Saturday, May 9, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : SABTU 09 MEI 2009

Tiada kesan Sujatha hamil - Pakar perubatan
KUALA LUMPUR 8 Mei - Pakar perubatan yang merawat mendiang pelakonTamil tempatan, K. Sujatha mengesahkan bahawa tiada sebarang kesankehamilan ditemui ketika pemeriksaan abdomen dijalankan ke atasmendiang.

Buruh terlepas tali gantung
KUALALUMPUR 8 Mei - Berang dengan adik iparnya yang malas bekerja danmenggunakan wang ansuran kereta untuk berjudi, seorang buruh telahbertindak memarahi lelaki berusia 19 tahun itu.

Pengusaha kuari didakwa rasuah
KUALALUMPUR 8 Mei - Seorang pengusaha kuari ditangkap pada awal bulan laluselepas didapati mengeluarkan pasir walhal dia hanya diberi permitkerja mengeluarkan bahan kuari.

Bekas mekanik terlepas hukuman mati
PUTRAJAYA8 Mei - Setelah merengkok di dalam penjara selama lapan tahun, seorangbekas mekanik lega apabila dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuandaripada sabitan dan hukuman mati kerana mengedar kanabis.

Kes culik disebut semula 23 Jun
BUKITMERTAJAM 8 Mei - Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 23 Junini bagi sebutan semula kes lima lelaki yang dituduh menculik seorangremaja berusia 14 tahun pada Mac lalu.

SMS bunuh: Waran tangkap jika tak hadir
KUALATERENGGANU 8 Mei - Polis memberi tempoh tiga hari mulai hari ini kepadaDatuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir untuk tampil membantu siasatanberhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentukancaman kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.

Keluarga balu kedua Raja Nong Chik dibenar mencelah
PUTRAJAYA8 Mei - Keluarga balu kedua kepada Allahyarham Raja Nong Chik RajaIshak dibenarkan mencelah dalam rayuan Amanah Raya Berhad (ARB)berhubung pembahagian harta pusaka milik ahli perniagaan terkenal ituyang dianggarkan melebihi RM16 juta.

Lelaki Aceh diperintah bela diri
KUALALUMPUR 8 Mei - Usaha seorang peguam menyediakan replika bungkusan dadahyang disembunyikan di seluar seorang lelaki Aceh tidak mampumenyakinkan Mahkamah Tinggi di sini untuk melepaskan tertuduh daripadatuduhan mengedar ganja.

Laman web hina Islam
PULAU PINANG 8 Mei - Seorang kakitangan akademik Universiti SainsMalaysia (USM) membuat laporan polis berhubung satu klip video dalamlaman web http://www.youtube.com yang didakwa menghina danmempersendakan agama Islam.

Samudera Gagah kurangkan jenayah maritim
KUALALUMPUR 8 Mei - Usaha berterusan agensi penguatkuasaan maritim di bawahPusat Penyelarasan Penguatkuasaan Maritim (PPPM) berjaya mengurangkankes jenayah maritim termasuk kegiatan penyeludupan pasir.

Pegawai polis diserang, ditetak penjenayah
SEREMBAN8 Mei - Ketua Bahagian Logistik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin,Cif Inspektor Mohd. Zain Kasrom, 50, cedera parah setelah ditetak olehseorang lelaki di Taman Bukit Tampin, malam tadi.

Blog sebar gambar bogel dipantau
KUALALUMPUR 8 Mei - Polis memantau perbuatan pihak tertentu yang terusmenyebarkan gambar bogel seorang ahli politik wanita di sebuah lamanblog sejak beberapa hari lalu.

Wakil rakyat PKR ditahan
KUCHING8 Mei - Wakil rakyat Padungan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),Dominique Ng Kim Ho antara yang ditahan polis malam tadi, keranaberhimpun secara haram di Tebingan Kuching, di sini.

Suspek bunuh, tanam anak perempuan disambung reman
PULAUPINANG 8 Mei - Seorang bapa yang ditahan berhubung siasatan kes bunuhdan tanam anak perempuannya berusia tujuh tahun di Kampung Pisang, AirItam di sini, disambung reman selama tujuh hari lagi bermula hari ini.

Kakitangan IPT ditahan terlibat perhimpunan haram
PULAUPINANG 8 Mei - Seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi(IPT) ditahan di hadapan Dewan Sri Pinang di sini, malam semalam,kerana terlibat dalam perhimpunan haram dipercayai berkaitanperkembangan politik di Perak.

Warga emas cedera diragut
KUANTAN8 Mei - Paparan media berhubung kes ragut yang mengorbankan dua nyawawanita hamil baru-baru ini nampaknya tidak menimbulkan rasa gentar dikalangan peragut.

Kelindan mati setelah disamun
KUALA LUMPUR 8 Mei - Niat awalnya hanya mahu melepaskan penat tetapi berakhir dengan tragedi.






Kelindan mati sesak nafas selepas disamun
SUNGAIBULOH: Seorang kelindan terbunuh, dipercayai akibat sesak nafas apabilamulut dan tangannya diikat dengan kain selepas lori membawa buatanbahan membuat plastik dirampas enam penjenayah di Jalan Lama, PekanKarak, Pahang, awal pagi semalam.

Ramzi diberi tiga hari bantu siasat SMS ugutan
KUALATERENGGANU: Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk DrAhmad Ramzi Mohamad Zubir diminta tampil membantu polis melengkapkansiasatan kes khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan bunuh kepada tigaAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganubulan lalu.

Cif Inspektor parah ditetak depan rumah
TAMPIN:Seorang pegawai polis cedera parah di kepala dan tangan kiri akibatditetak seorang lelaki dengan parang di depan rumahnya di Taman BukitTampin di sini, malam kelmarin.

Polis akan siasat gambar terbaru Elizabeth Wong
KUALALUMPUR: Polis akan menyiasat penyebaran beberapa keping gambar terbarudidakwa gambar bogel Exco Selangor, Elizabeth Wong, yang dimuatkandalam internet terutama dalam beberapa laman blog tertentu beberapahari lalu.

Musa pertahan polis tangkap lima peguam
KUALALUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempertahankan tindakanpolis menahan lima peguam di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Brickfields, malam kelmarin.

Pelakon disah tidak hamil sebelum mati
KUALALUMPUR: Pakar perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,Dr Kiran Nair memberitahu mahkamah semalam, beliau mendapati K Sujathatidak hamil ketika melakukan pemeriksaan perut ke atas pelakon Tamiltempatan itu.

Buruh pukul ipar hingga maut kena 11 tahun
KUALALUMPUR: Seorang buruh yang dituduh memukul adik iparnya menggunakankayu dan kerusi sehingga mati akibat salah faham, dihukum penjara 11tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas mengaku bersalah atastuduhan itu.

'Datuk' ditahan kes syabu RM254j
KUANTAN:Polis menahan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk di Johor Bahru,bagi membantu siasatan berhubung kes rampasan syabu seberat 978kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM254 juta, di JalanKuantan-Segamat, dekat Rompin Sabtu lalu.

Warga emas cedera diseret dua peragut
KUANTAN:Seorang suri rumah warga emas menjadi mangsa ragut terbaru apabilacedera tangan dan lutut selepas diseret hampir dua meter oleh dualelaki menaiki sebuah motosikal yang meragut beg tangannya, di JalanSekilau di sini, petang kelmarin.

No comments:

Post a Comment