Tuesday, May 5, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : SELASA 05 MEI 2009

Abdul Karim didakwa kali ketiga tuduhan rasuah
KLANG 4 Mei - Setelah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan KualaLumpur atas tuduhan rasuah, bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak,Abdul Karim Abu Hassan dihadapkan pula ke Mahkamah Sesyen di sini hariini atas tuduhan sama.

Eja didakwa tidak popular lagi, pengurus naik berang
KUALALUMPUR 4 Mei - Perbicaraan kes saman pelakon Eja terhadap sebuahsyarikat tekstil di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini bertukarpanas apabila pengurusnya dan peguam syarikat tersebut bertikam lidahberhubung populariti artis itu yang dikatakan telah menurun.

Pengawal keselamatan didakwa rogol pelajar
KLANG4 Mei - Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sinihari ini atas tiga tuduhan merogol seorang pelajar berusia 15 tahunlima bulan pada hujung bulan lalu.

Pemasang jubin dituduh perkosa rakan
SHAHALAM 4 Mei – Dengan hanya berseluar pendek dan sehelai baju T, seorangpemasang jubin berkaki ayam ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen disini hari ini atas tuduhan merogol rakannya yang berusia 15 tahun enambulan.

Lelaki pukul jiran dipenjara
KUALALUMPUR 4 Mei - Akibat memukul dua lelaki termasuk jirannya dalam duakejadian berasingan, seorang penjaga tempat letak kereta dijatuhihukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Wanita Melanau dibenar cabar keputusan KDN
KUALALUMPUR 4 Mei - Seorang wanita beragama Kristian hari ini diberikebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkankeputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menahan dan menyita lapancakera padat (CD) mengenai ajaran agama Kristian yang mengandungiperkataan Allah.

Image
Seorang lagi mangsa ditemui
SEPANG 4 Mei - Seorang lagi kanak-kanak warga Sri Lanka yang menjadimangsa penipuan sindiket ejen penghantaran berjaya diselamatkan apabiladia ditemui ditinggalkan oleh ejen itu di Puchong, dekat sini malamtadi.

Image
Kastam tahan pengedar, rampas heroin
BUTTERWORTH4 Mei - Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiketpengedaran dadah selepas menahan seorang pengedar dan merampas 8.2kilogram heroin bernilai RM1.9 juta dalam satu serbuan di sini, Khamislalu.

Dalang, saki-baki sindiket dadah diburu
KUANTAN4 Mei - Polis sedang memburu dalang serta saki-baki anggota sindiketpengedaran dadah berikutan rampasan 10 tong ketulan kristal disyakisyabu seberat 900 kilogram di dalam sebuah kontena di Rompin awal pagisemalam.

Indeks samun, ragut turun 3.5 peratus
KUALALUMPUR 4 Mei - Dalam tempoh dua minggu sejak operasi bersepadu cegahjenayah besar-besaran dilancarkan polis Kuala Lumpur, indeks jenayahsamun dan ragut berjaya mencatatkan penurunan sebanyak 3.5 peratus.

Buru penjenayah samun KPD
JOHORBAHRU 4 Mei - Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi memburupenjenayah yang terlibat memecah masuk dan menyamun rumah Ketua PolisDaerah (KPD) Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacobpada 30 April lalu.

Kesal mangsa tidak tampil bantu siasatan
KUALALUMPUR 4 Mei - Polis kesal dengan sikap segelintir mangsa atau saksikes jenayah yang enggan memberi kerjasama untuk membantu merekamelengkapkan siasatan sesuatu kes.

Dadah dalam kontena tak mungkin RM1b
KUALALUMPUR 4 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, dadahjenis syabu yang ditemui dalam sebuah kontena di Jalan Kuantan-Segamatdekat Rompin, Pahang, semalam tidak bernilai sehingga RM1 bilionseperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar.

Kastam gagal cubaan seludup ketamin
CHENNAI4 Mei - Cubaan sebuah kumpulan untuk menyeludup 56kg ketamin keMalaysia dengan membuat perisytiharan palsu kepada Jabatan Kastam Indiakononnya kargo berkenaan adalah bahan kimia, menjerat diri mereka Sabtulepas.

Warga emas ditahan rogol anak saudara
PULAUPINANG 4 Mei - Setelah hampir dua tahun menjadi mangsa nafsu serakahbapa saudaranya yang berusia 65 tahun, seorang pekerja kilang akhirnyamengambil keputusan membuat laporan polis di Butterworth, dekat sinisemalam.





Nizar nafi mohon Sultan bubar DUN
KUALALUMPUR: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu MahkamahTinggi di sini semalam, beliau tidak memohon Sultan Perak membubarkanDewan Undangan Negeri (DUN) atas alasan beliau sudah kehilangankepercayaan majoriti daripada ahli DUN.

Kes arak 20 Julai
KUANTAN:Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menetapkan 20 Julai ini bagimendengar keputusan kes seorang model sambilan yang memiliki statuspenduduk tetap (PR) Singapura yang didakwa minum minuman keras disebuah pusat hiburan di sini, tahun lalu.

Sindiket dadah guna alat telekomunikasi canggih
KUALALUMPUR: Sindiket dadah antarabangsa yang ditumpaskan polis di Rompin,Pahang, Sabtu lalu, menggunakan alat komunikasi satelit sistem Inmarsatuntuk berurusan dengan pengedar atau pembeli dadah di pasaranantarabangsa.

KDRM tahan lelaki, rampas 8.299kg heroin
BUTTERWORTH:Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menahan seorang lelaki dan merampaskira-kira 8.299 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM1.9 jutadalam serbuan di sebuah bilik hotel di sini, minggu lalu.

Mat rempit belasah pekerja baru di Kuantan
KUANTAN:Sekumpulan mat rempit di bandar ini berlagak samseng kerana sanggupmembelasah sehingga mati seorang lelaki yang kebetulan baru tiba dibandar ini selepas baru mendapat pekerjaan dalam kejadian di TamanEsplanade, di sini, awal pagi Jumaat lalu.

Bekas pegawai polis nafi terima rasuah
KLANG:Bekas Timbalan Ketua Polis Gombak, Superintendan Abd Karim Abu Hassan,mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari semalam terhadaptuduhan meminta rasuah RM65,000 daripada seorang lelaki, dua tahunlalu.

Perkataan babi ditulis pada badan
MUAR:Seorang bekas tahanan Sekolah Pemulihan Akhlak Henry Gurney di Melaka,mendakwa dijemur di tengah panas sebelum dadanya ditulis denganperkataan 'babi' dan di bawahnya dilukis kepala babi menggunakan penpenanda.

Lesen bas digantung
KUALALUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menggantungsemua lapan lesen bas ekspres milik syarikat AB Express Sdn Bhd yangmengorbankan enam nyawa dalam tragedi berdekatan Bukit Beruntung,selama sebulan sehingga 3 Jun ini.

Penganggur samun rakan ditahan
KUANTAN:Seorang penganggur ditahan selepas menyamun rakannya yang bersusahpayah menghantarnya pulang ke rumahnya di Felda Sungai Panching Timurdengan menaiki motosikal sejauh kira-kira 50 kilometer, awal pagiJumaat lalu.

Warga emas didakwa rogol anak saudara
GEORGETOWN:Seorang warga emas berusia 65 tahun ditahan kerana didakwa merogol anaksaudaranya beberapa kali ketika 'merawat' mangsa di rumahnya di NyiorSebatang, Butterworth, sejak beberapa tahun lalu.

No comments:

Post a Comment