Thursday, May 14, 2009

NASIONAL : KHAMIS 14 MEI 2009

BERITA HARI INI : KHAMIS 14 MEI 2009

Zambry bertugas semula
IPOH 13 Mei - Kemelut politik dan proses mahkamah berkaitan krisisperlembagaan negeri Perak tidak akan menghalang jentera kerajaan negeriBarisan Nasional (BN) menjalankan urusan pentadbiran seperti biasa.

5 Geng Bonding ditembak mati
JOHORBAHRU 13 Mei – Polis berjaya menumpaskan kumpulan samun wargaIndonesia, ‘Geng Bonding’ selepas menembak mati lima ahlinya di susurkeluar Jalan Seelong ke Lebuh Raya Pasir Gu dang dekat sini awal pagiini.

Image

3,000 hadir temuduga terbuka Jabatan Pelajaran
Lebih 3,000 pencari kerja menghadiri sesi temuduga terbuka di Jabatan Pelajaran Negeri Kedah di sini hari ini.

Najib hadir Hari Belia Negara esok
MELAKA13 Mei - Sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei ini berbeza dengantahun sebelumnya apabila golongan belia akan mendengar amanat PerdanaMenteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai konsep Satu Malaysia.

TPM lawat Terengganu Sabtu
KUALATERENGGANU 13 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatankerja pertama ke Terengganu selepas dilantik sebagai Timbalan PerdanaMenteri dan Menteri Pelajaran, Sabtu ini.






Tiga wanita, 3 kanak-kanak korban bot karam
PENGERANG:Enam mayat - tiga wanita, dua budak lelaki dan seorang kanak-kanakperempuan yang dipercayai pendatang asing tanpa izin Indonesia, ditemuidi perairan sekitar Kota Tinggi, dekat sini, semalam.

Elak jadi keldai dadah
KUALALUMPUR: Menggunakan e-mel palsu, menawarkan kerja kosong sertamenyiarkan iklan menerusi internet dan SMS adalah antara taktiksindiket jenayah antarabangsa memperdaya rakyat negara ini, terutamawanita, untuk menjadi perantara membawa dadah




Image
Kendalikan pakej latihan
PETALING JAYA 13 Mei - Majikan digesa mengambil kesempatan kelembapanekonomi semasa untuk mengendalikan pakej latihan kemahiran kepadapekerja mereka.

Enam ketua kerajaan bincang isu terumbu
MANADO, Sulawesi Utara 13 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TunRazak akan menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Segi Tiga Karangmengenai Terumbu Karang, Perikanan dan Keselamatan Makanan (CTI-CFF) disini Jumaat ini.

CTI: Malaysia dapat banyak manfaat
MANADO, Sulawesi Utara 13 Mei - Malaysia dijangka mendapat banyakmanfaat daripada Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) yangditubuhkan pada 2007 melibatkan enam negara di rantau ini, kata MenteriSains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Kabinet lulus penubuhan sekretariat Aseanapol
PUTRAJAYA 13 Mei - Kabinet hari ini meluluskan penubuhan sekretariattetap Aseanapol berpangkalan di negara ini bagi meningkatkan kerjasamakeselamatan di kalangan negara ASEAN termasuk membabitkan jenayahmerentasi sempadan.

Kerajaan BN naikkan taraf lapangan terbang
IPOH 13 Mei - Kerajaan negeri menjelaskan usaha untuk menaik tarafLapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini telah diusahakan sebaikmungkin sewaktu Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu.

Hormati undang-undang negara
MELAKA13 Mei - Pakatan pembangkang diminta menghormati undang-undang negaradan menerima keputusan Mahkamah Rayuan semalam menangguhkan perintahMahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir.Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Kekanda Sultan Perak mangkat
IPOH13 Mei - Datuk Seri Raja Baharom Shah Sultan Yusuff Izzudin Shah,kekanda sulung kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, mangkat akibatsakit tua hari ini.

Ketepikan penangguhan didengar Isnin
PUTRAJAYA13 Mei - Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini bagi mendengar permohonanDatuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, untuk mengetepikan perintahpenangguhan yang diperoleh Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berhubungkeputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan beliau Menteri BesarPerak yang sah.

UniMap diminta kaji bunga kembang pagi boleh halang serangga
PADANG BESAR 13 Mei - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dimintamembuat kajian terhadap pokok bunga kembang pagi yang dipercayai boleh'menghalang' serangga perosak daripada menyerang tanaman lain.

