulau Pinang.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai teras 1Malaysia, Perdana Menteri berkata, apabila ia menjadi amalan, bermakna setiap rakyat menerima masyarakat majmuk sebagai kekuatan atau aset negara, manakala inti pati Perlembagaan pula membantu usaha menyusun langkah serta dasar bagi menjelaskan kedudukan dan hala tuju.

Selain itu, katanya, teras ketiga iaitu keadilan sosial pula menumpukan aspek pertolongan sesama rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan atau di mana asal mereka, sama ada di bandar atau luar bandar.

Najib berkata, penghayatan mendalam soal perpaduan nasional oleh semua pihak akan membawa negara ke tahap lebih hebat.

"Mulai sekarang, cuba renungkan bagaimana perpaduan masyarakat berbilang bangsa dapat menjadi kekuatan negara ini kerana dengan mendokong gagasan 1Malaysia, kita membentuk satu impian, satu wawasan dan satu negara dinamik kerana perpaduan tonggak ke arah proses transformasi negara," katanya.


Jangan tuntut bukan-bukan

Oleh ARSHAD KHAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegur beberapa pihak di dalam dan luar kerajaan kerana cuba mengambil kesempatan daripada gagasan ‘1Malaysia’ dengan membuat tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah.

Perdana Menteri berkata, Satu Malaysia diwujudkan untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional, bukannya platform bagi mana-mana pihak melontar tuntutan yang bukan-bukan.

“Saya berharap gagasan Satu Malaysia ini merupakan satu konsep yang boleh menjurus kepada perpaduan lebih kental lagi kerana konsep ini bawa penghayatan perpaduan kepada tahap lebih tinggi lagi, seperti mana yang saya sebutkan tadi daripada konsep toleransi kepada konsep penerimaan.

“Itu merupakan satu peningkatan ke arah penghayatan yang lebih mendalam mengenai soal perpaduan nasional dan bukanlah konsep Satu Malaysia ini disalah gunakan oleh sesiapa untuk membuat atau mendesak tuntutan yang keterlaluan atau tidak munasabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan di pusat membeli-belah IOI Mall di Puchong dekat sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Azman Amin Hassan.

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak mengemukakan pelbagai tuntutan atas nama Satu Malaysia yang jika diamati lebih menjurus kepada faedah kaum tertentu saja dan bukannya untuk semua anggota masyarakat.

Sebelum ini, ada ahli Kabinet meminta kaedah pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dibuat secara meritokrasi kerana ia mencerminkan gagasan Satu Malaysia.

Pemimpin pertubuhan haram Hindraf pula meminta kerajaan memberi status bumiputera kepada penduduk kaum lain yang lahir selepas merdeka.

Permintaan itu dibuat atas dasar kononnya ia bagi menyatukan seluruh penduduk negara ini dan memberi makna sebenar Satu Malaysia.

Perdana Menteri menambah, adalah menjadi harapan beliau agar gagasan Satu Malaysia dihayati dengan sebaik mungkin agar objektifnya itu dapat difahami dan dicapai.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, gagasan Satu Malaysia disandarkan kepada tiga teras dalam memperkukuh perpaduan nasional iaitu konsep penerimaan, prinsip kenegaraan dan konsep keadilan sosial.

Jelas beliau, penerimaan bererti walaupun rakyat pelbagai kaum secara hakikatnya masih belum serasi sepenuhnya antara satu sama lain tetapi mereka mengamalkan toleransi dan menerima yang lain sebagai rakan yang setia.

“Kita perlu berganjak daripada konsep toleransi ke konsep penerimaan, apabila kita menerima masyarakat majmuk di negara ini sebagai satu kekuatan kita dan menerima kaum lain sebagai rakan setia kita,” katanya.

Katanya, dalam kenegaraan, antara yang penting ialah rakyat perlu mengetahui peranan pengasas negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V. T. Sambanthan.

Tambah beliau, semangat Rukun Negara juga perlu dihayati bagi membolehkan satu nilai budaya untuk seluruh Malaysia dapat diwujudkan di bawah prinsip kenegaraan.

