Friday, May 15, 2009

Kekanda Sultan Perak selamat disemadi

Kekanda Sultan Perak selamat disemadi


SULTAN azlan Shah tenang menjirus air mawar dan menabur bunga mawar di pusara kekandanya di tanah perkuburan Islam Segedup, Batu Gajah, Perak, semalam.


BATU GAJAH 14 Mei - Jenazah kekanda sulung Sultan Perak, Datuk Seri Raja Baharom Shah Sultan Yusuff Izzuddin Shah, 83, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Segedup di sini hari ini.

Selain Sultan Azlan Shah, turut berangkat memberi penghormatan terakhir ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta kerabat-kerabat diraja lain.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir bersama barisan Exco kerajaan negeri serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Jenazah Almarhum dibawa dari kediamannya di No.6, Cecil Rea Avenue, Taman Canning, Ipoh dekat sini pada pukul 10 pagi dan tiba di Masjid Batu Gajah di sini kira-kira 45 minit kemudian untuk disembahyangkan.

Selesai sembahyang, jenayah Almarhum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Segedup yang terletak kira-kira 500 meter dari Masjid Batu Gajah untuk disemadikan bersebelahan dengan makam bondanya, Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

Bacaan talkin disempurnakan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor Al-Hafiz.

Sebaik sahaja selesai, Sultan Perak yang kelihatan tenang kemudiannya menjirus air mawar dan menabur bunga mawar di pusara kekandanya, diikuti Tuanku Bainun, Raja Nazrin, Tuanku Zara, Raja Jaafar, Raja Nor Mahani dan kerabat-kerabat diraja lain.

Raja Baharom mangkat di kediaman beliau pada pukul 10.45 pagi semalam akibat sakit tua.




Jenazah Raja Baharom selamat disemadikan


BATU GAJAH: Jenazah kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Shah Almarhum Sultan Yusof Izzuddin Shah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segedup di sini, bersebelahan makam bondanya, Toh Puan Dewangsa Khajidah Ahmad, jam 11.40 pagi semalam.

Turut berangkat Sultan Perak, Sultan Azlan Shah; Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah; Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim; Raja diHilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak, Raja Normahani Raja Shahar Shah.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan dua bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali serta Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Talkin dibacakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Sheikh Muhammah Nor Mansor Al-Hafiz.

Terdahulu, jenazah tiba Masjid Daerah Kinta, Batu Gajah untuk solat jenazah sebelum diusung anggota polis ke tanah perkuburan, kira-kira 600 meter dari masjid.

Allahyarham Raja Baharom Shah, 83, meninggal dunia kelmarin di rumahnya di Taman Canning, Ipoh, akibat sakit tua.

No comments:

Post a Comment