Friday, May 15, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : JUMAAT 15 MEI 2009

Isteri bunuh suami dihukum mati di tali gantung
KUALA LUMPUR 14 Mei - Dosa seorang suri rumah mencekik suami sehinggamati setelah mangsa terlena sejurus berbuka puasa dengan kuah kari yangdipercayai dibubuh ubat tidur, terbalas akhirnya.

Image

Warga Pakistan terkejut didenda
SEMENYIH 14 Mei - Seorang warga Pakistan yang menetap di negara inisejak tiga tahun lalu di bawah Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)hari ini didenda RM60,800 atas dua kesalahan di bawah Akta Imigresentermasuk melanggar syarat di bawah program tersebut.

Kes rasuah Norza disebut semula 9 Jun
TEMERLOH14 Mei - Kes rasuah yang dihadapi bekas ahli Majlis Tertinggi (MT)UMNO, Datuk Mohamad Norza Zakaria akan disebut semula di MahkamahSesyen di sini pada 9 Jun ini.

'Detektif Lim' mengaku tak salah curi buku
KUALALUMPUR 14 Mei - Sebelum sempat hukuman dijatuhkan, pelakon dramabersiri Gerak Khas, Mohd. Farid Amirul Hisham yang dikenali sebagai'Detektif Lim' hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah atastuduhan mencuri dua buah buku dari sebuah kedai buku.

Penjenayah ditembak mati
KUALA LUMPUR 14 Mei - Seorang penjenayah dipercayai ahli geng pecahrumah ditembak mati ketika cuba merampas pistol seorang anggota polisdi hadapan Pondok Polis Komuniti Taman Taynton View di Jalan Datuk HajiHarun, Cheras di sini hari ini.

Sembunyi mayat bayi bawah katil
SUNGAIPETANI 14 Mei - Sungguh kejam. Gejala buang bayi kini kembali berulang.Kali ini, mayat bayi yang dilahirkan disembunyikan di bawah katil.

Edar dadah: 17 termasuk suami isteri ditahan
KULIM14 Mei - Polis percaya dapat melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadahdi kawasan selatan negeri Kedah dan Seberang Perai dengan tertangkapnya17 individu termasuk sepasang suami isteri dipercayai ketua sindiketitu dalam beberapa serbuan sekitar Kulim dan Sungai Kob dekat sini hariini.

Pasukan khas pantau penyeludupan manusia
JOHORBAHRU 14 Mei - Polis Johor akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagimembanteras aktiviti haram membawa masuk dan keluar pendatang asingtanpa izin (PATI) di perairan Pengerang, dalam tempoh terdekat.

Suami isteri ditahan kes bunuh
KUANTAN14 Mei - Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kespembunuhan seorang pesara polis berpangkat Sarjan di Temerloh padaIsnin lalu.

Bekas banduan ditangkap lagi
KUALALUMPUR 14 Mei - Tidak serik-serik. Seorang lelaki yang pernah meringkukdalam penjara selama 13 tahun dan dikenakan 10 sebatan atas kesalahanmengedar dadah, sekali lagi ditahan atas kesalahan yang sama di ibunegara semalam.






Pembunuh suami dihukum gantung
KUALALUMPUR: Seorang suri rumah dan sepupu lelakinya yang menghadapi tuduhanmembunuh suaminya, lima tahun lalu, dihukum gantung sampai mati olehMahkamah Tinggi di sini, semalam, selepas didapati bersalah melakukankesalahan itu.

Rakyat Pakistan didenda RM60,000
SEMENYIH:Seorang warga Pakistan yang memegang pas lawatan menerusi ProgramMalaysia Rumah Keduaku (MM2H) dihukum denda RM60,800 atau penjara enambulan lima hari oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapatibersalah melanggar dua peraturan Akta Imigresen, tiga tahun lalu.

Dua pistol dipercayai ada kaitan kes dadah RM254 juta ditemui
JOHORBAHRU: Polis Johor menemui dua pistol di dua lokasi di Plentong, disini baru-baru ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiketpengedaran dadah jenis syabu bernilai kira-kira RM254 juta di Rompin,Pahang, 2 Mei lalu.

3 anggota UTK dituduh rompak pelajar
KUALALUMPUR: Tiga anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman dan seorangpeniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalamterhadap lapan tuduhan merompak lapan pelajar, pada April lalu.

Gadis sembunyi bayi bawah katil
SUNGAIPETANI: Perbuatan seorang gadis melahirkan anak luar nikah danmembungkus bayi lelakinya dengan kain batik serta dimasukkan dalamplastik hitam sebelum menyembunyikannya di bawah katil terbongkarapabila dia mengalami perdarahan teruk.

Pelakon drama tukar pengakuan tidak bersalah
KUALALUMPUR: Seorang pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul HishamWu Abdullah, 44, yang sepatutnya dijatuhkan hukuman selepas mengakubersalah atas tuduhan mencuri oleh Mahkamah Majistret semalam, menukarpengakuan itu kepada tidak bersalah.

Kerjasama risikan sekat keldai dadah
KUALALUMPUR: Polis Malaysia, Brunei dan Singapura kini bekerjasama mengaturstrategi bagi menangani kegiatan sindiket antarabangsa yangmemperalatkan manusia, khususnya wanita untuk dijadikan perantara dadahatau ‘keldai dadah’.

LPK benar pengerusi dapat nasihat undang-undang
PELABUHANKLANG: Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dalam mesyuarattergemparnya semalam, membenarkan pengerusinya mendapatkan nasihatundang-undang membabitkan cadangan memperoleh surat pelepasan daripadabertanggungjawab (letter of indemnity) jika terdapat kecuaian dalamlaporan disediakan juruaudit projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Kes rasuah politik Norza ditangguh 9 Jun
TEMERLOH:Mahkamah Sesyen di sini, semalam menetapkan kes rasuah politikmembabitkan bekas Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk MohamadNorza Zakaria disebut semula pada 9 Jun ini.

No comments:

Post a Comment