“Apabila kita tahu sejarah negara, maka kita juga tahu di mana kita berada dan apakah hala tuju negara pada masa depan,” katanya.

Mengenai keadilan sosial, jelasnya, ia menerangkan bahawa setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting.

Katanya, rakyat perlu bersama menjayakan gagasan Satu Malaysia demi perpaduan negara berdasarkan konsep penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial itu.

Pada majlis berkenaan, Najib menyampaikan Anugerah Kalung Perpaduan 2009 kepada beberapa pihak.

Kelab Sukan Sports Unite menerima anugerah bagi Kategori Sukan, sementara penyanyi utama kumpulan Alleycats David Arumugam atau nama sebenarnya Datuk Thiagarajan Arumugam menerima anugerah bagi Kategori Seni.

Kategori Media pula dimenangi oleh akhbar Sinar Harian dan Kategori Korporat dimenangi oleh Zubedy Sdn. Bhd.




SEMANGAT SATU MALAYSIA


Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan penari-penari cilik melaungkan slogan 1Malaysia selepas majlis perasmian sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat kebangsaan di IOI Mall Puchong, semalam.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan semalam yang bertemakan konsep 1Malaysia.

Sambutan Minggu Perpaduan itu bermatlamat meningkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum tentang pentingnya perpaduan dan integrasi nasional dipelihara dan dikekalkan supaya negara kekal harmoni, sejahtera dan stabil.

Ia juga bertujuan membangkitkan kesedaran rakyat supaya menjadikan elemen perpaduan sebagai teras dalam setiap tindakan dan interaksi di samping rasa hormat-menghormati, bekerjasama, muafakat serta toleransi.

Tidak hirau amaran polis

Tidak hirau amaran polis


SeBahagian penyokong kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam mengadakan tunjuk perasaan di Batu Caves, Gombak, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Mei - Tanpa menghiraukan amaran pihak berkuasa, kira-kira 1,000 penyokong kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) tetap meneruskan perhimpunan di Kuil Sri Subramaniar, di Jalan Besar Batu Caves, Gombak, dekat sini hari ini.

Perhimpunan itu sekali gus melanggar amaran polis yang dikeluarkan hari ini supaya semua pihak tidak menyertai perhimpunan berkenaan kerana tidak mendapat permit.

Turut hadir memberi ceramah ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam dan Ahli Parlimen Teluk Intan, M. Manogaran.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, perhimpunan itu dianjurkan oleh World Tamil Relief (WTR) bermula kira-kira pukul 10 pagi sehingga pukul 1.30 petang.

Beliau berkata, berikutan kedegilan pihak penganjur meneruskan perhimpunan tersebut, pihaknya telah membuat laporan polis terhadap WTR mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967.

"Jika didapati bersalah, penganjur boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 141 kerana mengadakan perhimpunan haram dan 143 Kanun Keseksaan sebagai ahli perhimpunan haram.

"Pihak polis akan meneliti rakaman video yang diambil sepanjang ceramah diadakan itu dan akan melihat perkara itu dari sudut perundangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan haram bagi menyokong kumpulan pemberontak LTTE di Kuil Sri Subramaniar, di Jalan Besar Batu Caves, Gombak, hari ini.

Ini kerana perhimpunan itu tidak mendapat permit polis dan mana-mana individu yang menyertainya dianggap peserta perhimpunan haram dan boleh dikenakan tindakan.

Abdul Rahim memberitahu, antara isi kandungan ceramah yang disampaikan oleh para pemimpin terbabit ialah mengutuk dasar kerajaan Sri Lanka berhubung pembunuhan beramai-ramai ke atas orang awam dan penyokong LTTE.

"Mereka turut menyelar serangan yang dipercayai telah mengakibatkan pemimpin tertinggi LTTE, Vellupillai Prabhakaran terbunuh pada Isnin lalu.

"Pemimpin berkenaan turut menyeru masyarakat dunia bersama-sama membantu pemberontak LTTE tersebut bagi menghentikan peperangan," katanya.

Abdul Rahim menambah, pihaknya berjaya mengawal keadaan serta tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan terbabit.

"Adalah mengecewakan kerana walaupun amaran telah diberikan, orang ramai tetap berdegil untuk meneruskannya," katanya.

