PPSMI: Gagasan Veteran jumpa TPM
Oleh ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 22 Mei - Gagasan Veteran Malaysia hari ini mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini.
Presidennya, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, dalam pertemuan kira-kira sejam itu, pihaknya mengemukakan hasil kajian mereka kepada Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran.
''Beliau (Muhyiddin) menerima dan mendengar segala pendapat yang kami kemukakan. Kami serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri untuk membuat sebarang keputusan mengenai PPSMI," katanya ketika ditemui pemberita selepas pertemuan tersebut.
Muhyiddin baru-baru ini mengarahkan kajian mengenai dasar PPSMI dilanjutkan kerana tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.
Ia kerana perbezaan ketara di antara hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik pertubuhan bebas berbanding hasil yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat oleh Kementerian Pelajaran.
Menurut Ahmad Sarji, selain kajian PPSMI, pihaknya juga mengemukakan cadangan mengenai penambahbaikan kemudahan di institusi pengajian tinggi seperti pusat asasi sains, matrikulasi dan program bahasa.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan isi kandungan kajian tersebut yang disifatkan sebagai sulit.
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment