Friday, July 3, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : JUMAAT 03 JULAI 2009

Kes Anwar kekal di Mahkamah Tinggi
PUTRAJAYA 2 Julai – Perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh PenasihatParti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dibicarakandi Mahkamah Tinggi.

Sebutan waran tangkap Raja Petra 9 Oktober
KUALALUMPUR 2 Julai - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 9 Oktober inisebutan waran tangkap terhadap pengendali laman web Malaysia Today ,Raja Petra Raja Kamarudin yang gagal hadir perbicaraan kes memfitnahDatin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain.

Aksi 'superman' bawa padah
KUALALUMPUR 2 Julai - Harapan pemuda yang pernah beraksi seperti 'superman'semasa menunggang motosikal secara berbahaya untuk memperoleh hukumanyang lebih ringan, tidak tercapai.

2 warga asing diberkas, 2kg. syabu dirampas
KUALA LUMPUR 2 Julai - Polis daerah ini mencatat kejayaan besarmelumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah setelah menahan dua lelakiwarga asing dan merampas dua kilogram dadah syabu bernilai RM500,000.





Terpedaya mulut manis OKU, wanita dicabul
KUALATERENGGANU: Terpedaya dengan mulut manis seorang lelaki orang kurangupaya (OKU) mengenai kehebatan ilmu yang dimilikinya, seorang wanitamenjadi mangsa cabul lelaki berkenaan ketika berada di tempat kerjanyadi Bukit Payong, Marang, Ahad lalu.

Marah lama ditahan punca rusuhan depot
SEMENYIH:Rusuhan yang berlaku di Depot Imigresen Semenyih di sini, malamkelmarin dicetuskan lebih 200 pendatang warga Myanmar yang tertekankerana terlalu lama ditahan di pusat tahanan itu.

Konstabel kena libas parang
PETALINGJAYA: Seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera di bahukanannya apabila dilibas dengan parang ketika cuba menolong sepasangsuami isteri yang menjadi mangsa samun tiga lelaki di Mentari BusinessPark, di sini, kelmarin.

Ibu, teman lelaki antara 7 direman kes culik bayi
GEORGETOWN:Seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang diculik untuk mendapattebusan RM15,000 minggu lalu, berjaya diselamatkan polis di sebuahrumah di Taman Pelanggi, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Selasa lalu.

Remaja Iran tanam ganja depan rumah
AMPANGJAYA: Tindakan seorang remaja Iran menanam pokok ganja di depanrumahnya mendedahkan kegiatan sindiket pengedaran dadah antarabangsadianggotainya, apabila polis menemui sejumlah dadah serta wang tunaiyang semuanya dianggarkan bernilai lebih RM800,000 ketika serbuan diApartmen Sri Ampang di sini, Selasa lalu.

No comments:

Post a Comment