Segera bina jambatan baru - Rakyat
JOHOR BAHRU 22 Mei - Rakyat negeri ini mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk membina sebuah jambatan baru bagi menghubungkan Johor dengan Singapura.
Mereka berpendapat, jika pembinaan jambatan baru itu dapat membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara, maka ia wajar dilaksanakan segera.
Selama ini orang ramai menggunakan Tambak Johor dan Linkedua di Tuas sebagai laluan darat antara kedua-dua negara.
Seorang peniaga, Omar Ponijan, 32, dari Mount Austin di sini berkata, jambatan baru patut dibina sejak dahulu lagi kerana Tambak Johor yang sedia ada semakin usang.
"Pembinaan sebuah jambatan baru yang lebih canggih mungkin akan membuatkan pergerakan trafik lebih lancar dan sekali gus membantu meningkatkan kelancaran ekonomi dua negara," katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, sebuah jambatan baru akan dibina bagi menghubungkan bahagian timur Johor ke Singapura.
Sementara itu, Ramli Bachok, 43, dari Gelang Patah berkata, jambatan baru akan memberi kebaikan kepada orang ramai.
Katanya, jika ada jambatan lain, orang ramai mempunyai pilihan baru untuk memasuki negara jiran itu.
selain menggunakan Tambak Johor dan Linkedua sekali gus mengurangkan kesesakan.
"Bagi saya, pembinaan jambatan baru bukan sekadar memudahkan laluan rakyat kedua-dua negara, malah ia boleh membantu peniaga tempatan menjana pendapatan dengan kemasukan lebih ramai pelancong," katanya.
Seorang lagi rakyat Johor, Rogayah Mat Taib, 53, juga bersetuju dengan pembinaan jambatan baru yang disifatkan bakal memudahkan orang ramai berulang-alik antara kedua-dua negara.
"Ia mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara penduduk kedua-dua negara," katanya.
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment