Thursday, May 21, 2009

'1Malaysia' tak gugat kepentingan Melayu - Rais

'1Malaysia' tak gugat kepentingan Melayu - Rais

SEREMBAN, 20 Mei - Konsep '1 Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan menggugat kepentingan orang Melayu dan kedudukan bahasa kebangsaan, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata tidak ada sebab untuk rakyatterkeliru atau menolak dasar itu.

"Sebab dalam dasar itu, tidak ada satu pun perkara yang membawa kepada perkara yang tidak baik, ia mementingkan perpaduan, ia membawa keharmonian, ia membawa kepada produktiviti," katanya kepada pemberita di Kompleks Penyiaran Negeri Sembilan di Jalan Sungai Gadut hari ini.

Ada pihak mendakwa kononnya konsep 1Malaysia serupa dengan konsep "Malaysian Malaysia" yang diperjuangkan oleh DAP.

Rais berkata dasar itu tidak mengubah hak keistimewaan orang Melayu dalam Perkara 153 Perlembagaan atau mengubah nasib bahasa Melayu yang diperuntukkan dalam Perkara 152.

"Ia cuma membawa kepada kesinambungan nilai-nilai perjuangan egara...sekarang terpulanglah sama Ada kita mahu menyumbang untuk menjayakannya atau sengaja mengelakkan diri," katanya.

Mengenai satu perkara lain, Rais meminta rakyat "bersabar selama sebulan lebih lagi" untuk melihat pembaharuan yang dibawa oleh kementerian terhadap filem atau program televisyen dan radio.

"Program-program yang ditayangkan selepas ini akan lebih menyumbang kepada pembinaan negara bangsa tetapi ia tetap mempunyai nilai komersil dan menarik untuk ditonton," katanya. - BERNAMA

Dulu bila Pakatan Rakyat timbulkan isu ni, bukan main lagi memorandum, demonstrasi sana sini, sekarang ni semua dah senyap

No comments:

Post a Comment