Rakyat Malaysia jangan sokong pemberontak

Rakyat Malaysia jangan sokong pemberontak

KUALA LUMPUR 24 Mei - Rakyat Malaysia tidak sepatutnya menyokong kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka kerana tindakan itu boleh mengancam kestabilan negara.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, tindakan itu mampu mengganggu negara jika LTTE diberi sokongan berterusan.

"Sepatutnya rakyat Malaysia tidak menyokong perbuatan ini, tambahan pula ia boleh menimbulkan masalah perkauman antarabangsa.

"Banyak lagi masalah yang perlu diberi perhatian mengapa isu yang tidak membawa faedah yang kita tumpukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai sokongan pihak tertentu terhadap LTTE di Sri Lanka yang kini dilihat semakin ketara di Malaysia.

Pada 20 Mei lalu, kira-kira 100 penyokong LTTE berhimpun di hadapan bangunan OSK Investment di sini bagi membantah tindakan kerajaan China yang didakwa membantu Sri Lanka dalam serangan ke atas kumpulan itu.

Hari ini, satu perhimpunan haram dianjurkan bagi menyokong LTTE di Kuil Sri Subramaniar, di Jalan Besar Batu Caves, Gombak.

Bagaimanapun, Zainal memberitahu, masyarakat Malaysia boleh beri sokongan melibatkan kemanusiaan tetapi jika memberontak untuk menjatuhkan kerajaan, itu perbuatan yang tidak wajar.

"Itu hal orang dan hal ehwal dalaman negara orang, harus dilihat sebagai perhubungan antarabangsa dan bukan masalah perkauman antarabangsa," katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian pula memberi pandangan berbeza berhubung isu tersebut.

Katanya, penglibatan pihak tertentu di negara ini terhadap LTTE dengan mengadakan perhimpunan atau mengeluarkan kenyataan secara terbuka harus dilihat sebagai isu kemanusiaan.

"Masyarakat negara ini sangat prihatin terhadap penduduk Sri Lanka yang sengsara ekoran kemelut yang mula melanda sejak Januari lalu.

"Beberapa pihak termasuk ahli-ahli politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menunjukkan rasa simpati terhadap penduduk negara berkenaan," katanya.

Tambahnya, setiap orang harus melihat sokongan pihak-pihak tertentu itu sebagai isu kemanusiaan dan ia bukanlah isu perkauman seperti yang didakwa oleh segolongan yang tidak mengenali erti simpati.

PPKM lega kesediaan kerajaan timbang semula tuntutan

PPKM lega kesediaan kerajaan timbang semula tuntutan

KUALA LUMPUR 24 Mei - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) mengalu-alukan kesediaan terbaru kerajaan untuk menimbangkan empat tuntutannya yang dikemukakan sejak kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Yang Dipertua PPKM Kebangsaan, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenainya semalam memberi harapan baru kepada 500,000 pesara di seluruh negara.

Menurutnya, pihaknya akan mematuhi saranan Perdana Menteri supaya PPKM berunding dengan Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung tuntutan itu.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri atas perkembangan terbaru ini, kami sangat berpuas hati apabila kerajaan bersedia untuk berunding mengenai empat tuntutan kami yang telah diperjuangkan sejak era Tun Dr. Mahathir lagi.

"Jika ia diluluskan, kami menganggap ini sebagai bonus bagi 500,000 pesara kerajaan di seluruh negara," ujarnya.

Wan Mahmood mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam mengenai kesediaan kerajaan untuk menimbangkan empat tuntutan PPKM demi kepentingan golongan itu.

Keempat-empat tuntutan itu ialah:

l Pemberian wang ihsan setiap pembayaran bonus tahunan kepada kakitangan kerajaan;

l Pemberian pencen terbitan bagi wanita yang melangsungkan perkahwinan selepas bersara;

lPemberian pencen RM720 sebulan kepada pesara yang berkhidmat kurang 25 tahun; dan

lPelantikan senator di kalangan ahli PPKM.

