Saturday, June 20, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : SABTU 20 JUN 2009

Raja Azman tukar pengakuan
SHAH ALAM 19 Jun - Anak kedua editor laman web Malaysia Today , RajaPetra Raja Kamaruddin hari ini menukar pengakuannya kepada tidakbersalah di Mahkamah Majistret di sini atas empat pertuduhan mencuridan memiliki motosikal curi serta melakukan pecah rumah.

Tidak mengaku buat pernyataan saham palsu
KUALALUMPUR 19 Jun - Seorang bekas pengarah syarikat mengaku tidak bersalahdi Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan di bawah AktaSyarikat 1965 membabitkan lebih tiga juta unit saham syarikatnya, tahunlalu.

Image

Bekas suspek saman polis
KUALALUMPUR 19 Jun - Seorang peniaga dan adik iparnya yang diberkas duatahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kes culik dan bunuh NurinJazlin Jazimin hari ini menyaman pihak polis kerana didakwa menangkapdan menahan mereka secara salah.

Sebutan semula kes hina sultan
BUTTERWORTH19 Jun - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 14 Ogos inisebutan semula kes suami isteri yang didakwa mengedar komen lucahmengenai Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui sebuah laman web padaFebruari lalu.

Image

Pelatih merusuh bakar pusat serenti
TASEK GELUGOR 19 Jun - Tiga bangunan termasuk pos kawalan Pusat SerentiKampung Selamat di sini, musnah apabila lebih 100 pelatih bertindakganas, merusuh dan membakar premis tersebut, hari ini.

Polis nafi tidak serius siasat
KUALALUMPUR 19 Jun - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omarmenafikan sekeras- kerasnya dakwaan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM)tidak menjalankan siasatan serius kes perdagangan manusia membabitkanrakyat Myanmar yang masuk ke negara ini untuk ke Thailand.

Sindiket proses wang palsu tumpas
KUALALUMPUR 19 Jun - Menginap di kondominium dekat Bukit Antarabangsa, tiadasiapa mempersoalkan apabila penghuninya berbelanja mewah.

Reman 6 anggota PKPM dilanjut
KUANTAN19 Jun - Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonanpolis untuk melanjutkan tempoh tahanan reman enam lelaki yang disyakicuba menghidupkan semula Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM)sehingga Isnin ini.

SPRM tahan bekas Yang Dipertua majlis daerah
MELAKA19 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahanseorang bekas Yang Dipertua sebuah majlis daerah di negeri ini kelmarinbagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah.






Bekas pengarah mengaku tak bersalah
KUALALUMPUR: Bekas pengarah syarikat pelaburan mengaku tidak bersalah diMahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua tuduhan mengemukakanpenyataan palsu dalam urusan pelaburan saham, tahun lalu.

Peniaga, adik ipar saman polis kes Nurin
KUALALUMPUR: Seorang peniaga dan adik iparnya memfailkan saman terhadappolis dengan mendakwa mereka ditahan secara salah dua tahun laluberhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin.

HTF akui kakitangan cuai
KANGAR:"Maafkan kami... kami akui kesilapan. Mungkin ia kehendak Tuhan,"demikian reaksi ringkas pengurusan Hospital Tuanku Fauziah (HTF)selepas Jawatankuasa Siasatan Bebas mengesahkan kecederaan dialami bayiberusia dua bulan, Siti Balqis Sany, berpunca akibat kelalaianpihaknya.

Anak Raja Petra tukar pengakuan
SHAHALAM: Anak kedua editor laman web Malaysia Today, Raja Petra RajaKamaruddin, yang sebelum ini mengaku bersalah, menukar pengakuannyakepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, terhadapempat tuduhan mencuri dan memiliki motosikal curi serta pecah rumah.

SPRM siasat bekas YDP tagih rasuah RM10,000
MELAKA:Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas YangDipertua (YDP) sebuah majlis daerah di negeri ini, Rabu lalu keranadisyaki cuba mendapatkan rasuah daripada kontraktor projek Medan SeleraMerlimau, tujuh tahun lalu.

Dua ditahan bersama 10,000 pil Eramin 5
BATUPAHAT: Polis merampas 10,000 biji pil Eramin 5 yang dibungkus dalamkertas pembalut hadiah berwarna merah selepas menahan dua lelaki diKilometer 102, Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Yong Peng, disini, semalam.

Konstabel samun menyamar inspektor
KLANG:Seorang konstabel polis yang pada Februari lalu didakwa atas pertuduhanmenyamar dan merompak, ternyata tidak serik apabila hari ini dihadapkanke Mahkamah Majistret di sini terhadap tiga pertuduhan menyamar,menceroboh dan memeras ugut seorang lelaki, minggu lepas.

Permohonan Nizar didengar 9 Julai
PUTRAJAYA:Mahkamah Persekutuan menetapkan pada 9 Julai ini untuk mendengarpermohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mendapat kebenaranmerayu mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan Datuk Seri DrZambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Cetak wang di kondominium
KUALALUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencetak wang palsu berikutanpenahanan tiga anggotanya selain merampas wang palsu bernilai lebihRM10,000 dan mesin pencetak digital dalam serbuan di KondominiumAnthenaeum At The Peak, Bukit Antarabangsa dekat sini, Rabu lalu.

No comments:

Post a Comment