Tuesday, June 30, 2009

JENAYAH & MAHKAMAH : SELASA 30 JUN 2009

Kes liwat: Rayuan Anwar hari ini
PUTRAJAYA 29 Jun - Mahkamah Rayuan menangguhkan esok bagi mendengarrayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahimterhadap perintah supaya kes liwat yang dihadapinya dibicarakan diMahkamah Tinggi.

Pendakwa tarik balik rayuan, Fazura gembira
KUALALUMPUR 29 Jun - Selepas lima tahun terpaksa berulang-alik ke mahkamahserta berhadapan dengan pandangan serong masyarakat akibat terlibatdalam satu pergaduhan di sebuah kelab malam, pelakon dan pengacarapopular, Fazura akhirnya dapat menarik nafas lega.

Semakan kes Dr. Hamimah 15 Julai
KUALALUMPUR 29 Jun - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 15 Julai ini untukmendengar permohonan semakan terhadap keputusan yang mengarahkan kesseorang doktor yang didakwa menerima wang hasil kegiatan pengubahanwang haram berjumlah RM41.33 juta dibicarakan semula.

Perompak bank dipenjara 13 tahun
KUALALUMPUR 29 Jun – Dua lelaki yang gagal dalam cubaan merompak sebuah banklapan tahun lalu dihukum penjara 13 tahun dan sebatan enam kali olehMahkamah Tinggi di sini hari ini selepas masing-masing mengaku salahatas tuduhan pilihan di bawah Akta Senjata Api.







Mayat bayi ditemui dalam tong minyak
KUANTAN:Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui mati dalam tong minyakpelincir berisi air, dipercayai dibuang selepas dilahirkan wanitaberusia 26 tahun dalam tandas sebuah bilik sewa, di tingkat tiga, WismaBola Sepak, Jalan Gambut, di sini, pagi semalam.

Gadis kejar, langgar motosikal peragut
ALORSETAR: Seorang gadis bertindak nekad mengejar dan melanggar motosikaldinaiki lelaki yang meragut beg tangannya di Jalan Putra di sini,menyebabkan suspek terjatuh sebelum mangsa melompat ke atasnya danmencekiknya sebelum ditahan orang ramai, malam kelmarin.

Pemuda tanam ganja celah sayur ditahan
SEREMBAN:Taktik seorang anak peneroka di Felda Pasoh 2, Jempol, dekat sini,menanam pokok ganja di celah tanaman sayur-sayuran yang diusahakan dibelakang rumahnya tanpa pengetahuan bapanya sejak dua bulan lalu,akhirnya terbongkar selepas ditahan polis.

Telinga putus digigit anak tiri
JITRA:Seorang lelaki putus sebahagian cuping telinga kanan selepas digigitanak lelaki tirinya apabila mangsa cuba menahannya daripada menikamibunya di rumah mereka di Kampung Kelubi di sini, malam kelmarin.

Pergaduhan di kem Tasik Chini tidak dirancang
KUALALUMPUR: pergaduhan membabitkan 17 pelatih lelaki di Kem Program LatihanKhidmat Negara (PLKN) Tasik Chini, Pahang beberapa hari lalu dianggapkes terpencil dan tidak harus digambarkan sebagai kegagalan pelaksanaanprogram integrasi kaum serta pembinaan jati diri generasi muda.

Fazura lega pendakwa tarik balik rayuan
KUALALUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam, membatalkan rayuan pendakwaberhubung keputusan Mahkamah Majistret membebaskan pelakon Nur FazuraSharifudin atau Fazura daripada tuduhan memukul seorang suri rumah disebuah kelab malam, lima tahun lalu.

No comments:

Post a Comment