Menurut Wan Mahmood, selama ini pihaknya memang sentiasa berhubung dengan Bahagian Pencen JPA bagi memastikan perjuangan PPKM terhadapnya dilakukan berterusan.

Mengenai tuntutan pelantikan Senator di kalangan ahli PPKM, beliau menjelaskan, walaupun terdapat kira-kira 500,000 pesara kerajaan di negara ini namun golongan itu tiada wakil di Parlimen.

"Sedangkan, kita ada wakil pelakon menjadi Senator. Pihak lain dari kumpulan yang lebih kecil pun ada wakil.

"Jika dikira dari segi sumbangan kepada negara, pesara kerajaan juga banyak berjasa dan kami juga ada kelebihan," ujarnya.

Jambatan ketiga tingkat ekonomi, pelancongan

Jambatan ketiga tingkat ekonomi, pelancongan

JOHOR BAHRU 24 Mei - Cadangan untuk membina jambatan ketiga yang menghubungkan Malaysia-Singapura di timur Johor boleh membantu meningkatkan sosioekonomi dan sektor pelancongan negara khususnya di Johor.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia dapat dibuktikan menerusi sejarah apabila hubungan dan pertalian kekeluargaan antara rakyat kedua-dua negara adalah menerusi perhubungan laut.

Beliau berkata, hingga kini rakyat kedua-dua negara saling bertukar-tukar urusan menerusi jeti Belungkor di Pengerang dan Changi di Singapura dengan menggunakan feri dan bot berkuasa tinggi.

"Oleh itu cadangan membina jambatan ketiga yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong baru-baru ini merupakan satu cadangan yang baik demi faedah kedua-dua negara.

"Menjadi harapan seluruh warga Pengerang agar cadangan itu menjadi kenyataan kerana ia turut menjana pembangunan yang rancak bukan sahaja di Pengerang, malah melimpah ke kawasan persekitarannya termasuk ke Mersing dan Pulau Tioman, Pahang," katanya kepada Utusan Malaysia.

Azalina yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang mengulas kenyataan Perdana Menteri di Singapura baru-baru ini bahawa kedua-dua negara menimbang untuk membina jambatan ketiga di kawasan timur Johor bagi menampung keperluan sedia ada iaitu Tambak Johor dan Linkedua.

Beliau percaya kos pembinaan jambatan ketiga yang dicadang menghubungkan Belungkor ke Changi itu lebih rendah jika dibandingkan dengan jambatan baru dari Tanjung Puteri ke Woodlands bagi menggantikan Tambak Johor yang berusia 83 tahun itu.

Katanya, dengan adanya jambatan berkenaan ia akan mempercepatkan pertumbuhan Pengerang bukan sahaja dalam sektor ekonomi, malah pelancongan kerana ramai warga Singapura menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka.

"Kalau kita amati pada setiap hujung minggu Sungai Rengit, Desaru, Batu Layar, Teluk Ramunia dan Tanjung Balau dipenuhi pelancong dari Singapura.

"Malah mereka merasakan laluan menerusi Pengerang khususnya Belungkor merupakan laluan yang paling mudah berbanding merentasi Johor Bahru yang begitu padat dan sesak," katanya.

100,000 warga emas terpinggir

100,000 warga emas terpinggir

Oleh NORAINI NORDIN


KUALA LUMPUR – Dalam kesibukan mengejar urusan hidup seharian, ramai yang tidak sedar bahawa hampir 100,000 warga emas di negara ini iaitu mereka yang berumur lebih 60 tahun terpinggir dan tidak dipedulikan.

Mereka ini bukan sahaja berhadapan dengan pelbagai risiko serangan penyakit tetapi juga turut terdedah kepada kegiatan jenayah terutama samun dan bunuh.

Banci Penduduk dan Perumahan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan lebih 95,000 warga emas di negara ini hidup bersendirian.

Daripada jumlah itu, 69 peratus adalah wanita yang kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar.



Adakah negara sudah bersedia?

UMPAMA bom jangka yang menanti detik untuk meletup. Begitulah gambarannya terhadap ledakan warga emas di kalangan rakyat negara ini.

Saban tahun purata mereka yang berusia 60 tahun ke atas meningkat dengan pantas.

