Sunday, July 5, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : AHAD 05 JULAI 2009

Pelajar diminta kemuka maklumat pengetua miang
KUALALUMPUR: Pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut,Pasir Puteh, Kelantan, yang mendakwa digantung daripada asrama selepasmelaporkan salah laku pengetua diminta memberikan maklumat mengenaidakwaan itu kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin MohdDom.

Julfekar rela bantu siasatan SMS ugut
KUALALUMPUR: Polis akan memanggil komposer, Julfekar Ahmad, berhubungdakwaan membuat ugutan bunuh dan mengancam menyebarkan video sertagambar lucah penyanyi, Farawahida Razali.

Dua ahli Geng Avanza ditahan
KLUANG: Polis yakin dapat menumpaskan kegiatan samun Geng Avanza selepas duaahlinya berusia 21 dan 28 tahun ditahan di Batu Pahat, 26 Jun lalu.Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Fawzi Arshad, berkatakejayaan menumpaskan kegiatan kumpulan itu hasil kerjasama polis daerahKluang dan Batu Pahat.

Perunding UK siasat bumbung stadium runtuh
KUALATERENGGANU: Kerajaan Terengganu melantik sebuah perunding dari UnitedKingdom (UK) bagi menyiasat punca sebahagian bumbung Stadium SultanMizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Negeri, di Gong Badak, runtuhpada 2 Jun lalu.

No comments:

Post a Comment