Wednesday, May 13, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : RABU 13 MEI 2009

Image

Bapa bunuh anak ditegur
PULAU PINANG 12 Mei - Seorang bapa yang sebelum ini ditahan berhubungsiasatan kes bunuh dan tanam anaknya, hari ini dihadapkan ke MahkamahMajistret di sini atas tuduhan membunuh anak perempuannya dan melakukansumbang mahram dengan seorang lagi anak perempuannya.

Ibu edar dadah terlepas hukuman gantung
ALORSETAR 12 Mei - Seorang ibu tunggal berusia 54 tahun terlepas daripadahukuman mati di tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari inimemerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 16 tahun keranamemiliki seberat 598.55 gram kanabis enam tahun lalu.

Wanita tidak mengaku buat aku janji palsu RM10 juta
PETALINGJAYA 12 Mei - Seorang wanita berusia 59 tahun mengaku tidak bersalah diMahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membuat aku janji palsudan menipu sebuah syarikat pembekalan minyak membabitkan transaksiberjumlah lebih RM10 juta, dua tahun lalu.

Image

Roslin, Faizah sah cerai talak bain sughro
PETALINGJAYA 12 Mei - Mahkamah Rendah Syariah hari ini memutuskan lafaz ceraipemain badminton negara, Roslin Hashim kepada isterinya, Faizah Mohamaddibuat dalam keadaan sedar, jelas dan membawa kepada gugurnya satutalak.

'Tiada faedah pukul orang, lebih baik pukul kompang dapat duit'
KUALALUMPUR 12 Mei - "Daripada pukul dan rompak orang lebih baik kamu pukulkompang kerana dapat duit terutama pada majlis perkahwinan, tetapijanganlah kamu pukul orang, tiada faedah," demikian nasihat HakimMahkamah Sesyen, Zainal Abidin Kamarudin kepada seorang pemasang papantanda.

Datuk Kabi dibicara 7 Ogos
BUTTERWORTH12 Mei – Perbicaraan kes ‘Datuk Kabi’ yang didakwa menipu denganmenggunakan cek tendang dalam urusan jual beli kereta akan didengaroleh Mahkamah Majistret di sini pada 7 Ogos ini.

Menyamar polis elak bayar RM5
KUALALUMPUR 12 Mei - Hanya kerana mahu mengelak daripada membayar hargamakanan berjumlah RM5, seorang lelaki dipercayai penagih menyamarsebagai anggota polis.

Penyanyi dikir barat mohonsah nikah
KUALATERENGGANU 12 Mei - Seorang penyanyi kumpulan dikir barat terkenal,Shahima Edayu Akma Mohd. Alwi, semalam memohon supaya Mahkamah TinggiSyariah di sini mengesahkan pernikahan dengan suaminya ekoran statusperkahwinan yang dipertikaikan.

Image

Rempit: 14 dihadap ke mahkamah
IPOH12 Mei - Seramai 14 mat rempit termasuk empat pelajar tingkatan limadihadapkan ke Mahkamah Khas Trafik Ipoh di sini hari ini kerana memandusecara melulu.

Polis tahan Ahmad Ramzi
KUALA TERENGGANU 12 Mei – Polis Terengganu hari ini menahan Datuk Dr.Ahmad Ramzi Mohamad Zubir kerana dipercayai terlibat dalam kespenghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan kepada tigaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bulan lalu.

Peluru dan ugutan: Siasatan polis dibuat
KUALALUMPUR 12 Mei - Polis masih belum menemui petunjuk berkaitan penemuankotak mengandungi dua butir kelongsong peluru dan sekeping nota ugutandi luar Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T.Murugiah, semalam.

Bekas polis ditemui mati dibunuh
TEMERLOH12 Mei - Misteri kehilangan seorang bekas anggota polis terjawabapabila mayatnya ditemui dalam keadaan tertiarap berhampiran tapakpembinaan perumahan di Taman Kemuning di sini semalam.

Mangsa bunuh tinggalkan isteri sarat mengandung
ARAU 12 Mei - Hilang tempat bergantung. Begitulah kebimbangan ibu mudayang sarat mengandung tujuh bulan setelah suaminya, seorang pemandulori mati dibunuh dengan kejam baru-baru ini.

Polis rampas 33 kg ganja
SHAH ALAM 12 Mei – Tiga serbuan yang dilakukan oleh polis baru-baru iniberjaya membongkar sindiket pengedaran ganja yang mendapatkan bekalandari Thailand untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.







Ahmad Ramzi kena tahan kes SMS ugut
KUALATERENGGANU: Polis Kontinjen Terengganu menahan Setiausaha Politik bekasMenteri Besar Terengganu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 42, disebuah hotel di sini, jam 8.30 pagi semalam.

CCTV di pejabat Murugiah tak bantu siasatan
KUALALUMPUR: Polis mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di luarpejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiahtidak membantu siasatan berhubung laporan penemuan bungkusan berisipeluru dan nota ugutan, kelmarin.

Lelaki ragut kena berkas
KUALATERENGGANU: Tindakan nekad seorang guru wanita berusia 51 tahun melawanperagut yang cuba meragut beg tangannya, menyebabkan peragut terjatuhdari motosikal sebelum ditahan orang ramai di Jalan Banggol, di sini,petang semalam.

Roslin, Faizah cerai talak satu
PETALINGJAYA: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam memutuskan lafaz ceraiyang dibuat pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim terhadapFaizah Mohamad Februari lalu sah dengan satu talak.

Bekas kontraktor ditembak depan rumah
TANGKAK:Seorang lelaki bekas kontraktor yang berbasikal pulang ke rumahnyaselepas membeli barang di pasar raya, mati ditembak dari jarak dekat didepan pagar rumahnya, di Jalan Bukit Kontang, Kampung Baru 2, di sini,malam kelmarin.

Pelajar USM, adik parah jatuh ketika beg diragut
SUNGAIPETANI: Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dan adiknyacedera apabila motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah keretaselepas beg tangan mereka diragut dua lelaki bermotosikal di JalanPadang Temusu di sini, Sabtu lalu.

Lelaki didakwa bunuh, rogol anak
GEORGETOWN:Seorang penganggur, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam,atas tuduhan membunuh anak perempuannya berusia tujuh tahun danmelakukan sumbang mahram dengan seorang lagi anak perempuan berusia 14tahun, pada 2004.

Ibu tunggal terlepas tali gantung
SETAR:Seorang ibu tunggal berusia 54 tahun terlepas daripada hukuman gantungsampai mati, selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam, meminda tuduhandaripada mengedar kepada memiliki ganja di Langkawi, enam tahun lalu.

Lelaki kena hukuman khidmat masyarakat
KUALALUMPUR: Seorang pemasang papan tanda diperintahkan menjalani hukumankhidmat masyarakat selama 200 jam oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam,selepas mengaku bersalah merompak secara berkumpulan seorang lelakiyang dalam perjalanan ke masjid untuk solat Subuh, tahun lalu.

Wanita dituduh buat akujanji palsu
PETALINGJAYA: Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dihadapkan ke MahkamahSesyen di sini, semalam atas dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965termasuk membuat akujanji palsu bagi mendorong sebuah syarikatmendepositkan RM10.3 juta ke akaun syarikat tertuduh, pada Mei hinggaJun 2007.

No comments:

Post a Comment