Kalau tahun 1991 jumlah warga emas sekitar 1.03 juta, terkini jumlah tersebut meningkat menjadi 2.1 juta orang.

Dianggarkan pada 2020 negara akan memiliki warga emas sejumlah 3.4 juta orang. Daripada jumlah itu 65 peratus adalah wanita yang menetap di kawasan luar bandar.

Persoalannya sudah bersediakah masyarakat dan negara berdepan dengan ledakan warga emas yang pastinya sangat menuntut perhatian dalam semua aspek kehidupan?

Penuaan penduduk yang pesat sudah pasti membawa kesan implikasi sosial, ekonomi dan kesihatan. Lebih tragis ada yang menjadi mangsa dera dan dieksploitasi oleh insan yang tidak bertanggung jawab.

Wartawan Utusan, NORAINI NORDIN dalam laporan khasnya mengupas persoalan ini dan kesannya kepada negara.

Semarakkan semangat murah hati

Semarakkan semangat murah hati


Muhyiddin Yassin memotong kek pada Majlis Makan Malam Sanjungan 2009 TSM Charity Golf di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu sikap murah hati serta bantu-membantu dikembangkan di negara ini kerana ia akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, sikap ini juga akan dapat memastikan mereka yang miskin dan tidak bernasib baik dapat hidup dengan selesa di Malaysia.

"Semangat ini juga selari dengan semangat Satu Malaysia dan selari dengan harapan kepimpinan negara yang mahu melihat rakyat negara ini hidup selesa dan mereka yang memerlukan pertolongan bukan saja dibantu oleh kerajaan tetapi juga oleh rakyat Malaysia sendiri yang murah hati," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sanjungan 2009 TSM Charity Golf di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin memberitahu, rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum merupakan rakyat yang amat pemurah kerana apabila ada pihak yang memerlukan bantuan, ia akan datang daripada semua pihak.

Menurutnya, penderma-penderma ini tidak pernah bertanya untuk siapa derma tersebut dan tidak pernah mengira kepada siapa hendak diberi.

"Derma ini yang mencecah sehingga berjuta-juta ringgit untuk membantu orang miskin, yang mana penderma tidak pernah bertanya adakah ia untuk kumpulan agama tertentu. Ini kerana bagi mereka semuanya adalah rakyat Malaysia," katanya.

Mengenai TSM Charity Golf, Muhyiddin memberitahu, ia pertubuhan kebajikan kecil diasaskan oleh beliau pada tahun 2003 dan rakan-rakan golf yang berpendapat selain beriadah dan bersukan, golf adalah elok juga berusaha untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

"TSM Charity Golf juga mempunyai tujuan membantu anak-anak muda yang berminat dalam sukan golf maju ke depan memandangkan di Malaysia ramai berbakat dalam bidang tersebut.

"Anak-anak muda ini tidak dapat pergi jauh kerana menyertai banyak acara golf baik di dalam atau luar negara memerlukan perbelanjaan yang besar. Pertubuhan ini mengambil inisiatif membantu pemain muda berbakat tersebut dan kini telah berjaya membantu beberapa pemain sehingga menjadi pemain profesional," katanya.

Muhyiddin memberitahu, beliau yakin sekiranya bakat-bakat muda dalam sukan golf ini dibantu, satu hari nanti Malaysia akan mempunyai pemain berbakat yang akan menjadi 'Harimau Malaysia' dalam golf.

Tambahnya, TSM Charity Golf telah memulakan program untuk membuka pusat dialisis di ibu negara yang akan dapat memberi bantuan kepada pesakit yang memerlukan.

Jelasnya, pembukaan pusat dialisis itu dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi selepas dapat mengenal pasti kawasan untuk membuka pusat tersebut.

Muhyiddin memberitahu, pertubuhan ini juga akan melaksanakan e-tuisyen untuk membantu pelajar-pelajar bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam pelajaran.

Tambahnya, TSM Charity Golf berhasrat memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang terutama untuk melanjutkan pelajaran di luar negara memandangkan terlalu ramai yang berkelulusan cemerlang pada waktu ini sedangkan biasiswa adalah terhad.