Sunday, May 24, 2009

Sri Lanka hargai bantuan Malaysia

Sri Lanka hargai bantuan Malaysia

COLOMBO 23 Mei - Kerajaan Sri Lanka mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana memberi bantuan kepada rakyatnya yang berlindung di kem pelarian di utara negara ini setelah melarikan diri dari kampung halaman masing- masing akibat perang.

Menteri luarnya, Rohitha Bogollagama (gambar) menyampaikan ucapan itu ketika menghubungi rakan sejawatan beliau, Datuk Anifah Aman melalui telefon bagi melahirkan penghargaan negaranya atas sumbangan Malaysia sebanyak AS$100,000 (RM350,000) untuk melaksanakan program pemulihan pelarian Tamil di utara Sri Lanka.

Dalam tempoh beberapa bulan lepas, dianggarkan 190,000 orang mencari perlindungan di beribu-ribu buah khemah yang didirikan kerajaan Sri Lanka dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Vavuniya, kira-kira 200 kilometer dari sini.

Kerajaan Sri Lanka, yang melarang pasukan bantuan asing memasuki zon perang, hanya memberi keizinan kepada Mercy Malaysia dan beberapa pertubuhan luar tertentu untuk membuka klinik di Menik Farm di Vavuniya - antara kawasan perlindungan yang dibanjiri paling ramai pelarian.

"Kerajaan Sri Lanka menghargai kemurahan hati kerajaan Malaysia menyumbangkan AS$100,000 bagi memulihkan orang pelarian di utara," kata Bogollagama yang dipetik oleh akhbar harian Daily News di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment