Friday, May 8, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : JUMAAT 08 MEI 2009

MB Perak ditentukan Isnin ini
KUALA LUMPUR 7 Mei - Persoalan siapa Menteri Besar Perak yang sahantara Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr.Zambry Abd. Kadir akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuandan Kuasa-Kuasa Khas) pada Isnin ini.

Tiada kecederaan di badan pelakon Tamil - saksi
KUALALUMPUR 7 Mei - Seorang saksi yang membantu merawat kesihatan pelakonTamil tempatan, K. Sujatha memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawatiada sebarang kecederaan terdapat pada tubuh wanita itu ketikadimandikan di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sebelumkematiannya.

Syarikat pembinaan saman JKR RM16 juta
KUALALUMPUR 7 Mei - Sebuah syarikat pembinaan hari ini menyaman JabatanKerja Raya (JKR) bagi menuntut ganti rugi lebih RM16 juta keranadidakwa membatalkan kontrak pembinaan bangunan makmal sembilan tingkatbernilai RM49 juta kepada syarikat tersebut.

Keputusan arah MB Pahang bayar RM63 juta, 29 Mei ini
KUANTAN7 Mei - Mahkamah Tinggi menetapkan 29 Mei ini bagi memutuskanpermohonan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menangguhkanperintah supaya beliau melunaskan bayaran RM63 juta kepada syarikatpembalakan, Suria Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Suria Gemilang).

Image

Kes Norish, Hashimuddin buntu
PETALINGJAYA 7 Mei - Proses rundingan bagi menyelesaikan kes secara baik (sulh)membabitkan tiga isu berkaitan nafkah anak-anak pelakon Norish Karmandengan bekas suaminya hari ini menemui jalan buntu.

Irawadi diwakili peguam baru
SHAHALAM 7 Mei - Selepas sijil amalan guaman peguam terdahulu gagaldiperbaharui, akhirnya bekas penuntut Fakulti Ekonomi UniversitiKebangsaan Malaysia (UKM), Irawadi Mohammad reda menerima peguam baruuntuk mewakili beliau di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Awasi kemasukan pemimpin LTTE
KUALA LUMPUR 7 Mei – Malaysia akan mengawasi kemasukan pemimpin danpengasas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), VelupillaiPrabhakaran, yang dilaporkan berkemungkinan melarikan diri ke negaraini atau ke India dari Sri Lanka.

Mat rempit: PDRM-JPJ tingkat kerjasama
KUALALUMPUR 7 Mei - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalinkan kerjasamayang lebih erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagimembanteras gejala mat rempit yang kian berleluasa sejak kebelakanganini.

Suspek kes ragut wanita hamil ditahan
KOTABHARU 7 Mei - Polis hari ini menahan seorang pemuda bagi membantusiasatan kes ragut yang menyebabkan kematian seorang suri rumah diKampung Padang Raja, Jalan Melor, dekat sini semalam.

Suspek kes ragut ditahan di Batu Pahat
JOHORBAHRU 7 Mei - Polis menahan seorang lelaki dipercayai suspek dalam kesragut yang menyebabkan kematian seorang ibu hamil dua bulan di TamanMekar, Ayer Hitam, Batu Pahat, dekat sini kelmarin.

Jangan bertindak sendiri - Musa
KUALALUMPUR 7 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amarankepada orang ramai supaya tidak sewenangwenangnya bertindak menghukummana-mana individu yang terlibat dengan jenayah.

Kematian suspek bukan kerana polis cuai
SHAHALAM 7 Mei - Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata,tindakan sepasukan polis meminta orang ramai menjaga seorang suspek kessamun untuk sementara waktu adalah dibenarkan mengikut undang-undang.

Tiga suspek kes bunuh, tanam budak dibebas
PULAUPINANG 7 Mei - Polis membebaskan tiga daripada empat orang yang ditahanbagi membantu siasatan kes bunuh dan tanam seorang kanak-kanakperempuan berusia tujuh tahun di Kampung Pisang, Air Itam yang mayatnyaditemui baru-baru ini.

MIC serah dokumentasi dua kanak-kanak Sri Lanka
KUALALUMPUR 7 Mei - Pemuda MIC hari ini menyerahkan semua dokumentasi duakanak-kanak warga Sri Lanka yang 'dikurung' di negara ini oleh ejenpenghantaran sejak Ogos tahun lalu kepada Suruhanjaya Tinggi Sri Lankauntuk proses penghantaran pulang mereka.

7 mengaku belasah suspek polis
KLANG7 Mei - Tujuh daripada sembilan remaja lelaki yang ditahan untukmembantu siasatan berhubung kematian seorang suspek kes samun yangdibelasah ketika ditinggalkan di tepi jalan dengan tangannya bergari diTanjung Harapan pada 1 Mei lalu, mengaku terlibat dalam kejadian itu.

Anak bekas suspek akan diketemukan
PULAUPINANG 7 Mei - Seramai tujuh orang anak dua suspek wanita kes bunuh dantanam kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Kampung Pisang, AyerItam yang dibebaskan hari ini akan dipertemukan dengan ibu-ibu merekatidak lama lagi.






MB Perak ditentu 11 Mei
KUALALUMPUR: Persoalan untuk menentukan siapakah sebenarnya Menteri BesarPerak yang sah antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan DatukSeri Dr Zambry Abdul Kadir, akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi disini, pada 11 Mei ini.

Suspek dua kes ragut ditahan
BACHOK:Seorang pemandu lori yang khayal akibat pengambilan dadah, ditahanPolis Kelantan awal pagi semalam, untuk membantu siasatan kes ragutyang mengorbankan nyawa seorang suri rumah yang mengandung tiga bulandekat Padang Raja, Melor, pagi kelmarin.

Tunggu sah identiti
KUALALUMPUR: Dua kanak-kanak warga Sri Lanka yang diselamatkan baru-baru iniselepas dikurung satu sindiket dipercayai ejen penghantaran negara ituakan dihantar pulang selepas negara berkenaan mengesahkankewarganegaraan mereka.

'Anggota Monuc mati mengejut'
SEPANG:Laporan bedah siasat dikeluarkan di Uganda Selasa lalu menyatakan,kematian Allahyarham Mejar Mohd Shafie Mahat, 50, ketika bertugas dalamMisi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Republik Congo(Monuc), sebagai mati mengejut.

Pakar tak tahu kenapa mayat pelakon tidak dibedah siasat
KUALALUMPUR: Pakar Perunding Forensik, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, memberitahu mahkamah semalam prosedurbedah siasat wajib dijalankan jika polis mengeluarkan borang memintaproses dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment