Inkues mendiang Sujatha untuk kepentingan politik - Adik
KUALA LUMPUR 5 Mei - Mahkamah Koroner hari ini diberitahu inkues untukmenentukan punca sebenar kematian pelakon dan model Tamil tempatan, K.Sujatha diminta oleh Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yangdisifatkan oleh keluarga mendiang untuk kepentingan politik.
Permohonan perogol bersiri dibenarkan
KUALALUMPUR 5 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonanseorang pemandu teksi yang digelar 'perogol bersiri' untuk memindatarikh perlaksanaan hukuman penjara 20 tahun yang dihadapinya agarbermula dari tarikh dia ditangkap dan bukan pada tarikh hukumandijatuhkan.
Keputusan kes model 20 Julai
KUANTAN5 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menangguhkan sehingga20 Julai ini keputusan kes seorang model sambilan dari Singapura yangmengaku bersalah atas tuduhan minum minuman keras di sebuah pusathiburan di sini tahun lalu.
Lydiawati, suami cerai secara baik
BANTING 5 Mei - Wajah aktres Lydiawati ceria dan tersenyum biarpunsejurus suaminya melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah SyariahKuala Langat dekat sini.
Wadar penjara bebas tuduhan bunuh tahanan
PUTRAJAYA 5 Mei - Empat wadar Penjara Penor, Kuantan, Pahang legaapabila Mahkamah Rayuan mendapati mereka tidak bersalah atas tuduhanmembunuh seorang tahanan penjara itu, lima tahun lalu.
M. Khairil didakwa buat aku janji palsu libat RM10j
PETALINGJAYA 5 Mei - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengaku tidakbersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat tuduhan dibawah Akta Syarikat berhubung pembekalan minyak melibatkan transaksiberjumlah lebih RM10 juta, dua tahun lalu.
Perintah hak penjagaan anak ditangguh
IPOH5 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Mohd.Ridzuan Abdullah untuk menangguhkan perintah hak penjagaan sementaratiga anak yang diperoleh isterinya yang beragama Hindu, M. IndiraGhandi pada hujung bulan lalu.
Lelaki miliki Eramin 5 bernilai RM1.6j diberkas
JOHOR BAHRU 5 Mei - Polis Johor berjaya menumpaskan satu sindiketpengedaran pil khayal dengan tertangkapnya seorang lelaki dan merampas108,250 pil Eramin 5 yang bernilai RM1.6 juta dalam serbuan di sebuahrumah di Taman Puri Wangsa di sini baru-baru ini.
Aktivis Bersih ditahan bawah Akta Hasutan
KUALALUMPUR 5 Mei - Seorang aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil(Bersih), Wong Chin Huat yang dikatakan terlibat dalam kempen memakaibaju hitam menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Khamisini, ditahan polis kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Ganja RM80,000 dirampas
ALORSETAR 5 Mei - Seorang petani yang memiliki beberapa rekod kesalahanberkaitan dadah diberkas bersama 27 ketulan ganja mampat bernilaiRM80,000 di Kampung Tebing Tinggi, Kupang, Baling pada Jumaat lalu.
Warga asing seludup ketamin
KUCHING5 Mei - Lagi kes penyeludupan dadah jenis ketamin. Kali ini, dadahjenis itu yang bernilai RM382,655 cuba diseludup masuk ke negara inimelalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini.
Wartawan, jurufoto ditahan
KUANTAN5 Mei - Wartawan dan jurugambar akhbar Kosmo! ditahan polis hari iniketika sedang membuat liputan kes membabitkan rampasan 10 tong ketulankristal disyaki syabu seberat 900 kilogram yang berlaku di Rompinkelmarin.
Pasangan Arab ditahan
KUALA LUMPUR 5 Mei - Kelicikan sepasang suami isteri dari sebuah negaraAsia Barat yang aktif mencuri di sekitar ibu negara tidak bertahan lamaapabila mereka ditahan di Jalan Bunus, Jumaat lalu.
Mohammad Nizar bukan dipecat tetapi tersingkir
KUALALUMPUR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memecat Datuk SeriMohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliautersingkir daripada jawatan itu berdasarkan peruntukan dalamUndang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Foto mandi aibkan wanita
KUALATERENGGANU: Seorang pegawai wanita sebuah bank di bandar raya inimembuat laporan polis kelmarin berikutan gambarnya sedang mandidisebarkan lelaki yang dikenalinya dari Kampung Ladang Sekolah, disini.
Keluarga akur Benny dikebumi cara Islam
MELAKA:Mahkamah Tinggi Syariah di sini, awal pagi semalam, memerintahkan mayatkomposer, penerbit, pemuzik dan penulis lirik, Benny Arjuna atau namasebenarnya, Benny Tan Liang Teck dikebumikan mengikut hukum syarakselepas beliau disahkan menganut Islam ketika meninggal dunia di sini,petang Ahad lalu.
7.7 kilogram pil eramin 5 bernilai RM1.6j dirampas
JOHORBAHRU: Polis Narkotik Johor merampas 108,250 pil eramin 5 seberat 7.7kilogram dianggarkan bernilai lebih RM1.6 juta dalam serbuan di sebuahrumah di Taman Puteri Wangsa, di sini, Khamis lalu.
Warga India seludup dadah dalam periuk
KUCHING:Taktik seorang lelaki warga India yang cuba membawa masuk dadah kenegara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK)terbongkar selepas anggota kastam mengesan 10.93 kilogram dadah jenisketamin bernilai lebih suku juta ringgit disorok di dalam sembilanperiuk memasak.
Tertangkap ketika jinjing guni ganja
ALORSETAR: Polis menahan lelaki berusia 45 tahun ketika menjinjing guniberisi 27 ketulan ganja mampat seberat lebih 27 kilogram (kg)dianggarkan bernilai RM80,000 di Kampung Tebing Tinggi, Kupang, Baling,Jumaat lalu.
Bedah siasat mayat pelakon tak dilaksana
KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner di sini, semalam diberitahu Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang tidak melakukan be-dah siasat ke atas mayat pelakon Tamil tempatan, K Sujatha atas permintaan adiknya, K Surenthiran.
SUKAN : AHAD 19 JULAI 2009
15 years ago
No comments:
Post a Comment