Siasatan ajaran sesat Ayah Pin kembali perlukan bukti kukuh
SERI KEMBANGAN: Pihak berkuasa agama dan polis perlu mendapatkan bukti mengesahkan pemimpin kumpulan ajaran sesat 'kerajaan langit', Ayah Pin kembali ke pangkalannya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Terengganu sejak sebulan lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom, berkata siasatan perlu walaupun ada pihak mendakwa sering melihat Ayah Pin keluar masuk kampung berkenaan.
"Kita tidak mahu sebarang andaian yang dibuat menyebabkan timbul sebarang masalah, rasa tidak selesa atau kekeliruan di kalangan masyarakat setempat.
"Lagi pun, isu ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Terengganu. Malah, kerajaan negeri itu juga belum menarik balik waran tangkap terhadap Ayah Pin.
"Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan lanjut," katanya di sini, semalam.
Kelmarin, Berita Harian melaporkan kehadiran Ayah Pin atau Ariffin Muhamad, 85, selepas menghilangkan diri sejak hampir empat tahun lalu apabila penempatannya dirobohkan pihak berkuasa
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment