Thursday, May 14, 2009

Kekanda sulung Sultan Perak meninggal dunia

Kekanda sulung Sultan Perak meninggal dunia



Sultan Azlan Shah bersama Raja DiHilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa (duduk kanan)
dan kenamaan negeri menziarahi jenazah Raja Baharom di Ipoh, semalam.



IPOH: Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Shah Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah meninggal dunia di kediamannya di Taman Canning di sini, semalam.

Allahyarham yang berusia 83 tahun meninggal dunia kerana sakit tua kira-kira jam 10.45 pagi.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan kerabat diraja lain berangkat menziarah jenazah Allahyarham tengah hari semalam.

Turut menziarahi jenazah ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan barisan Exconya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim; Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Mohd Jamal Mahussin dalam satu kenyataan di sini, semalam, berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Batu Gajah pada jam 10 pagi ini dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segedup, Batu Gajah selepas solat jenazah.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segedup, Batu Gajah bersebelahan makam bondanya Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.






Kekanda Sultan Perak mangkat

IPOH 13 Mei - Datuk Seri Raja Baharom Shah Sultan Yusuff Izzudin Shah, kekanda sulung kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, mangkat akibat sakit tua hari ini.

Raja Baharom mangkat pada usia 83 tahun di kediaman beliau di No.6, Cecil Rea Avenue, Taman Canning di sini, pada pukul 10.45 pagi ini.

Berangkat menziarahi jenazah ialah Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta kerabat-kerabat diraja lain.

Turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir bersama barisan Exco kerajaan negeri.

Tidak ketinggalan hadir sama ialah Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memberitahu, jenazah Raja Baharom akan disembahyangkan di Masjid Batu Gajah pada pukul 10 pagi esok sebelum dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Segedup, Batu Gajah dekat sini.

Jurucakap Istana Kinta pula memaklumkan, jenazah Raja Baharom akan dikebumikan bersebelahan makam bondanya, Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad.

No comments:

Post a Comment