Monday, May 25, 2009

100,000 warga emas terpinggir

100,000 warga emas terpinggir

Oleh NORAINI NORDIN


KUALA LUMPUR – Dalam kesibukan mengejar urusan hidup seharian, ramai yang tidak sedar bahawa hampir 100,000 warga emas di negara ini iaitu mereka yang berumur lebih 60 tahun terpinggir dan tidak dipedulikan.

Mereka ini bukan sahaja berhadapan dengan pelbagai risiko serangan penyakit tetapi juga turut terdedah kepada kegiatan jenayah terutama samun dan bunuh.

Banci Penduduk dan Perumahan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendedahkan lebih 95,000 warga emas di negara ini hidup bersendirian.

Daripada jumlah itu, 69 peratus adalah wanita yang kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar.



Adakah negara sudah bersedia?

UMPAMA bom jangka yang menanti detik untuk meletup. Begitulah gambarannya terhadap ledakan warga emas di kalangan rakyat negara ini.

Saban tahun purata mereka yang berusia 60 tahun ke atas meningkat dengan pantas.

Kalau tahun 1991 jumlah warga emas sekitar 1.03 juta, terkini jumlah tersebut meningkat menjadi 2.1 juta orang.

Dianggarkan pada 2020 negara akan memiliki warga emas sejumlah 3.4 juta orang. Daripada jumlah itu 65 peratus adalah wanita yang menetap di kawasan luar bandar.

Persoalannya sudah bersediakah masyarakat dan negara berdepan dengan ledakan warga emas yang pastinya sangat menuntut perhatian dalam semua aspek kehidupan?

Penuaan penduduk yang pesat sudah pasti membawa kesan implikasi sosial, ekonomi dan kesihatan. Lebih tragis ada yang menjadi mangsa dera dan dieksploitasi oleh insan yang tidak bertanggung jawab.

Wartawan Utusan, NORAINI NORDIN dalam laporan khasnya mengupas persoalan ini dan kesannya kepada negara.

No comments:

Post a Comment