Thursday, May 14, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : KHAMIS 14 MEI 2009

Sebar gambar bedah siasat Nurin
KUALA LUMPUR 13 Mei - Bapa Allahyarham Nurin Jazlin, Jazimin AbdulJalil telah mengemukakan permohonan agar Mahkamah Tinggi di sinimenentukan sama ada Ketua Polis Negara dan tiga yang lainbertanggungjawab terhadap dakwaan kecuaian seorang anggota polis yangmenyebabkan penyebaran gambar bedah siasat anaknya.

Mahkamah putuskan pernikahan penyanyi dikir barat tidak sah
KUALA TERENGGANU 13 Mei - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari inimemutuskan pernikahan seorang penyanyi dikir barat, Shahima Edayu Mohd.Alwi, 18, dan pasangannya, Ahmad Syahrizan Yusof, 29, yang dilakukanoleh bapa penyanyi itu tidak sah.

Peniaga emas didakwa guna cek tendang
TAIPING 13 Mei - Meskipun perbuatan menipu dengan menggunakan cektendang bagi membeli barang-barang kemas berlaku hampir 11 tahun lalu,baru hari ini peniaga emas terbabit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen disini.

Bicara rogol ditangguh 4 Ogos
PETALING JAYA 13 Mei - Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan ke 4 Ogosini perbicaraan kes seorang anggota polis berpangkat konstabel yangdidakwa merogol dan memaksa seorang pelajar melakukan seks oral keatasnya di Balai Polis Putra Heights tahun lalu.

Sarjan tidak mengaku terima rasuah RM5,800
KUALA LUMPUR 13 Mei - Seorang penolong pegawai penyiasat berpangkatSarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atastuduhan meminta dan menerima rasuah bagi menyelesaikan satu kes pecahamanah membabitkan dua adik-beradik.

Image

Rompak rumah Setiausaha Politik
JOHOR BAHRU 13 Mei - Mereka sempat menikmati juadah lazat - nasi ayam, kek coklat dan aiskrim selain minum air Kacip Fatimah!

Image

Satu kontena rokok dari China dirampas
SEPANG 13 Mei - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Wilayah Persekutuanmerampas satu kontena berisi rokok putih berjenama 'Baiyunshan'bernilai kira-kira RM1.2 juta dengan cukai terlibat RM3.3 juta diPelabuhan Klang, Jumaat lalu.

'Usahawan' dadah di kebun pisang tumpas
KUALATERENGGANU 13 Mei - Seorang lelaki yang mengusahakan tanaman pisangsebenarnya menjalankan kegiatan memproses dadah jenis ketamin dan pilkuda dalam pondok di kebunnya itu, sejak tiga tahun lepas.

Polis buru 2 penjenayah berbahaya
BUKIT MERTAJAM 13 Mei - Polis kini memburu dua penjenayah berbahayakerana memiliki senjata api dan terlibat dalam rompakan sebuah kedaiemas di Kompleks Bukit Jambul pada Sabtu lalu.

Polis tahan 39 mat rempit ambil dadah
KUALA LUMPUR 13 Mei - Polis memberi jaminan akan terus bekerjasamadengan agensi penguatkuasa lain yang terlibat menangani masalahpenagihan dadah di kalangan mat rempit di negara ini.






5 ceroboh Pusat Khidmat BN Kepala Batas ditahan
BUKITMERTAJAM: Polis menahan lima lelaki termasuk seorang pelajar berusia 15tahun kerana disyaki memecah masuk Pusat Khidmat bekas Perdana Menteri,Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas, Isnin lalu.

Kelindan lori ragut telefon pekerja kilang dipenjara, kena sebat
KUALALUMPUR: Kelindan lori yang meragut telefon bimbit milik seorang pekerjakilang wanita di sini, Mei lalu, dihukum penjara 48 bulan dan dikenakandua sebatan.

Bapa Nurin mohon hakim tentukan siapa bersalah
KUALALUMPUR: Bapa kepada Nurin Jazlin, kanak-kanak yang diculik dan dibunuhdengan kejam dua tahun lalu, membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggidi sini, semalam, untuk memutuskan sama ada Ketua Polis Negara dan tigapihak lain bertanggungjawab terhadap penyebaran gambar bedah siasatanaknya melalui internet.

Ahmad Ramzi dibebas dengan jaminan polis
KUALATERENGGANU: Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk DrAhmad Ramzi Mohamad Zubir, 42, dibebaskan dengan jaminan poliskira-kira jam 8.30 pagi semalam selepas ditahan 24 jam bagi membantusiasatan kes penghantaran SMS ugutan bunuh kepada tiga Ahli DewanUndangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), 14 April lalu.

SPRM siasat dakwaan rasuah politik Murugiah
KUALALUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakansiasatan terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, SenatorDatuk T Murugiah berhubung dakwaan rasuah politik menjelang pemilihanParti Progresif Penduduk (PPP), Jun ini.

Perompak arah suri rumah baring
JOHORBAHRU: "Seorang penjenayah menyuruh saya berbaring sebelum mengacahmembuka seluarnya untuk melakukan sesuatu perkara tidak baik terhadapsaya dalam usahanya mendapatkan maklumat tempat saya simpan baranganberharga,” kata Huzaimah Yahya, 33, isteri Setiausaha Politik MenteriPelajaran, Syahrin Mohd Jamaluddin di rumahnya di Kampung Sinaran Baru,Kempas di sini, semalam.

Lima penjenayah warga Indonesia ditembak mati
JOHORBAHRU: Polis menembak mati lima penjenayah bersenjata warga Indonesiadikenali Geng Bonding berhampiran Starhill Golf Resort di sini, awalpagi semalam selepas sejam mereka menyamun rumah Setiausaha PolitikMenteri Pelajaran, Syahrin Mohd Jamaluddin.

Permohonan Nizar ketepi perintah Isnin
PUTRAJAYA:Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin ini untuk mendengar permohonan DatukSeri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan perintah mahkamah itu,kelmarin yang menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurmengisytiharkannya Menteri Besar Perak yang sah.

No comments:

Post a Comment