Amaran China bakal cetus ketegangan negara lain
KUALA LUMPUR 13 Mei - Amaran China kepada semua negara jiran supayamenjauhi pulau-pulau di Laut China Selatan termasuk Kepulauan Spratlysemalam boleh mencetuskan ketegangan di rantau ini.

Pertemuan dalam tempoh terdekat bincang isu Spratly
KUALA LUMPUR 13 Mei - Semua negara yang menuntut Kepulauan Spratly diLaut China Selatan akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat inibagi membincangkan mengenai isu tuntutan itu yang menjadi pertikaiansejak dua dekad lalu.

Kabinet setuju liberalisasi AP ayam
PUTRAJAYA 13 Mei - Kabinet hari ini bersetuju supaya permit import (AP)ayam diliberalisasikan sebagai salah satu kaedah mengawal harga bahanmakanan itu seterusnya menstabilkannya di pasaran.

RON95: Pengguna untung, jimat
PUTRAJAYA13 Mei - Pemilik kenderaan dapat berjimat sambil menikmati keuntunganapabila beralih daripada menggunakan minyak petrol RON97 kepada RON95bermula 1 September ini.

3 lagi negara sah dijangkiti H1N1
PUTRAJAYA13 Mei - Tiga lagi negara disahkan dijangkiti virus influenza A (H1N1)di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33negara.

Lelaki baru pulang dari Hatyai disyaki hidap selesema babi
IPOH 13 Mei - Seorang pembantu kedai yang baru pulang bercuti dariHatyai, Thailand ditahan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) disini selepas disyaki mempunyai tanda-tanda serangan virus selesema babiatau Influenza A (H1N1).

Empat kes disahkan negatif
KUALA LUMPUR 13 Mei - Bilik Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan BertindakCepat (CPRC) Kementerian Kesihatan sehingga semalam menerima limapemberitahuan jangkitan wabak Influenza A (H1N1).

Image

Siti Hasmah Tokoh Ibu Harmoni
KUALALUMPUR 13 Mei - Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali yang dikenali sebagaiseorang wanita yang sentiasa tersenyum dan tenang hari ini terharuapabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2009.

Tindakan Kasitah sebabkan SLDB rugi
KUALA LUMPUR 13 Mei - Tan Sri Kasitah Gadam tidak mendedahkan tawaranyang dibuat oleh PPB Oil Palms kepada Lembaga Pembangunan Tanah Sabah(SLDB) sehingga mengakibatkan lembaga itu mengalami kerugian lebihRM137.5 juta pada 1996, demikian Mahkamah Tinggi diberitahu di sinihari ini.

Suami isteri menang cipta lagu Hari Guru
PUTRAJAYA 13 Mei – Pasangan suami isteri yang bertugas sebagai guru,Khairulrizam Khalid, 31, dan Ili Nurbahirah Baharudin, 26, memenangiPertandingan Mencipta Lagu Tema Perayaan Hari Guru Kebangsaan 2009.

Image

subhead: bantah tindakan melarang pakai topeng muka cegah meningitis
MELAKA 13 Mei - Sebanyak 35 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C)Tiang Dua dekat sini tidak hadir ke sekolah hari ini dipercayaimembantah tindakan Jabatan Pelajaran negeri melarang pemakaian topengmuka bagi mencegah jangkitan bakteria meningitis.

Image

YPM taja 6,000 naskhah Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 13 Mei - Yayasan Pelajaran Mara (YPM) menaja 6,000 naskhahakhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bernilai RM7,200 sempenaFestival Hari Guru 2009 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Terengganu(TTC), Terengganu bermula esok.

Tentukan JKK khas tangani rempit
KUALA LUMPUR 13 Mei - Mesyuarat pertama Kementerian Dalam Negeri (KDN)untuk menentukan anggota jawatankuasa khas bagi menangani isu rempitdan lumba haram akan diadakan minggu depan.

Polis beri jaminan tangani mat rempit secara bersepadu
KUALA LUMPUR 13 Mei - Polis Trafik memberi jaminan usaha menanganikegiatan mat rempit di seluruh negara akan dilaksanakan secarabersungguh-sungguh dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan laindi negara ini.

4 budak ditinggalkan tanpa dokumen
KUALA LUMPUR 13 Mei - Tatkala kanak-kanak lain menikmati limpahan kasihsayang yang cukup, lain pula kisahnya empat kanak-kanak dari duakeluarga berasingan yang ditinggalkan ibu bapa mereka tanpa sebarangpengenalan diri.

Jentera projek bina jalan JPP dirampas
ALOR SETAR 13 Mei - Jabatan Perhutanan Negeri merampas jentera danperalatan membina jalan milik Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) diLangkawi semalam kerana kerja-kerja pembinaan itu didakwa dilakukantanpa memaklumkan kepada kerajaan negeri.

Skandal PKFZ: PAC panggil bekas menteri
KUALA LUMPUR 13 Mei - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidakmenolak kemungkinan memanggil seorang bekas menteri untuk memberiketerangan berhubung skandal pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ) kepada pihak itu tidak lama lagi.

Mahaguru Omardin berenang solo 5km
KUALA LUMPUR 13 Mei - Walaupun kedua-dua belah kakinya lumpuh, DatukOmardin Mauju nekad untuk berenang secara solo bermula di Pulau Jerejakdan berakhir di Pulau Pinang.

300,000 syarikat terlibat Banci Perdagangan Edaran
KUALA LUMPUR 13 Mei - Sebanyak 300,000 syarikat akan terlibat dalamBanci Perdagangan Edaran bermula bulan ini sehingga Disember depan.

Program tarbiah
KUANTAN 13 Mei - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) akan memperkenalkanprogram tarbiah terhadap pasangan Islam yang ditahan kerana melakukanmaksiat antaranya dengan membawa mereka melawat rumah mayat.

Gunakan platform ICT
PUTRAJAYA13 Mei - Para ilmuan dan organisasi Islam di negara ini perlumenggunakan platform teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalamusaha mengelak dan menangkis salah faham tentang Islam yang kianberleluasa di seluruh dunia.




Pemandu sambut baik petrol baru
PUTRAJAYA:Petrol jenis RON95 yang mula diperkenalkan di sini semalam mendapatsambutan menggalakkan daripada orang ramai berikutan harganya yangberpatutan iaitu RM1.75 seliter.

Pakar akui keupayaan RON95
KUALALUMPUR: Petrol baru RON95 bukan saja setanding dengan RON97 dari segikualiti dan kuasa kelajuan malah lebih menjimatkan sehingga 25 senseliter, sekali gus dapat mengurangkan bebanan rakyat dalam aspekperbelanjaan bahan api itu.

Artis, pembaca menang ABPBH terima hadiah
SERIKEMBANGAN: Artis dan pembaca memenangi kategori masing-masing sempenaAnugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang berlangsung diArena of Stars, Genting Highlands, 12 April lalu diraikan pada majlispenyampaian hadiah berlangsung di sini, petang semalam.

Kabinet lulus penubuhan Aseanapol
PUTRAJAYA:Kabinet meluluskan penubuhan sekretariat tetap polis Asean (Aseanapol)di negara ini dalam usaha memantapkan kerjasama keselamatan di kalangannegara anggota untuk menangani kegiatan jenayah tanpa sempadan.

Lelaki balik dari Haadyai alami simptom virus H1N1 dikuarantin
IPOH:Seorang lelaki berusia 51 tahun yang baru pulang dari Haadyai, Thailanddikuarantin di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalamkerana ada simptom serangan virus Influenza A (H1N1).

Kekanda sulung Sultan Perak meninggal dunia
IPOH:Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Shah AlmarhumSultan Yussuf Izzuddin Shah meninggal dunia di kediamannya di TamanCanning di sini, semalam.

Laporan MV Agusta ke Parlimen
KUALALUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengemukakanlaporan siasatan penjualan MV Agusta pada harga satu euro oleh ProtonHoldings Bhd (Proton) ke Parlimen bulan depan.

Malaysia setuju serah 4 anggota Abu Sayyaf
MANILA:Malaysia bersetuju dengan permintaan Filipina untuk menyerahkan empatsuspek pengganas daripada kumpulan Abu Sayyaf dalam tahanannya yangdituduh terbabit dalam penculikan 21 pelancong Eropah dan pekerjasebuah pusat peranginan di pulau Sipadan.

CTI manfaat pembangunan sumber laut
HASILSidang Kemuncak Inisiatif Segitiga Terumbu Karang (CTI) selama dua hariyang disertai Datuk Seri Najib Razak di sini, hari ini, mampu memberimanfaat kepada negara khususnya di utara dan timur Sabah dari segipengurusan serta pembangunan mapan sumber laut.

Majikan perlu latih pekerja
KUALALUMPUR: Timbalan Perdana Menteri menggesa majikan mengambil kesempatandaripada kelembapan ekonomi dunia dengan mengadakan lebih banyaklatihan serta melatih semula tenaga pekerja mereka bagi mencapai nilaitambah ekonomi yang tinggi.

No comments:

Post a Comment